Online Diary Aku dan Dia..: (Yes, Isteriku Pregnant!-Bab 3)

Tuesday, April 29, 2014

(Yes, Isteriku Pregnant!-Bab 3)


Arina terbaring kebosanan. Sudah dua minggu dia bekerja di Spa milik Cik Nazirah. Berada jauh dari keluarga memang menguji kesabaran. Manakan tidak, semua perkara harus dilakukan sendiri. Basuh baju, masak, pergi ke tempat kerja dan banyak lagi. Kalau kat JB semua ibu dan ayah yang buat. Memang padan muka kau Arina! Bebelnya sendiri dalam hati.
“Kenapa Arina tak cari kerja kat Jb ni jer? Kan banyak pusat-pusat kecantikan kat sini.” Ujar Cikgu Rubiah dengan suara sayu. Tangannya yang tadi pantas melipat baju tiba-tiba terhenti seketika apabila Arina menyuarakan hasratnya untuk mencari kerja di Ampang.
Arina memandang wajah Cikgu Rubiah. Dia seperti kehilangan kata-kata apabila wajah ibu angkatnya itu berubah menjadi keruh. Arina segera memeluk belakang ibunya yang duduk bersimpuh atas tikar. “Ibu, maafkan Arina. Kalau ibu tak suka Arina tak pergi.”
Cikgu Rubiah melepaskan keluhan halus. Dia beralih memandang Arina. Tangannya mengusap-usap rambut Arina yang panjang mengurai. Dia merenung anak mata coklat milik gadis itu. Anak angkatnya itu memang ada darah campuran disebelah ayah kandungnya.
Mendiang nenek perempuan Arina adalah wanita berketurunan Sepanyol dan berasal dari Madrid. Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang lelaki Manila, iaitu datuk Arina. Maklumat itu diperolehinya daripada rumah anak yatim tempat dia mengambil Arina dua belas tahun yang lepas. Namun, gadis itu sendiri tidak pernah dan ambil tahu pun mengenai dirinya.
Cikgu Rubiah masih mengusap rambut Arina yang berwarna hitam kecoklatan. Lama dia berkeadaan begitu. Bibirnya bergerak-gerak seperti cuba menyatakan sesuatu. Walaupun Arina sekadar anak angkat namun dia amat menyayangi gadis itu.
“Yer la..Arina tak pergi. Ibu janganlah susah hati. Takkan lah Arina nak tinggalkan ibu sorang-sorang kat sini.” Pujuk Arina sambil menggenggam erat kedua-dua tangan Cikgu Rubiah.
Dia Cuma mengusulkan cadangannya hendak bekerja di sebuah Spa yang terletak di Bandar Ampang. Itupun atas usul seorang pengajar di Pusat Latihan Kecantikan yang dia belajar.  Pengajar itu memberitahu Pusat Kecantikan itu memang bagus untuk bekas perantis yang baru seperti Arina untuk memantapkan dan mempraktikkan kemahiran. Perantis adalah gelaran pelajar yang mengambil Sijil Kemahiran Malaysia.
“Arina satu-satunya anak yang ibu dan ayah ada. Kalau Arina takde, sunyilah ibu nanti…sedihlah ayah nanti..”
 Arina faham bahawa itu adalah jawapan ‘tidak’ daripada ibunya.
“Pergilah…yang penting Arina mesti janji jaga diri baik-baik..”.
Arina memandang ibu angkatnya dengan kening yang berkerut. Cikgu Rubiah menampar lembut pipi Arina dan mengangguk lembut. Arina menyimpul senyum. Dia berasa sungguh gembira dan terus mengucup pipi ibunya bertalu-talu. Si ibu juga membalas ciuman anak kesayangannya itu sambil ketawa.
“Bila Arina nak pergi?”
“Hujung bulan ini ibu.”
***
Arina mengeluh lembut. Peristiwa sebulan lepas betul-betul menusuk tangkai hatinya ketika ini. Tiba-tiba dia berasa sedih mengingatkan ibu dan ayah angkatnya di Johor Bahru. Baru sebentar tadi dia menelefon ibu dan suara orang tuanya itu seperti menahan tangis.
Jangan risau ibu, ayah. Arina hanya nak cari pengalaman. Semua yang Arina lakukan, hanya untuk untuk ibu dan ayah. Nanti Arina balik juga ke JB dan membuka perniagaan sendiri disana nanti. Janjinya dalam hati. Dia berasa sayu. Dia berasa sangat kasih kepada kedua-dua ibu dan ayahnya.
Arina mengeluh lagi. Dikala ini dia benar-benar dilanda kebosanan dan rindu untuk balik ke rumah orang tuanya. Homesick! 
Setelah agak lama baring dan termenung di sofa, Arina segera duduk sambil melunjurkan kaki dan menggeliat. Tangannya berkali-kali menutup mulutnya yang sedang menguap. Terasa lega sedikit urat-urat badannya.
Nak buat apa ni? Getus hatinya.
Arina hanya tinggal berdua di rumah sewa ini. Biasanya pada hari ahad, memang dia seorang sahaja duduk di rumah. Housemate merangkap rakan sekampungnya, Syikin pukul 10 pagi lagi sudah keluar dengan buah hatinya Asyraf.
Nak tengok wayang katanya. Dengar cerita, bulan depan dah nak bertunang.
Wah, dah kemaruk la tu nak kahwin. Bebel Arina dalam hati. Syikin tua setahun dari Arina. Usia Arina baru nak masuk ke angka 20. Hai..banyak benda lagi aku nak buat. Kahwin awal buat apa?
Tapi kahwin awal tu kan digalakkan dalam Islam? Di menyoal hatinya sendiri.
Hei, apalah aku merepek ni! Inilah perangai anak dara kalau duduk seorang di rumah, mengelamun ingat nak kahwin saja! Dia kemudian tersengih sendiri.
Arina mencapai remote Astro diatas meja kopi dan menekan channel satu persatu. Namun, tiada satu siaran pun yang menarik perhatiannya. Adoi..bosannya. keluhnya sndiri. Dia menekan butang off, lalu membalingkan remote Astro itu hingga terkena kepala patung teddy bear  merah jambu yang terletak dihujung kakinya.
Tangannya pantas mengambil teddy bear pemberian mat motor sewel yang suka sangat menyakatnya. Dia menarik-narik telinga teddy bear tu, sambil membayangkan menarik telinga pemuda tu sambil mengetuk kepalanya!
Geramnya pada lelaki itu masih bersisa. Kalau diikutkan hati, macam nak luku jer kepalanya! Jeritnya sendiri. Dia sebenarnya berasa malu kerana melatah didepan lelaki itu.
Bukan itu sahaja, dia lebih-lebih malu apabila terloncat tinggi kerana terperanjat apabila mendengar bunyi ngauman motorsikal yang melewatinya dua hari lepas. Rasanya, kalau masuk acara lompat tinggi dia boleh memenangi pingat emas. Tinggi betul dia terloncat!
Mengingatkan peristiwa itu, Arina mengetapkan bibirnya.
Eleh, cakap tak suka. Tapi yang kau peluk beruang tu apahal?
Alaa..orang dah bagi takkan aku nak buang pula? Mahal teddy bear ni!
Entah-entah kau pun syok kat dia? Mengaku jer lah Arina.
Eh…hello, mamat sewel macam tu sape yang berkenan? Tak hingin aku buat laki!
Sewel-sewel pun, tapi handsome kan?
Ish, geram plak aku dengan si Syikin ni. Memang tak sayang mulut betul. Suka-suka jer dia cakap aku syok kat mamat sewel tu ketika mereka sama-sama menonoton televisyen malam semalam ! Aku baru terima beruangnya, bukan orangnya lah!
Teddy bear ini pun lelaki itu letak di atas tembok berdekatan pagar rumah sewa mereka semalam bersama kad wangi yang bertulis:
Arina,
Maaf buat awak melatah dan terloncat.
Your Secret Admirer,
Reza.:-*
Arina tersenyum bila mengingatkan isi kandungan kad kecil berbentuk hati itu. Secret Admirer apanya, hampir setiap hari kau ganggu aku!
Namun jauh disudut hati, Arina mengaku yang mamat sewel tu ada ciri-ciri lelaki idamannya. Matanya yang redup, hidung yang sedang-sedang terletak dengan dagu yang berlekuk seperti dagu Yusri KRU, ditambah lagi dengan kulit lelaki melayu sejati dengan badan yang sasa dan ketinggian yang ideal.
Wah, dengan tarikan sebegitu lelaki itu mampu meraih perhatian ramai gadis!
Dia juga tertarik dengan gaya potongan rambut lelaki itu. Kemas dan lurus hampir mencecah ke bahu. Betul-betul menapati citarasanya! Namun bibir lelaki itu dia tak berkenan. Sedikit hitam. Mesti perokok tegar.
Wah, sampai bibir pun aku boleh perasan, terasa gediknya diri ini! Arina geli gelaman dan mengutuk dirinya sendiri.
Lelaki itu, kalau nak jadi model bila-bila masa pun boleh. Silap haribulan, producer filem pun berebut nak ambil jadi hero filem. Tapi harap kacak luar jer la, dalam tak kacak pun! Mamat tu memang tak tahu nak hormat orang terutamanya wanita!
Memang rugi besarlah perempuan yang akan jadi teman wanita lelaki sewel tu. Kutuknya dalam hati. Dahlah sewel, biadap pulak tu.huh.
Eleh, ntah-ntah nanti kau jatuh cinta kat aku juga. Arina terperanjat. Teddy bear itu kedengaran seperti  berkata-kata bagi pihak tuannya. Sepantas kilat Arina mencampak patung itu ke lantai.
Arina kemudian menepuk dahinya berkali-kali. Nampaknya dia sendiri seperti dah angau sampai terdengar-dengar suara mamat sewel tu melalui teddy bear nya! Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan nama ‘mamat gila talak’ tertera di skrin. Baru ingat sikit, dah telefon.Macam bomoh, Seram!
***
Pagi minggu ini Reza hanya berbaring malas dikatilnya. Dia berbaring sambil meletakkan kedua-dua tapak tangan dibelakang kepalanya. Dalam keadaan seperti itu, tiada benda lain yang terlintas difikirannya selain mengingatkan Arina.
Arina Laila, nama yang secantik orangnya. Reza tersenyum bila teringatkan gadis itu.
Walaupun tidak bersolek, Arina tetap kelihatan mempesona. Wajahnya mulus dan matanya sedikit sepet tetapi tajam menggoda! Itu tarikan utama gadis itu. Bibirnya sentiasa nampak segar kemerahan menyempurnakan lagi keindahan wajahnya. Dengan rambut ikal separas pinggang, Arina Nampak begitu sempurna.
 Kalau hendak dibuat perbandingan, wajah Arina saling tak tumpah seperti Kristine Hermosa, pelakon terkenal Filipina tu!
Setahu Reza, cerita Pangako Sa Yo lakonan Kristine Hermosa pernah disiarkan sewaktu dia berada di sekolah menengah dan menjadi kegilaan ramai pelajar wanita. Maklumlah hero cerita itu, pelakon Jericho Rosales sememangnya lelaki yang kacak. Namun dia tidak pernah berminat untuk ambil tahu. Namun apabila melihat cerita itu disiarkan semula ketika dia menemankan Rozana menontonnya, baru dia perasan yang heroin telenovela itu sangat cantik. Dan semenjak hari itu dia menjadi peminat nombor satu Kristine Hermosa!
Kadang-kadang, Reza akan mencari lakonan pelakon wanita itu di laman Youtube. Dia sebenarnya bukan minat sangat dengan cerita cintan cintun ni.
Kalau heroinnya Kristine Hermosa jer baru aku layan.hihi.
Kalaulah Komeng dan Daim tahu yang dia melayan cerita seperti ini, mesti teruk dia kena kutuk. Kalau boleh, Reza ingin menyembunyikan perkara itu dari pengetahuan kedua-dua rakannya itu. Dia hanya menonton cerita lakonan Kristine semasa kedua-dua sahabatnya itu tidak berada di rumah.
Malah, adiknya Rozana pun tidak pernah tahu yang dia selalu melayan telenovela Filipina gara-gara ingin melihat Kristine Hermosa apabila dia berseorangan di dalam bilik sewaktu masih tinggal di banglo milik keluarganya!
Diorang tu bukan sporting. Tahu nak kutuk orang. Ntah-ntah diorang pun layan cerita Hindustan. Tengok Rani Mukherji bergelek. Reza mencebik dalam hati. Kemudian dia terkekeh sendiri.
 Zana pun sama. Bukan dia tak tau perangai adik perempuannya yang seorang itu. Mulut macam Astro bergerak.
Ahh.. diorang takkan tau punyalah. Bibirnya menguntum senyum dan senyuman itu mati secara tiba-tiba. Tapi Arina? Apa yang  menjadi masalahnya ketika ini dia takut dituduh ‘mat karat’ kerana cuba memikat gadis ‘klon’ Kristine Hermosa itu. Dia kan mat rempit sejati. Saham kena jaga.
Wajah Arina saling tak tumpah seperti pelakon jelita itu. Memang sama, tapi tak serupa! Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Dah depan mata bai, takkan aku nak lepaskan! Reza menggetus dalam hati. Huh, lantaklah diorang. Aku peduli apa, yang penting aku dah betul-betul syok kat gadis tu!
Semasa menghantar Arina ke klinik hari itu, Reza memujuk jururawat yang bertugas di kaunter untuk memberikan nombor telefon gadis itu kepadanya. Namun jururawat itu tidak melayan permintaannya.
Dia kemudiannya mendekati Syikin, housemate Arina ketika gadis itu hendak keluar pergi bekerja. Waktu itu Arina tidak berada di rumah. Walaupun agak susah pada mulanya akhirnya Syikin mengalah dan memberi nombor telefon Arina kerana tak tahan asyik diekori kemana-mana! Dia tersengih apabila teringat air muka Syikin yang mengeluarkan warning agar tidak memberitahu Arina mengenai hal itu.
Sejak hari itu, Reza sering menghubungi gadis itu walaupun Arina tidak berapa melayannya. Dia betul-betul telah tertarik kepada Arina sejak pertemuan kali pertama lagi apabila dia hampir melanggar tubuh lampai gadis itu. Dia berazam untuk mendekati gadis itu selepas menghantarnya ke rumah tempoh hari. Step by step.Tekad Reza dalam hati.
Baginya, gadis itu betul-betul unik dan menarik. Cantik, peramah, baik hati dan paling penting gadis itu gemar memakai baju kurung! Itu maklumat yang dia dapat dari Nazirah.
Tidak seperti gadis-gadis yang dikenali sebelum ini. Muka tak semengah mana, tapi pakaian macam kat Malaysia ni dah takde tukang tenun. Tak cukup kain! Make up pun sampai seinci. Bukan cantik original pun. Kutuknya bertubi-tubi.
Macam girlfriend-girlfriend aku sebelum ini lah..hihi.
Reza meminta jasa baik Nazirah untuk membantunya dengan mengambil Arina bekerja dengannya. Jenuh juga dia memujuk sepupunya itu. Akhirnya Nazirah bersetuju membantunya.
Dan petang ini dia ada misi lain untuk Arina. Misi memburu cinta Kristine Hermosa versi Malaysia akan bermula lagi. Jeng..jeng..jeng..
The goddess of beauty in Philippines!
Aku nak ajak dia dating hari ini. Itu tekad Reza.
Tak dapat cara baik, aku guna cara kasar. Sambungnya lagi dalam hati sambil tersengih. Dia segera mencapai telefon bimbitnya dan mendail-dail nombor telefon Arina.
***
            Apsal kalau aku balik jer mamat sewel and the geng ni mesti ada kat sini. Diorang ni tak kerja ke? Arina merungut dalam hati. Dia berasa hairan, hari ni dia hanya bekerja sehingga pukul satu petang. Cik Nazirah yang telah mengarahkannya balik sebentar tadi kerana tidak sihat.
Takkan diorang duduk kat bus stop ni dari pagi semata-mata nak kacau aku? Namun persoalan itu hanya berlegar dalam kepalanya tanpa terluah.Terasa tak termampu dan tertanggung kepalanya memikirkan pekara itu dalam keadaan dia betul-betul tidak larat.
 Arina menapak kasar sambil memuncungkan mulut menuju ke bus stop tempat Reza dan teman-temannya bersidai. Moodnya kurang baik hari ini.Gastrik yang menyerang dari pagi tadi membuatkan dahinya berpeluh-peluh menahan sakit. Pagi tadi dia terlewat bangun dan tak sempat untuk bersarapan.
Ditambah pula sakit senggugut yang dialaminya ketika ini membuatkan dirinya betul-betul lemah.
Tu makan dia, dapat gastrik. Senggugut lagi. Pakej. Sakitnya.. Huhu.. Rintihnya dalam hati.
 Perlakuannya hanya diperhatikan oleh mat-mat rempit itu sambil tersengih. Terutamanya Reza. Cutenya mulut.Macam nak gigit! Reza kemudian tersengih mendengar kata hatinya sendiri.
Arina terus duduk tanpa menghiraukan mata-mata nakal yang menunggu masa untuk mengusiknya. Badannya tegak ke depan dan kepalanya dipusingkan ke kanan.
Tak hingin aku nak pandang muka mangkuk hayun ni semua. Rungutnya dalam hati. Matanya asyik melirik kearah hujung jalan menunggu kedatangan bas yang tidak kunjung tiba. Pancaran matahari dari hujung jalan menyilaukan mata. Kepalanya mula terasa berdenyut-denyut kerana suasana persekitaran bus stop itu agak berbahang.
Tiba-tiba hidungnya terkesan wangi bunga yang cukup kuat baunya. Dia memandang tapak tangannya. Dari mana datang kelopak-kelopak bunga ros ni?
 Dia merasa hairan kerana semakin banyak kelopak bunga ros jatuh atas kepalanya seperti  hujan lebat dan baunya yang kuat membuatkannya bersin. Arina menutup hidungnya.
Dia menjerit nyaring apabila menoleh ke kiri. Muka Reza terpacul hanya sejengkal jaraknya disebelah, betul-betul menghadap mukanya!
 Dua orang temannya pula berdiri di belakang Arina sambil merenjis-renjis kelopak bunga ros keatas kepala gadis itu. Salah seorang darinya memegang plastik besar yang mengandungi kelopak-kelopak bunga ros.
Renjis-renjis dipilis
Ditepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar
            Mereka berdua menyanyi sumbang sambil mentertawakan dirinya. Reza terkekeh ketawa  melihat keletah teman-temannya. Sementara Arina, hidungnya kembang kempis menahan marah. Beberapa orang awam yang duduk di bus stop itu hanya menggeleng-gelengkan kepala. Tidak kurang ada  yang tersenyum.
Walaupun sebentar tadi hatinya seakan berhenti berdegup kerana bertentangan mata secara dekat dengan Reza, namun kesakitan dan rasa terkejutnya membuatkan hatinya betul-betul panas. Dia pantas bangun dan memandang tajam kearah Reza.
            “Apa masalah kau ni? Kenapa korang semua suka ganggu hidup aku hah! Arina menengking mereka semua disitu sambil menunjuk-nunjuk jarinya kearah Komeng dan Daim. Dia memegang ulu hati kerana sakit gastriknya terasa menyucuk-nyucuk. Begitu juga perutnya.
Reza tersenyum memandang Arina. Dia masih tidak terkesan aura kemarahan Arina berada di tahap kemuncak pada ketika ini. Dia juga tidak perasan yang Arina dalam kesakitan. Nazirah hanya memberitahu yang Arina balik awal hari ni.
            “Manada ganggu. Bus stop ni kan hak milik orang awam. Kalau cik adik rasa terganggu, jangan keluar, duduk rumah lipat baju”. Daim menjawab selamba. Komeng hanya memandangnya sambil tersengih. Sementara Reza senyum, senyum dan terus senyum smpai ke telinga. Dia rasa seronok mengusik Arina.
Cutenya dia. Detik hatinya. Dia mengenyitkan mata kepada Arina. Sebenarnya dia sedikit terasa apabila Arina menolak pelawaannya keluar semalam. Dan  paling dia tidak boleh lupa apabila Arina menyatakan ‘tak ingin aku keluar dengan cencorot!’ Ada dia samakan muka aku yang handsome ni dengan cencorot!
            Arina mengetapkan bibir.Kurang asam. Aku betul-betul marah dia lagi nak kenyit-kenyitkan mata. Huh! Dia merengus kasar lantas menapak meninggalkan mereka disitu sambil mengeluarkan telefon bimbit dari handbag murahnya bagi membuat panggilan teksi.  Baru beberapa kaki melangkah, telinganya tertangkap suara Daim mengutuk dirinya.
            “Eleh, bergurau je pun nak marah. Macam cantik sangat. Ingat bus stop ni bapa dia punya agaknya”. Telinganya berdesing mendengar kata-kata Daim. Paling pantang bagi dirinya kalau nama ibu dan ayahnya di buat main. Dia menarik nafas bagi menenangkan dirinya. Dia meneruskan langkah.
Orang gila jangan dilayan. Nanti aku pun sama jadi gila. Pujuknya sendiri dalam hati.
            “Cari awek lain jer Reza. Kau ni pun satu. Macam takde perempuan lain. Awek entah ulu mana ni juga kau nak kejar. Mesti mak bapanya kolot sampai dia pun jadi macam tu.”
Ketawa Daim meledak kuat selepas habis berkata-kata. Arina merasakan darahnya telah menyerbu naik hingga ke otak. Dia berpaling semula kebelakang dan melangkah pantas kearah Daim.
            Panggggggggg!!
Daim memegang pipinya yang baru menerima hadiah tapak tangan daripada Arina. Komeng tergamam dan Reza segera berdiri. Matanya bulat memandang Arina yang mula hendak menangis.
“Korang bertiga memang biadap. Langsung tak tau nak hormat manusia lain!” Usai berkata-kata Arina tiba-tiba berasa pitam. Dunianya terasa seakan berpusing dan apa yang dia ingat selepas itu ialah suara Reza menjerit memanggil namanya.
***
Apabila membuka mata, kepalanya masih terasa berdenyut. Dia memicit-micit dahi. Perlahan-lahan dia mengitarkan pandangannya memandang sekeliling.
Kat mana aku ni?
            Namun pertanyaan itu hanya terluah dihati. Perlahan-lahan Arina bangun dan melunjurkan kakinya. Dia memandang sekeliling sekali lagi.
            Kat hospital rupanya. Dia mengeluh dalam hati apabila melihat saturation machine dan cecair normal saline yang tergantung di tepinya. Arina cuba mengingat apa yang telah terjadi pada dirinya, dan bagai skrin layar peristiwa dia diganggu muncul dalam fikiran.
            Hatinya tiba-tiba dipagut rasa geram yang teramat. Sambil mengetap bibir, tangannya menggenggam erat cadar yang membaluti tubuhnya. Ini semua gara-gara mat rempit tu! Teriaknya dalam hati.
            Tiba-tiba pintu biliknya ditolak dari luar. Terpacul wajah Reza dibalik pintu. Lelaki itu masuk ke dalam dan menutup pintu semula. Wajahnya kelihatan risau namun dia tetap menghadiahkan senyuman apabila melihat gadis pujaannya itu telah sedar. Arina yang sememangnya geram dengan Reza membaling lelaki itu dengan bantal. Lelaki itu mengelak dan menenangkan Arina.
            “Kau buat apa kat sini hah!” Gadis itu meronta-ronta apabila Reza memegang tangannya.
            “Arina, dengar dulu apa saya nak cakap!”
            “Kau nak cakap apa lagi? Pergilah, adoi sakitlah tangan aku. Lepaslah!” Reza melepaskan tangan Arina dan mengangkat kedua-dua tangannya.
            “Ok, ok. Arina saya nak minta maaf. Memang saya yang salah. Saya tak tau awak tak sihat. Tapi awak janganlah macam ni. Awak tak sembuh sangat lagi.”
            “Kau peduli apa? Aku nak balik sekarang.”
            “Err..Tapi doktor cakap…”
            “Aku nak baliklah!!!”
***
Suasana di Coffe House, Hotel De Palma Ampang pada petang itu suram. ‘Sesuram’ hati Reza. Dia membuang pandangannya ke luar sambil memerhati titisan-titisan hujan yang melekap di cermin tingkap hotel itu. Sejujurnya, dia berasa sangat kosong ketika ini walaupun irama lagu ‘madu dan racun’ nyanyian Bill & Brod bergema riang disekitar kawasan itu.
Dari jauh, dia melihat kelibat Nazirah menuju ke Coffe House di tempat dia berada sekarang. Apabila ternampak dirinya, Nazirah melambaikan tangan seraya melempar senyuman. Reza hanya tersenyum tawar membalas sapaan bukan lisan itu.
“Kau dah lama sampai?” Nazirah menegur dirinya. Dia menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan dirinya. Baju gadis itu sedikit basah. Mungkin terkena tempias hujan di luar tadi.
“Baru setengah jam.” Di menjawab pendek. “Kau dah makan?”
“Aku dah makan tadi.” Nazirah menjawab.
“Ooo..ok.”
Nazirah memandang wajah sepupunya yang kelihatan sugul. Muka macam kematian bini. Detiknya dalam hati.
Hello, kau ok ke ni. Hello..hello..takde line ke ni..hello..” Nazirah menegur Reza sambil memetik-metik jari dihadapan wajah lelaki itu.  Niatnya adalah untuk bergurau. Namun Reza hanya memandang sepi kearahnya.
“Arina warded”.
“What? Bila?”
“Semalam. Tapi pagi tadi dah keluar.”
“Patutlah dia tak datang hari ini. Tadi dia Cuma whatsap aku cakap tak sihat lagi. Hei, kau buat apa kat dia ni? Kau jangan Reza.hah. Kau dah ‘itu’ dia ke?”
“Mengarut la kau ni. Senakal-nakal aku ni takde sampai nak rosakkan anak dara orang.” Reza memintas kata-kata Nazirah dengan kening yang berkerut dengan suara yang sengaja dikeraskan.
Sorry..sorry. Aku gurau jer la. Hah..habis tu kenapa sampai warded?”
Reza kemudian menceritakan semua peristiwa yang berlaku semalam. Nazirah yang mendengar hanya menggeleng-gelengkan kepala apabila mengetahui cerita sebenar.
“Dia dah benci sangat kat aku. Aku nak hantar dia balik semalam naik teksi  pun dia menolak. Dia cakap tak nak tengok muka aku lagi. ” Reza memandang Nazirah. Meraih simpati sebenarnya.
“Kau pun satu lah Ira, apsal tak cakap Arina tak sihat semalam? Pedih hati aku ni dia cakap aku ni lelaki takde hati perut.” Ujarnya lagi dengan sayu.
Nak salahkan aku pula. Nazirah mencebik dalam hati. Engkau yang bergurau tak kena tempat! Namun apabila terpandang wajah Reza yang benar-benar sedih, Nazirah hanya mampu menarik nafas.
“Hmm..kau ni pun satu, kalau dah suka kat dia tak payahlah nak ikut cara ‘Ali Setan’ sangat. Nak mengorat tapi dengan cara kasar. Be a gentleman la cousin.”
“Maksud kau?”
“Aku kenal kau lah Reza. Aku tahu kau memang dah sayangkan Arina. Dengan stok-stok girlfriend kau sebelum ni, takde pula kau sedih masa diorang tu semua tinggalkan kau sebab jantan lain.”
Reza terus memandang Nazirah. Kali ini, dia betul-betul memberi tumpuan dengan apa yang dikatakan oleh sepupunya itu.
Nazirah menyambung lagi. “Tapi dengan Arina, kau macam terasa sangat dengan apa yang  dia buat sampai jadi murung macam ni. Tu menunjukkan kau memang cintakan dia, hah.”
            “So aku nak buat apa sekarang ni Ira?” Lelaki itu kelihatan stress dan terus menundukkan kepalanya, hampir mencecah meja sambil meraupkan rambut kebelakang dengan menggunakan kedua-dua tangan. Huuhhhhhhhh..Dia menghembus nafas kasar.
            “First, kau kena berubah. Tu anting-anting kat sebelah telinga kau tu, buka lah. Dah macam apa aku tengok.” Reza mengangkat pandangan dan perlahan-lahan memegang telinga kanannya.
            “Second, Nak pikat hati perempuan ni, ada caranya. Perempuan ni, dia suka dengan lelaki yang ada sifat melindungi. Bukan harap muka yang handsome jer. Tapi habuk pun takde. Kau kena ingat tu.” Jelas Nazirah panjang lebar.
            “Lagi?”
            “Dan terakhir kau tak payah lah nak bercampur sangat dengan kawan-kawan kau tu. Meluat aku tengok sikap diorang tu. Perangai macam beruk.” Ujar Nazirah dengan mimik muka menyampah. Dia bukan tak kenal dengan kawan-kawan sepupunya ini. Dirinya juga pernah diganggu sama seperti Arina.
            Nasihat yang terakhir itu memang dia laksanakan sekarang ini. Pasal itulah aku duduk kat hotel ni dari pagi tadi. Keluhnya dalam hati.
Gara-gara peristiwa semalam dia bergaduh besar dengan Daim sampai hendak bertumbuk. Nasib baik Komeng ada dan membantu meleraikan pertelingkahan itu. Dan kerana itu jugalah dia tidak balik ke rumah sewa mereka semalam kerana tidak mahu bersua muka dengan Daim.
Reza menunggu Arina semalaman di hospital sehingga gadis itu sedar. Apabila Arina sedar dan selamat balik ke rumah sewanya dengan pertolongan Syikin dan teman lelakinya Asyraf,  Reza terus check in di  hotel ini.
“Oklah Reza, aku ada hal sikit. Apa-apa pasal Arina nanti aku inform kau. Err..aku rasa dia dah kerja besok lusa.Aku gerak dulu. Dah, dah. Jangan sedih-sedih lagi.” Pujuk Nazirah sambil menepuk-nepuk bahu sepupunya itu.
Reza tersenyum dan menganggukkan kepala. “Ok, tq Ira. Hati-hati memandu tu.”
Nazirah membalas senyuman itu dan menunjukkan isyarat ‘no problem’. Kemudian dia bergegas pergi.
Reza menyendiri lagi setelah sepupunya itu meninggalkan dia keseorangan. Fikirannya masih memikirkan Arina yang sangat membenci dirinya ketika ini. Akhirnya dia nekad membuat keputusan.
Aku akan elakkan dari berjumpa dengannya untuk beberapa waktu ini. Putus Reza dalam hati. Walaupun pedih menghiris hati, dia terpaksa akur dengan kekhilafan diri sendiri.
Dia kemudiannya bangun meninggalkan Coffe House itu dan melangkah naik ke ‘rumah’ barunya di tingkat 5 hotel itu.
***

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

4 comments :

  1. sambunglah lagi...sronok lahh :3

    ReplyDelete
  2. Insyaallah nanti sy akan masukkan smbungannya. Tq balkis. :-)

    ReplyDelete
  3. Insyaallah malam ni atau besok saya masukkan bab 4. Tq baby.=)

    ReplyDelete

Hai, siapa yang cute tu? Komenlah disini.

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen