Bab
1
Petang yang cukup damai. Angin yang bertiup
sepoi-sepoi bahasa menampar lembut sekaligus menyejukkan kulit. Langit mula
kelihatan cerah. Di kaki langit , matahari masih membiaskan cahayanya tetapi
tidak seterik tengahari tadi.
Walaupun sebentar, hujan yang turun pada pukul 3
petang tadi membuat udara yang berbahang beransur nyaman. Kelihatan di dada langit, sekawan
burung sedang terbang riang. Mungkin sedang mengucapkan syukur diatas rezeki
yang diperolehi di setiap pelosok alam sepanjang hari ini.
Angin yang bertiup lembut membuatkan rambut ikal si
gadis beralun-alun seperti iklan syampu ‘Pantene’. Arina menikmati keadaan itu
dengan hati yang lapang. Dia melangkah riang menuju ke bus stop.
Hmm..nasib baik hujan dah berhenti. Arina menggumam sendiri.
Cuaca yang tidak menentu pada hujung tahun membuatkannya tidak berasa selesa.
Bukan apa, kesihatannya cepat terganggu jika cuaca tidak menentu. Semalam hujan
lebat, terpaksa dia menelefon teksi untuk mengambilnya dari tempat kerja. Arina sebenarnya lebih suka menaiki bas.
Jimat. Aku bukannya anak orang kaya nak bermewah-mewah. Dia mengingatkan diri
sendiri.
Kereta Myvi merah jambu milik kawan sekerjanya Nita
melewati Arina. Nita membunyikan hon seraya mengangkat tangan. Arina terus saja
membalas lambaian itu. Bibirnya menguntum senyuman manis. Dia mengamati Myvi itu
sehingga hilang dari penglihatan matanya apabila kereta itu membelok.
Nita ada mengajaknya
balik bersama-sama tadi kerana jalan balik ke rumahnya melalui kawasan
perumahan Arina. Tetapi ditolaknya kerana terasa segan, sementalahan pula dia
masih baru ditempat kerja. Nanti dikata aku mengambil kesempatan pula.
Arina menyanyi-nyanyi
kecil. Dia perlu menapak sejauh 200 meter untuk sampai ke bus stop dari tempat
kerja. Dan apabila sampai nanti, dia kena menapak lagi 100 meter untuk sampai
ke rumah sewanya. Alaa…bukannya jauh sangat pun. Lagi pun boleh keluarkan peluh
sikit. Dia menggumam sendiri.
Tiba di satu selekoh kira-kira
50 meter dari bus stop , langkahnya terhenti. Ada pula lah diorang ni bersidai
kat sini..Arina merungut dalam hati. Sejurus,matanya tertancap ke pergelangan
tangan. Hmm,dah pukul 6.10 petang..patutlah. Mungkin mereka pun baru balik
kerja. Dia mula berasa terganggu. Ahhhh…buat tak tahu jer la! Arina meneruskan
langkah tanpa mempedulikan mata-mata nakal yang memandang kearahnya. Lagi aku
menggelabah makinlah diorang suka. Pujuk hatinya sendiri.
Vrroommmmmm……Vrroommmmmm……vrroooooommmmmmmmmmmmmmmm….Bunyi
bingit motosikal yang secara tiba-tiba telah mematikan ketenangannya dan membuatkan
Arina terloncat. Empunya motosikal itu tiba-tiba memerah minyak kuat-kuat
apabila melewatinya. Hampir dia terjelupuk di rumput-rumput basah yang terkena
hujan sebentar tadi. Arina menjerit kuat bahana terlalu terperanjat.
“Eh kepala lutut engkau!”
Nafas Arina
tersekat-sekat, sambil dia menekan-nekan dada. Astaghfirullah al a’zim…Nasib
baik aku tak de sakit jantung! Teriaknya dalam hati.
Beberapa orang pemuda
yang duduk bertenggek di atas motosikal berdekatan bus stop ketawa terbahak-bahak melihat keletah Arina. “Hahahaha…Terperanjat
ke? Sapa salah seorang dari mereka sambil mentertawakannya. Buruknya perangai,
muda-muda lagi dah melatah!” Dekahan pemuda itu bergema lagi dan disambut oleh beberapa orang rakannya,
yang pada pendengaran Arina seperti suara seekor keldai!
Bunyi ngauman ekzos motorsikal
TZM yang baru melewatinya tadi semakin menjauh, hilang meninggalkan mereka yang
ada disitu. Pemuda itu menyambung lagi, “Itulah, lain kali jangan jual mahal
sangat. Kan dah makan asap,hahahaha..” Pemuda itu mengenyitkan mata, meletakkan
dua hujung jari di tepi dahi seperti tabik polis dan terus menekan minyak
motosikal sambil diikuti oleh dua
rakannya yang lain. Bunyi deruman motosikal mereka bukan sahaja membingitkan
telinga, bahkan seperti menggilis sekeping hati yang sedang membara!
Arina mengetap bibir. Geram!
Hee…kurang asam punya mat rempit!
Wajah Arina yang putih
mulus berubah rona kemerahan dek kerana menahan marah. Bahunya terhenjut-henjut
menahan nafas kasar yang berasak-asak keluar melalui rongga hidung. Dia
mengutip beg tangan yang tercampak betul-betul diatas jalan. Aku dah tak tahan!
Sambil merengus kasar, Arina menapak laju ke arah bus stop dimana tempat mat
rempit tadi bersidai. Dia melabuhkan punggungnya dengan perasaan geram. Hari-hari
macam ni aku boleh kena darah tinggi! Jeritnya dalam hati.
Entah kenapa sejak dia
bekerja di Nazeera Beauty , hatinya tidak pernah tenang. Bukan dia tidak suka
dengan pekerjaan yang baru yang dilakukannya. Dia cukup gembira dengan pekerjaannya,
juruterapi kecantikan. Setiap hari dia akan berulang alik dari rumah ke tempat
kerja dengan menaiki bas. Rutinnya, dia akan habis bekerja pada pukul 5.00 petang.
Cuma sejak kebelakangan ini dia sering balik lewat kerana pelanggan di Spa
semakin ramai.
Majikannya,
Cik Nazirah juga seorang yang baik. Kebajikan Arina sebagai pekerja sentiasa
terjaga. Ketika mula-mula bekerja, majikannya itu pernah menawarkan diri untuk
menghantar Arina balik ke rumah pada setiap hari. Namun ditolaknya secara baik
atas alasan tidak mahu menyusahkan.
Hmm…kerja
dah selesa, bos dan rakan-rakan sekerja pun baik..Tapi sampai bila aku nak
tahan dengan kutu-kutu jalan yang hampir setiap petang mengganggu aku. Ya
Allah..bantulah hambamu ini. Bisik hati kecil Arina. Dia akui, salah seorang mat rempit yang
mengganggunya tadi dikenalinya. Baru dikenali. Lelaki itu ada menelefonnya tengahari
tadi dan mengajak keluar makan. Tapi
ditolak secara baik kerana dia benar-benar sibuk. Ramai pelanggan yang membuat
rawatan . Dia pun tidak tahu, dari mana lelaki itu mendapatkan nombor
telefonnya.
Hmm…Takkan la aku nak
cari Pusat Kecantikan lain lagi..Keluhnya dalam hati. Susah juga jadi orang
cantik ni..sambungnya lagi. Arina akhirnya tersenyum mendengar luahan hatinya
sendiri. Kalaulah orang dengar aku puji diri sendiri, mesti dia orang ingat aku
ni minah perasan.Hehe..Akhirnya, dia hanya mampu melepaskan keluhan berat.
***
Cahaya
lampu masih kelihatan dari arah ruang tamu rumah banglo milik Datuk Amran
ketika Reza tiba. Daripada biasan cahaya, dia dapat melihat beberapa orang
berada di ruang tamu. Reza bergegas menuju kedepan muka pintu sejurus selepas
memasukkan motosikalnya ke dalam garage.
Seketika langkahnya terhenti. Apsal dorang tak tidur lagi ni..Detiknya dalam
hati. Dia seperti teragak-agak hendak masuk ke dalam rumah.
Reza memulas tombol pintu, dan
dirinya menjadi santapan mata Papa, Mama, Along dan Rozana adiknya yang sedang
duduk di ruang tamu.
“Assalammualaikum…Tak
tidur lagi semua..?” Dalam berbasi-basi dan sedikit gementar Reza menegur semua
yang ada di situ. “Waalaikumsalam…tak tidur lagi. Tengah tunggu Angah balik.”.
Kedengaran suara garau Datuk Amran menjawab. Matanya tajam memandang kearah
Reza.
Gulp!
Reza menelan air liurnya sendiri.Apsal ni..macam nak marah aku jer..Detiknya
dalam hati. Dia berkira-kira mencari alasan yang paling logik untuk diberi.
Dengan Datuk Amran, jangan dibuat main. Silap percaturan, boleh jadi sampai ke
subuh dia akan ‘diceramahkan’. Aku nak cakap apa ni..adui..Akhirnya Reza tunduk
dan hanya mampu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Dia seperti tahu apa
kesalahannya!
“Angah dari mana
ni..Tengah malam baru balik..Mama risau tau..” Suara lembut mama mematikan
kekalutan Reza. Dia mengangkat muka dan memandang tepat ke wajah mama. Mendengar
suara dan melihat wajah yang lembut itu cukup untuk menghilangkan resah dihati.
Kesian mama..aku berseronok dengan teman-teman diluar, mama tengah susah hati
di rumah menghadap kemarahan papa.
Uh..papa.Cebiknya dalam
hati.
“ Mari sini nak…” Panggil
Datin Khadijah. Reza menapak mendekati mereka yang ada disitu.
“Angah keluar minum dengan kawan-kawan mama..Lepas
tu asyik sangat berborak, sampai tak sedar dah tengah malam..” Alasan itu
dirasakan paling sesuai untuk diberikan. Dia menyambung lagi,“Maafkan Angah
papa, mama…Maaf kerana buat semua tertunggu-tunggu..” Usai berkata-kata Reza kelihatan
takut-takut melabuhkan punggungnya ke sofa bersebelahan mama. Rozana yang duduk
disebelah kiri mama hanya memandang simpati kearahnya. Matanya seperti ingin
mengatakan sesuatu namun suaranya seakan tersekat.
Datin Khadijah
mengusap-ngusap lembut kepala Reza. Kasihan dia melihat anak itu, yang pada
perkiraannya sebentar lagi akan menerima tempias kemarahan suaminya. Reza hanya
tersengih dengan perlakuan mama. Apa kena dengan mama ni…Sentimental semacam jer..detik hatinya. Dalam pada itu, dia
terkesan mata along yang cukup tajam mengerling ke arahnya. Apabila dia
menoleh, cepat-cepat along berpaling ke arah lain.
“Angah..sampai bila angah
nak terus jadi macam ni? Dah tiga tahun angah..tiga tahun..Langsung papa tak
nampak apa-apa perubahan dalam hidup angah. Datang office sesuka hati, bercampur dengan budak-budak tak senonoh, usik
anak dara orang..sampai bila ni? Nak jadi kutu jalan ke sampah masyarakat!” Datuk
Amran memandang tepat ke muka Reza. Reza terkulat-kulat.Terperanjat sebenarnya.
Dia terkesan suara papanya bergetar seperti menahan marah yang membuak-buak.
“Angah….erhhh…” Lidah
terkelu, dia tak menyangka kemarahan papa berada ditahap maksimum pada ketika
ini.
“Diam, papa tak habis bercakap
lagi! Dari tak habis belajar tiga tahun lepas, sampai sekarang papa tak nampak
apa-apa pencapaian yang telah Angah capai.Dah lah belajar tak habis, dapat
peluang bekerja kat syarikat papa, angah tak bersungguh-sungguh, tak bersyukur!
Why? Datuk Amran seraya berdiri usai sahaja melampiaskan apa yang terbuku di
hati.
Reza tersentak dan turut terbangun apabila
melihat Datuk Amran berkelakuan sedemikian. Perlakuan papanya agak mengejutkan.
Datin Khadijah segera menerpa kearah suaminya, bimbang kejadian tak diingini
akan berlaku. Sebagai isteri, sedaya
upaya dia cuba menenangkan sang suami. Rozana berganjak dari tempat duduknya
dan memegang tangan Reza .Sementara Along tersenyum simpul melihat situasi itu.
“Papa, kenapa ni? Angah ada
buat masalah besar ke kat opis?”
“Memang!” Jerkah Datuk
Amran dengan matanya terbeliak memandang Reza. Renungannya tajam. Matanya
merah. Nafasnya tersekat-sekat menahan marah. “Kerana Angah, syarikat kita
mendapat kerugian besar. Papa betul-betul dah tak tahan dengan sikap Angah. No more chance for you!
Reza terpempan. “Papa..Angah
tak paham..Angah..”
“ Sudah.” Pantas Datuk
Amran memotong. “ Mulai sekarang papa nak Angah keluar dari rumah ni, dan
belajar hidup sendiri. Jangan balik selagi Angah tak bawa balik kepercayaan
papa!
Datin Khadijah menerpa
kearah Reza sejurus selepas mendengar kata muktamad Datuk Amran, Reza masih
terkulat-kulat tak paham dan senyuman puas terukir dibibir Along tanda
kemenangan!
***
“Woi, kalau datang sini
asyik nak berangan je, balik rumah la.”
Lamunan Reza tentang peristiwa dua bulan
yang lepas berterbangan. Kilasan wajah papanya tiba-tiba hilang, diganti dengan
wajah Daim yang tersengih-sengih memandangnya macam kerang busuk. Reza mengetap
bibir. Dia agak terperanjat sebenarnya.
“Kau
kenal tak ni apa?” Reza mengepalkan penumbuk, begitu hampir dengan dengan muka Daim.
“Alaa,
relaxlah.macam perempuan la lu
bro..Sergah sikit dah nak terperanjat.” Daim ketawa sambil menolak-nolak tangan
Reza. “Lu ni sama macam awek kat bus stop
tadi. Sambungnya lagi.
“Budak Cengeng”. Sampuk Komeng pula.
Berderai gelak mereka mendengar kata-kata Komeng. Reza turut tertawa sama.
Sejenak wajah gadis manis itu
bermain di ruang mata. Gadis itu nampak garang tapi bila diusik wajahnya merah
padam persis budak kecil hendak menangis. Oleh sebab itu rakan-rakan Reza
menggelarnya ‘budak cengeng.’ Cengeng dalam Bahasa Indonesia ialah lembap. Sikit-sikit
nak nangis. Kutuk Komeng.
Cantik..Detik hatinya.
Bibirnya mengulum senyuman. Peristiwa dia dihalau dua bulan lepas telah
menemukannya dengan gadis manis itu. Ketika hatinya penuh sarat dengan
kemarahan kepada Along, dirinya hampir-hampir melanggar tubuh lampai gadis
cantik itu yang tiba-tiba hendak melintas jalas .Gadis itu menjerit dan sempat
melompat ke tepi dan tersungkur melutut.
“Oi, buta kah apa. Bawa
motor macam palesit!” Gadis itu menengkingnya. Tetapi wajahnya tidak kelihatan
kerana tertutup dengan rambutnya yang jadi kusut masai bahana terjatuh tadi. Dia
membersihkan seluarnya dibahagian lutut yang telah terkena debu-debu tanah
sambil membebel marah dan mengadu sakit.
Reza yang telah
memberhentikan motosikal dan membuka helmet pada mulanya ingin menghulurkan
bantuan, tiba-tiba berasa panas hati apabila dijerkah begitu.
“Cik adik, saya tak
sengaja. Orang dah nak tolong kira dah bagus. Sape suruh melintas jalan tak
tengok kiri kanan atas bawah..Yang cik adik nak tengking saya ni, ingat muka tu
dah lawa sangat!” Gadis itu tidak memandang mukanya. Kelihatan dia mengutip
peralatan make up yang jatuh bertaburan
di pinggir jalan.
“Perempuan apa lah awak
ni, dah tengah malam macam ni masih nak merayap.” Gadis itu tetap tidak
memandangnya lagi. Reza mula merasa bosan. Lantaklah…Getus hatinya.
Dahi Reza berkerut. Dia
memakai helmet semula. Ingin terus meninggalkan gadis itu bersendirian. Dahlah
hati aku tengah panas, lagi nak jerkah. Bebelnya dalam hati.
Baru saja ingin menekan
minyak, pergerakannya terhenti tiba-tiba. Rasa marah yang menguasai diri,
tiba-tiba hilang dengan sendiri. Telinga Reza menangkap esakan kecil
dibelakangnya. Dia memaling kepalanya semula ke belakang. Hatinya tersentuh
melihat gadis itu tersedu-sedu menahan tangis.
“Err..Cik saya…”
“Saya benci awak!”
Reza
terpaku. Matanya tidak berkelip memandang wajah gadis itu. Mulutnya ternganga
bukan kerana terperanjat dijerkah. Bila gadis itu mengangkat wajah, degupan jantungnya seakan terhenti, nafas
seperti tersekat di kerongkong. Dia mengelipkan matanya berkali-kali. Cuba
menafikan imej yang ada didepannya. Sah, dia tidak tersilap pandang.
Tapi kenapa dia boleh
cakap melayu?
“Apa
pandang-pandang…ada hutang ke?” Gadis itu membeliakkan mata memandang Reza. “Dahlah
nak langgar orang, marah-marah kite pulak. Sakit tau lutut saya, berdarah.” Serentak
dengan itu, manik-manik jernih keluar umpama juntaian rantai dikedua-dua
pipinya. Gadis itu menangis tersedu-sedan. ‘Alamak..nangis la pulak..’ Segera Reza memusing dan membuka helmetnya
semula.
“Cik
adik, saya minta maaf ye..Mari saya hantar pergi klinik.” Reza menawarkan
bantuan. Kesian dia melihat gadis itu.
Menyesal pulak aku tengking dia tadi. Detiknya dalam hati. Tak tau pula
gadis ni cengeng. Sambungnya lagi sambil mengutuk. Reza menghulurkan tangannya,
kepalanya terangguk-angguk tanda dia bersungguh-sungguh ingin menghulurkan
bantuan.
Gadis
itu menepis tangan Reza. Dengan kaki terhenjut-henjut, perlahan-lahan dia
bangkit sehingga pandangan matanya hampir selaras dengan tenungan Reza. Gadis
itu terus melangkah. Sangka Reza, Gadis itu menolak pelawaannya.
“Jom!”.
Reza terpaku melihat telatah gadis itu. Dia kelihatan teragak-agak pada
mulanya. Apabila gadis itu menoleh semula kearahnya sambil menganggukkan kepala
dan mengerutkan kening, barulah Reza terkejar-kejar dan memberi helmetnya
kepada gadis itu.
Setibanya
di klinik kelihatan dua orang pesakit menunggu giliran berjumpa dengan doktor.
Reza menemankan gadis itu ke kaunter pendaftaran. Seorang pembantu klinik
melemparkan senyuman kearah mereka berdua.
“Pernah
datang ke sebelum ni?” Tanya gadis itu. “Belum pernah”. Reza menjawab. “Ok, minta
IC”. Sambung gadis itu lagi.
Reza memandang gadis yang
hampir dilanggarnya tadi. Matanya mengisyaratkan supaya memberikan Kad
Pengenalan kepada Pembantu Klinik tersebut. Dalam masa yang sama dia ingin
mengetahui nama empunya badan. Pembantu Klinik itu mengambil Kad Pengenalan dan
menulis sesuatu ke atas kertas dan menyerahkan semula kad tersebut.
“Ok, awak berdua boleh
duduk dulu. Sebentar lagi saya panggil”. Gadis itu ramah tersenyum. “Ok, terima
kasih”. Jawab mereka hampir serentak. Reza kelihatan hampa.
“Cik Arina Laila Yusof”!
Reza
tersentak.
Gadis manis yang
dilanggarnya tadi bergegas masuk ke dalam bilik doktor apabila namanya
dipanggil. Reza menguntum senyuman simpul. Arina Laila…nama itu perlahan-lahan
masuk dan terus menusuk tangkai hatinya.Oh Arina….
“Woi, ni dah kes berat
ni. Senyum sorang-sorang. Mamat ni dah angau dengan minah Spa tu!” Sergah Komeng sambil menunjal-nunjal kepala
Reza. Habis berterbangan kilasan wajah Arina dan Daim terkekeh-kekeh ketawa
memandangnya.
Palesit betul malaun
berdua ni, kutuk Reza dalam hati. Akhirnya dia turut ketawa sama kerana geli
hati melihat keletah Daim ketawa sambil menghentak-hentak meja. Sahabatnya yang
seorang ini kalau ketawa, memang macam disampuk hantu! Suara berdengung macam
dalam gua.

tq dear.=)
ReplyDelete