Online Diary Aku dan Dia..: Kerana Kau Isteriku-Bab 2

Tuesday, April 29, 2014

Kerana Kau Isteriku-Bab 2


BAB 2
Arina memandang Cik Nazirah yang sedang asyik membelek-belek resumenya dengan perasaan berdebar. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Permudahkanlah urusan ku ini, doanya tidak putus-putus dalam hati.
            “Hmm.. Arina Laila Yusof @ Arina Rosales, awak ada keturunan Sepanyol ke?” Mata Cik Nazirah ralit memandang wajah milik Arina. Mungkin merasakan nama ‘Rosales’ itu ada bunyi-bunyi Spain.
 Cantik betul gadis ini. Pujinya sendiri. Kalah aku. Sambungnya lagi, sedikit cemburu dengan keindahan wajah yang terpampang di depan matanya itu.
“Err..minta maaf , kenapa Cik tanya macam tu?”
“Nama awak.” Jawab Cik Nazirah sambil menunjuk nama yang tertera di dalam resumenya. Dan paras rupa awak. Dia menyambung dalam hati.
“Ooo..” Arina tertawa kecil. “Saya takde keturunan Sepanyol Cik. Cuma Rosales tu nama keluarga arwah ayah saya.
Cik Nazirah memandang wajah Arina dengan dahi berkerut. “Nama keluarga?”
“Ya, nama keluarga.” Arina cuba mematikan ceritanya, namun Cik Nazirah terus memandang tepat ke wajahnya. Arina yang faham maksud tenungan itu menyambung lagi.
“Dari kecil saya diserahkan dan dibesarkan oleh keluarga angkat. Ayah kandung saya berasal dari Manila, Filipina dan dahulu dia seorang Kristian. Tapi dia memeluk Islam setelah berkahwin dengan ibu saya, anak jati Sabah yang beragama Islam.” Jelas Arina dengan panjang lebar. Dia cuba menjelaskan semuanya agar soalan mengenai dirinya habis disitu sahaja.
Tanyalah pasal kerja pula. Dia berharap dalam hati.
Cik Nazirah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil memain-mainkan pen dihujung jari. “Ya teruskan.”
Arina tersentak. Aku nak apply kerja sebagai juruterapi kecantikan. Perlukah nak tanya pasal peribadi? Rungutnya. Dia kemudian menundukkan kepala sambil meramas kedua-dua tangan. Mula berasa pelik dan tidak selesa.
Huh, lantaklah. Yang penting aku dapat kerja ni.
Arina menarik nafas panjang dan mengangkat pandangannya semula sambil bibir menyimpul senyum yang jelas dibuat-buat!
“Ayah saya terlibat dengan kemalangan jalan raya dan…meninggal.” Bicaranya mati seketika. Dia cuba menahan emosi. Namun, Cik Nazirah masih memandang kearahnya seperti ‘memaksa’ Arina untuk meneruskan kisah hidupya.
“Tujuh bulan kemudian  ibu saya pula menyusul, kanser payudara.Saya dan kakak saya telah kehilangan kedua-duanya sekaligus. Kami menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.” Ketika ini Arina mula beremosi sedih.
“Err..Arina, awak tak perlu cerita lagi”. Cik Nazirah  merasa bersalah. Dia terkesan yang wajah Arina mula berubah rona kemerahan. Sedih ke marah?
“Tak pe cik.” Arina tersenyum. Nak tau sangat kan. Hah, ambek. Rungutnya dalam hati. Dia puas dapat menceritakan kisah hidupnya walaupun hatinya sedikit berasa ngilu.
Sebenarnya, dia seperti menyesal menghadiri interview hari ini. Macam nak apply jawatan Pengurus, wajib bawa resume bagai. Arina merungut lagi. Lepas tu tanya macam-macam pulak!
Ahh..mungkin dia ingin mengenal seseorang dengan lebih dekat sebelum mengambil orang itu sebagai pekerja. Pujuk hatinya kembali.
 Arina menarik nafas dan meneruskan ceritanya lagi. “Sejurus peristiwa itu kami dihantar ke rumah anak yatim. Setelah tiga bulan duduk bersama kakak di sana , satu hari saya ternampak sepasang suami isteri datang membawa beg baju kakak.” Ujarnya mula sebak. Bicaranya terhenti seketika. Cik Nazirah terkedu apabila mendengar suara Arina yang mula bergetar.
“Hari itu adalah hari terakhir saya bersama kakak kandung saya.” Arina berasa sungguh sayu apabila mengenangkan kisah lalu. Sedaya upaya dia menahan air mata dari mengalir keluar.
“Maksud Arina?”
“Mereka itu adalah keluarga angkat kakak saya.” Usai sahaja berkata-kata mata Arina mula berkaca-kaca . “Saya tak pernah jumpa lagi dengan dia sehingga sekarang. Semenjak dia pergi saya jadi sebatang kara di dunia ni.”
Cik Nazira terperanjat apabila melihat Arina mula menangis. Dia seperti baru tersedar yang dia terlalu ingin mengorek perkara peribadi Arina.
Aduh..over sangatla aku ni. Kutuknya sendiri dalam hati. Cik Nazirah bingkas bangun dan memegang bahu Arina yang terhenjut-henjut menahan esak.
“Sudahlah Arina. Maafkan saya. Tak sepatutnya saya bertanya hal peribadi awak. Luah Cik Nazirah kesal. Dia terkesan air muka Arina benar-benar mencerminkan derita hati yang pernah ditanggungnya dulu.
“Ini hanya sekadar interview..Sepatutnya saya tak patut tanya soalan yang terlalu peribadi. Maafkan saya.” Luahnya kesal.
Nazirah mengeluh lembut. Ada banyak lagi list soalan yang aku tak tak tanya gadis ini.
Awak suka bunga tak?
Dah ada pakwe belum?
Selalu awak suka buat apa masa lapang?
Err..Suka coklat tak?
Namun soalan-soalan itu hanya terluah dalam fikiran. Mati hidup balik pun aku tak sanggup nak tanya. Tak pasal-pasal nanti dia cakap aku ni les….no..no!
Nazirah memandang raut wajah Arina yang berubah sedih dengan perasaan yang amat bersalah. Dia menggengam tangannya kemas dan meletakkannya ke dahi berulang kali.
Ini semua Reza punya pasal! Semua skrip interview pagi  ini adalah arahan sepupunya itu. Cadangan untuk mengambil Arina bekerja di Spa miliknya juga adalah arahan dari Reza.
Arina terkesan kelakuan dan riak bersalah di wajah Cik Nazirah. Tiba-tiba dia merasa malu. Cepat-cepat dia mengesat-ngesat air mata dengan belakang tangan.
“Err…maafkan saya Cik.” Bibir mungilnya tersenyum kecil. Emosi pulak aku ni, mengada-ngada. Kutuknya sendiri dalam hati. Wajahnya merah padam menahan malu. Habis aku tak dapat kerja ni nanti!
Err..tak dapat pun takpe, bos macam joyah! Sambungnya lagi dalam hati sambil mencebik.
Cik Nazirah tertawa kecil dan melangkah semula ke kerusi yang bertentangan dengan Arina. Hatinya tenang semula apabila melihat Arina tersenyum. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Cepat betul emosi gadis ini berubah!
So macamana awak sekarang? Maksud saya, macamana awak berjumpa dengan keluarga angkat awak?”
Eh, tak habis lagi? Boleh tahan kepoh minah ni. Arina terperanjat dalam hati. Dia membetulkan duduknya semula sambil meletakkan tangan diatas peha. Dengan hidung yang sedikit merah, dia menghela nafas panjang dan memandang tepat ke wajah Nazirah.
Alang-alang cerita jer la semuanya. Dia mendengus sendiri. Ingat dah tengok aku menangis tadi, dah tak tanya apa-apa lagi. Memang betul-betul joyah dia ni! Arina mengejek lagi. Dia kemudian menyambung kisahnya. Last chapter..
“Tiga minggu selepas itu, ada sepasang lagi suami isteri  datang ke rumah anak yatim itu. Kedua-dua mereka ialah guru yang berasal dari Johor dan mengajar di Sabah.” Sambung Arina sambil diperhatikan kusyuk oleh Nazirah.
 “Si isteri telah disahkan tidak boleh melahirkan anak lagi. Mereka bercadang nak mengambil anak angkat.”
Cik Nazirah menaikkan keningnya memandang Arina. “Dan sayalah anak angkat mereka..” Ujar Arina sambil tersenyum. Namun itu cuma luaran. Dalam hati dia mula berasa jengkel. Hah, puas hati!
“Ooo…I see.” Gadis muda itu tertawa kecil. “Patutlah slang sabah awak dah hilang. Dah jadi orang Semenanjung ya..” Usik Cik Nazirah. Arina turut tersenyum.
“Saya tetap anak jati Sabah Cik, tapi membesar di Johor.” Ujar Arina lembut. Cuba memaniskan rona wajah.
“Semenanjung, Sabah dan Sarawak sama sahaja. Kitakan 1 Malaysia.” Sambungnya lagi.
Nazirah ketawa mendengar kata-kata itu. Arina Cuma tersenyum.
“Ya, betul. Lahir di Sabah, membesar di Johor..dan awak lupa satu..”
Arina memandang Cik Nazirah dengan kening yang berkerut. Apa lagi lah minah ni. Tak sabar dia meninggalkan Spa itu.
“Kerja di Ampang sebagai juruterapi kecantikan.” Sambung Cik Nazirah sambil bibirnya menyimpul senyum.  “So bila awak boleh start bekerja?”
Arina terkedu seketika. Secara perlahan-lahan senyumannya melebar  memandang Cik Nazirah. Tak sangka dia akan diterima bekerja dengan semudah itu. Hilang perasaan sebalnya kepada Cik Nazirah tadi. Namun, ada beberapa persoalan yang bermain dikepalanya pada ketika ini.
Dari mana Cik Nazirah tahu yang dia mencari kerja ini?
Dan dari  mana dia tahu alamat rumah sewanya bagi menghantar surat temuduga pada pagi ini?
Dan kenapa Cik Nazirah ini beria-ia menyuruh dia datang interview hari ini?
Persoalan yang bertubi-tubi itu memang telah lama difikirkannya semenjak mendapat surat panggilan temuduga ini dua hari lepas.
Hmm..mungkin Cik Nazirah berkawan baik dengan pemilik Spa Kecantikan yang pertama aku mohon jawatan juruterapi kecantikan dulu. Arina cuba meneka dalam hati. Hanya pemilik Spa itu yang tahu alamat penuh rumah sewa Arina. Entah-entah pemilik Spa itu yang memberikan alamatnya kepada Cik Nazirah ini. Dia menduga lagi.
Namun Spa Kecantikan itu ditutup kerana pemiliknya berpindah ke Alor Setar. Emergency case katanya.Arina tidak sanggup bekerja sejauh itu. Keluarganya menetap di Johor Bahru.
Oleh sebab itu, dia terpaksa menumpang di rumah rakan sekampungnya dan mengambil upah mengandam pengantin sebelum mencari pusat kecantikan yang lain. Kalau balik ke Johor Bahru, alamatnya ibu dan ayah tak akan membenarkan dia bekerja disini lagi!
Malas untuk memikirkan hal itu, akhirnya dia mengambil keputusan untuk mencuba nasib bekerja di Spa milik Cik Nazirah ini.
“Bila-bila masa pun boleh Cik”. Arina menjawab yakin.
“Awak datang besok”. Putus Cik Nazirah.
  Syukur Alhamdulillah. Doanya tidak putus-putus dalam hati. Ini berkat doa dan restu ibu.
Nazirah memandang Arina yang sedang kegembiraan sambil mengimbas peristiwa beberapa hari lepas.
Hmm..Reza…reza…
“Ira, tolonglah. Dia ada sijil SKM tahap 3 dalam bidang kecantikan. Nantikan dia boleh tolong majukan business kau tu…please…” Pujuk Reza sambil mengatupkan kedua-dua tapak tangannya. Dia tersengih memandang Nazirah sambil mengelip-ngelipkan matanya.
Huh, ingat comel la buat muka macam Puss In Boots watak kucing dalam kartun Shrek tu! Nazira mencebik dalam hati. Dekat setengah jam sepupunya itu tercongok di Spa miliknya dan memujuk agar menerima Arina bekerja disitu. Tau pula mamat ni budak perempuan tu ada SKM. Tapi SKM tu ape?
“Bukan tak boleh Reza, memang aku tak perlukan pekerja sekarang ni.” Dia cuma menggunakan perkataan “kau” dan “aku” apabila bersembang dengan sepupunya itu.
Wajah Reza berubah kelat. Serta merta senyuman manisnya jadi pahit macam kopi tiada gula. Dia mencebikkan bibir.
Eleh, taulah umur muda dah boleh buka business. Tapi janganlah nak berlagak. Sepupu sendiri pun tak boleh tolong. Kutuknya bertubi-tubi dalam hati.
“Err.. takpe lah.by.” Baru sahaja Reza berpaling hendak melangkah terasa lengannya dipegang. Dia tersenyum sumbing. Pasti Nazirah tak sampai hati untuk menolak permintaannya.
“Yerla..yerla..tapi kau kena pastikan yang gadis tu boleh buat kerja.” Ugut Nazira sambil menuding jari telunjuknya. Adoi..nasib baiklah kau ni sepupu aku yang paling rapat. Kalau orang lain, dah lama aku sepak!
“Yerla mak datin. Aku yakin kau tak akan menyesal ambil dia bekerja dengan kau. Dia ada sijil SKM. Memang macam ni”. Reza menunjukkan ibu jari sambil membesarkan mata. Nazira tertawa melihat ulah sepupunya itu.
“Err..tapi SKM tu apa?” Nazira yang masih blur bertanya sambil mengerutkan kening.
“Apalah engkau ni. Belajar sampai London. SKM pun tak tau. Baik aku yang tak habis belajar ni. SKM tu…” Reza memandang sekilas kepada Nazirah. “sejenis dodol!”
Nazirah membaling sepupunya itu menggunakan tuala kecil. Reza terkekeh-kekeh ketawa kerana berjaya mengusik Nazirah yang melopong memandangnya tadi.
“SKM tu, Sijil Kemahiran Malaysia. Pendek kata, sijil yang diiktiraf kualitinya oleh kerajaan lah. Hah..faham? Terang Reza sebaik sahaja tawanya reda.
“Ooo…manalah aku tau. Ingat kalau belajar kat oversea tu, semua benda lah aku kena tahu.” Ujar Nazirah  sambil mencekak pinggang.
“Yerla..yerla..gurau sikit pun tak boleh. Hihi.” Reza mentertawakannya lagi.
Nazirah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat keletah sepupunya itu. Dia kemudiannya melepaskan keluhan halus.
Sebenarnya bab mengambil pekerja ini dia memang amat tegas. Perniagaan Spa yang dijalankannya baru sahaja bermula kira-kira tiga tahun lepas apabila dia baru menghabiskan pengajian di London.
Dia sebenarnya kurang bersetuju dengan cadangan Reza untuk mengambil Arina untuk bekerja dengannya. Manakan tidak, dia kenal sangat dengan anak Pak Usunya tu. Mamat poyo perasan handsome, mana pernah serius dalam apa-apa hal pun! Belajar pun sekerat jalan.
Dia teringat lagi betapa Pak Usunya mengamuk bila dapat tahu Reza gagal hampir semua subject yang diambilnya ketika mereka sama-sama belajar di London dulu.
Bebal nak mampus. Kutuknya dalam hati. Dia mengeluh lagi.
“Amboi asek mengeluh jer. Mesti kutuk aku diam-diam ni.”
Gulp, macam dia dapat baca jer apa yang aku fikirkan sekarang ni.
“Kalau kau berat hati nak tolong kawan aku ni lupakan jer la cadangan kita tu.”
Kita? Bila masa pula aku ada rancangan dengan dia ni. Tetapi apabila matanya tertancap ke wajah sepupunya yang kononnya sedih itu, akhirnya Nazirah tersenyum geli hati.
“Yer lah, nanti aku arrange kan interview dengan kawan kau tu. Err..ni mangsa yang ke berapa agaknya ye?” Nazirah sempat menyindir Reza.
“Hei..ini bukan mangsa ye. Aku dah mula syok kat dia”.
Yer la tu. Cebik Nazirah dalam hati.
“Dan kau kena tolong aku korek semua perkara tentang Arina.”
Nazirah tersentak dengan permintaan ‘ekstrem’ sepupunya itu. Wah, ini sudah lebih!
“Ok, aku balik dulu lah Ira. Ingat, jangan lupa interview Arina.” Lelaki itu sempat mengingatkan lagi. Dia tersengih sambil melambai-lambaikan tangan sebelum meninggalkan Spa itu.
“Cik Nazirah.”
Bayangan Reza hilang dari skrin matanya. Kini terpacul wajah manis Arina yang sedang menguntum senyuman. Adoi, macamana lah Reza tak terpikat. Aku yang perempuan pun kagum dengan kecantikan milik gadis ini.
“Ok, awak boleh balik dulu. See you tomorrow.”
Arina bangun dan berjabat tangan dengan Nazira. Kemudian dia meninggalkan “bakal” bossnya itu selepas mengucapkan salam. Nazira hanya memerhati langkah Arina sehingga kelibat gadis itu hilang dari pandangan.
 Kasihan dia pada nasib gadis jelita itu. Kasihan  kerana gadis itu telah mencuri tumpuan sepupunya yang agak gila sikit perangainya! Apa pula rancangan sepupunya yang sewel itu nanti. Keluh Nazirah dalam hati. Dia kemudiannya bangun dari tempat duduk dan meneruskan rutin hariannya di Spa.
***





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments :

Post a Comment

Hai, siapa yang cute tu? Komenlah disini.

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen