Online Diary Aku dan Dia..: December 2014

Tuesday, December 30, 2014

Yes, Isteriku Pregnant!- Bab 14


Arina terjaga apabila terdengar laungan azan Zohor berkumandang dari surau berhampiran rumah. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala dan bangun sambil melunjurkan kaki. Kepalanya masih terasa pening akibat darah tidak naik ke kepala lagi. Arina menaikkan tangan ke muka dan memicit-micit dahinya.
Apabila kembali waras, segala perkara yang diperkatakan oleh Reza sebentar tadi kembali menunjal-nunjal fikiran. Tiba-tiba hatinya kembali seperti ditikam pisau belati, yang sakitnya tuhan saja yang tahu.
‘Zaliya dah mengandung sayang.’
Arina segera menutup kedua-dua cuping telinga. Tak sanggup dia mengingatkan lagi kata-kata yang terluah dari mulut suaminya itu lagi. Arina mula menangis lagi.
“Dasar lelaki lidah bercabang!” Cemuhnya sambil membaling bantal yang berada disekitarnya. Dia mengongoi seperti anak kecil.
 “Cakap tak suka, tak akan sentuh sampai bila-bila, tapi mengandung juga. Aku tak kisahlah. Go to hell! Pergi mampuslah!” Jerit Arina lagi sekuat hati. Dia menangis semahu-mahunya. Namun laungan iqamat telah mematikan jeritannya. Badan Arina tiba-tiba menggigil. Hatinya tiba-tiba disayat rasa sayu yang amat sangat. Dia segera beristighfar. Terasa berdosa menyumpah seranah suami sendiri.Bagaimana sekiranya kalau tuhan makbulkan kata-katanya tadi?
Ya Allah, ampunkan aku.. Monolognya dalam hati. Dia meraupkan kedua-dua tangan ke muka. Berkali-kali dia memohon keampunan daripada Allah, mula tersedar atas keterlanjuran sendiri.
Zaliya isteri Reza juga. Kenapa aku harus marah kalau Zaliya mengandung?
Arina mula kesal. Dia segera mencapai telefon bimbitnya yang terpadam. Dia menyambungkan wayar ke telefon bimbit itu. Dia membiarkan gajet itu seketika sebelum menekan butang on. Dilayar skrin tertera 20 missed call dari nombor telefon Reza. Arina merapatkan gajet itu ke dadanya. Segala perlakuan kasarnya kepada Reza amat dikesali. Pertengkaran dengan Reza sebaik sahaja suaminya itu menjemput dirinya dari hotel membuatkan hatinya membuak-buak ingin meminta ampun. Dia sedar dia telah membuat kesilapan lagi, iaitu tidak mempercayai suami sendiri!

3 jam sebelum itu…
“Abang tak tahu Ina. Abang sendiri tak faham macamana Zaliya boleh mengandung. Tolong percayakan abang.” Rayu suaminya itu sambil memegang kedua-dua lengannya. Wajah lelaki itu kelihatan kusut meraih pengertian.
Arina tersenyum sinis. Dengan kasar dia meleraikan tangan Reza dari lengannya.
“Engkau jangan nak berlakon lagi lah. Kucing mana yang tak makan ikan segar depan mata!” Bahana terlalu sakit hati Arina tega menukar gelaran ‘abang’ kepada ‘engkau’.
“Ina, kenapa biadap sangat ni!” Tengking Reza. Wajahnya berubah merah menahan rasa marah yang mula menyeruak. Menggigil-gigil badannya namun dia masih cuba bersabar. Dia tahu salah seorang mereka perlu menjadi air. Niatnya memberitahu Arina tadi supaya tidak ada masalah dikemudian hari. Namun lain pula jadinya apabila Arina tiba-tiba mengamuk.
Sementara Arina pula kelihatan terperanjat. Sepanjang perkahwinan mereka belum pernah sekalipun Reza meninggikan suara kepadanya. Namun iblis mana yang merasuk dia masih mahu memprovok suaminya itu. Satu perkara yang tidak pernah dilakukannya seumur hidup, menjadi seorang yang biadap.
“Kalau nak sangat dengan Zaliya tu, pergilah. Ina dah tak kisah. Abang sebenarnya memang tergila-gilakan si Zaliya yang seksi tu kan? Tunggu apa lagi, pergilah!” Usai berkata-kata Arina terus berlari dan mengunci diri dalam bilik. Ketukan pintu bertalu-talu dari Reza tidak dihiraukan lagi. Dia melampiaskan seluruh kesedihan yang ditanggungnya seorang diri sehingga dia tertidur.
Sementara suara pujukan dari Reza sudah tidak kedengaran lagi.
***
            “Selamat pagi Cik.”
            Gadis Tionghua yang duduk di bahagian depan pejabat bahagian pentadbiran itu mengangkat kepala. Dihadapannya terpacul sepasang tubuh gadis muda yang cantik jelita.
            “Ya, pagi.”
            Gadis itu menghulurkan tangan dan memperkenalkan diri. “Saya Amira Zalikha, nak lapor diri dengan Cik…” Amira menjeling sekilas tanda nama yang tersangkut di partition wanita itu “Nancy”.  
Gadis itu tersenyum manis dan terus berdiri.
“Ooo, awak PA baru Encik Faizul kan. Jom, saya perkenalkan dengan staff yang lain dulu. Lepastu saya nak tunjukkan tugas-tugas yang perlu awak buat.”
Amira tersenyum mengangguk. Dia mengikut langkah Nancy dan diperkenalkan kepada semua kakitangan disitu. Pekeja-pekerja En. Faizul tak terlalu ramai. Dalam 15 kakitangan sahaja. Namun menurut Nancy, syarikat Maria Holding ini mempunyai empat cawangan diseluruh Malaysia. Di Ampang, Perak, Terengganu dan Johor.
“Cawangan di Johor adalah yang paling baru.” Jelas Nancy panjang lebar. Amira mengangguk-anggukkan kepala.
“Cawangan di Johor tu, ada kosong lagi tak?”
Nancy memandang Amira. Keningnya sedikit terjungkit.
“Kenapa, nak minta tukar kat Johor ke?” Soal Nancy tersenyum manis.
“Eh, tak lah. Saja tanya.” Sahut Amira tersipu-sipu malu.
            Tiba-tiba Nancy menarik tangan Amira. Dia memandang kiri dan kanan sebelum berbisik sesuatu kepada Amira.
“Kalau awak ada niat nak pindah ke cawangan di Johor, better lupakan je.” Amira merenung wajah Nancy dengan kening berkerut. Boleh tahan juga minah ni bergosip!
“Kenapa?”
 “Bos kat Johor tu, anak perempuan Encik Faizul. Dia tu…” Nancy memandang kiri kanan lagi. “ramai kakitangan yang tak suka, berlagak nak mampus.”
Amira tersenyum melihat wajah Nancy yang kelihatan beria-ia. “Betol ke ni Cik Nancy?”
“Laa..panggil Nancy je. Tak usah nak bercik-cik.” Nancy menjeling Amira sekilas.
“Saya tak cakap bohong, Cik Zaliya tu memang kepala angin. Kalau tak suka, dia pecat ikut kepala dia je.” Luah Nancy sambil membentuk-bentuk mulut. Dia juga tidak berapa berkenan dengan perangai Zaliya kalau naik ke pejabat ini. Suka-suka hati nak tengking orang sana sini. Lebih-lebih lagi kalau En. Faizul tiada di pejabat.
“Maksud Nancy, dia pecat pekerja dia sesuka hati je?”
“Betol. Yang peliknya, Encik Faizul ni tak pernah nak tegur perangai buruk Cik Zaliya tu.”
Amira mengangguk-anggukkan kepala, cuma melayan kata-kata gadis itu.
“Err..takpe lah. Dah jauh kita melalut. Awak boleh mula buat kerja dulu. Apa-apa tak faham tanya saya je.” Ujar Nancy sambil tersenyum manis. Amira Cuma mengangguk-angguk kepala dan memerhati langkah Nancy kembali ke mejanya. Dia berasa seronok berbual dengan gadis Tionghua itu. Bukan sebab seronok mendengar ceritanya, tetapi seronok dengan kefasihan gadis itu cakap Melayu. Langsung tidak kedegaran pelat.
***
            Reza duduk di kerusi batu yang disediakan di tingkat atas kompleks itu. Fikirannya menerawang kemana-mana, bersimpang siur tanpa tujuan. Orang yang lalu lalang dihadapannya langsung tidak dihiraukan lagi. Akhirnya dia baring dengan berbantalkan lengan. Tingkat atas kompleks itu tidak mempunyai bumbung. Justeru matanya terus tertancap ke arah bintang-bintang yang bertebaran di langit.
            Mengapa semua ini jadi pada aku? Kenapa isteriku selalu meragui aku? Tidak cukupkah lagi kasih sayang yang aku curahkan kepada Arina?
            Reza menghembus nafas kasar.
            Anak siapa yang dikandung oleh Zaliya? Soal Reza lagi sendirian. Akhirnya soalan itu terbiar tanpa jawapan, hanya berlegar-legar di hati.    
Ini anak kita. Sayang sentuh Liya masa sayang tak sedarkan diri pada hari kita ditangkap khalwat!
            Reza semakin tertekan. Kata-kata Zaliya benar-benar membuatkan fikirannya berserabut. Dia langsung tidak mengingati apa yang terjadi pada dirinya pada malam jahanam itu. Wajahnya berkerut. Dia segera duduk. Apabila ingin beredar, telefon bimbit di poket seluarnya bergetar-getar. Faizul!
            “Hello.” Suara serak ayah mertuanya itu terus menerpa cuping telinganya.
            “Ada apa call?” Soal Reza, tidak berminat untuk melayan.
            “Kau tanya aku ada apa? Hei, kau dengar ni. Kau dah buntingkan anak aku, lepas tu kau tinggalkan dia seorang-orang menangis dekat rumah, Kau tahu dia kat mana sekarang, kat hospital!”
            Hospital? Reza sedikit terperanjat. Kenapa dengan Zaliya? Namun persoalan itu langsung tidak diluahkan.
            “Hospital mana?” Soal Reza.
            “KPJ Johor Specialist.”
            Reza terus mematikan talian dan bergegas meninggalkan tempat itu.
***
            “Thanks papa, tolong Liya.”
            “Anything for you sayang. Liya pandai-pandailah nanti pikat hati Reza tu. Dia dah on the way ke sana.”
            “Ok, love you pa, by!” Zaliya tersenyum dan merenung telefon bimbit ditangannya. Dia membayangkan rancangannya untuk meraih perhatian dari Reza akan tercapai sebentar lagi. Zaliya cepat-cepat membungkus tubuhnya dengan selimut apabila mendengar derap kaki seseorang diluar bilik. Dia berpura-pura memejamkan mata dan memusingkan dirinya bertentangan pintu. Telinganya tertangkap bunyi tombol pintu dipulas dan dibuka.
            “Zaliya.” Suara garau lelaki menerpa cuping telinga. Zaliya tersenyum. Itu suara Reza. Zaliya berpura-pura seperti baru terjaga. Dia memusingkan badannya menghadap Reza yang duduk disisi katil. Mukanya sengaja dikerut-kerutkan seperti orang sakit.
            “Kau kenapa?” Soal Reza dengan mimik muka yang sedikit risau.
            Zaliya berpura-pura tersedih. Dia menangis dan terus duduk memeluk tubuh Reza.
            “Liya tiba-tiba pitam dan terus pengsan masa sayang tinggalkan Liya.” Ujar Zaliya tersedu-sedan meraih simpati. Namun Reza tidak pula menolak pelukan Zaliya kali ini walaupun dia tidak membalas dakapan itu. Mungkin kerana kasihan..
            “Habis, kalau kau pengsan tadi siapa bawa kau datang ke sini?”
            Zaliya terkedu. Akalnya terus ligat mencari alasan.
“Err..Sedar je dari pengsan tadi Liya terus call Syima dan minta dia bawa Liya kesini.” Ujar Zaliya spontan. Kening Reza berkerut.
“Syima mana?”
“Alaa..Syima PA Liya lah. Sayang jangan tinggalkan Liya lagi tau. Kesian anak kita ni.” Jawab Zaliya tanpa mahu memangkan cerita mengenai ‘Syima’ lagi.
“Kau rehatlah. Kalau nak apa-apa cakap je kat aku.” Ujar Reza kemudian. Suaranya kedengaran lebih lembut tidak seperti sebelum ni. Zaliya berasa lega. Tembelangnya berjaya lagi. Dia menyembunyikan senyum di bahu Reza. Kali ini, dia yakin yang dia akan dapat ‘mengikat’ Reza untuk selama-lamanya. Lebih-lebih lagi ada satu nyawa yang tumbuh di janinnya!
***
Arina duduk di sofa sambil tangannya memegang sebiji mug yang berisi koko panas. Suasana sepi malam itu benar-benar membuatkan dia berasa bosan. Suara cengkerik kedengaran bersahutan disana sini. Arina mengeluh. Sudah tiga hari Reza tidak pulang ke rumah semenjak pertengkaran mereka tempoh hari.
            Arina mencapai dan merenung telefon bimbitnya. Rindu sungguh hatinya untuk mendengar suara Reza. Dia berkira-kira ingin menghubungi suaminya itu lagi. Sudah beberapa kali panggilan yang dibuatnya tidak dijawab oleh Reza. Mungkin Reza masih berkecil hati dengan dirinya. Apabila menghubungi nombor telefon Zaliya, panggilannya juga dibiarkan sepi. Arina mengetap bibir. Dia pasti Zaliya juga sengaja tidak mahu menjawab panggilannya. Arina segera menekan-nekan nombor telefon Reza.
            Bunyi talian disambungkan mengundang debar di hati Arina. Dia berdoa dalam hati semoga Reza sudi menjawab panggilan dan terus memaafkannya.
            “Hello!”
            Arina terkedu. Suara wanita yang menengkingnya sudah tentu milik Zaliya.
            “Assalammualaikum. Apa khabar Zaliya? Abang Reza ada?” Arina cuba melunakkan suaranya walaupun hatinya mula berasa geram dengan sikap Zaliya.
            “Reza dah tidur. Kau tak payah call lagilah. Mengganggu betul!”
            Arina terpempan apabila Zaliya terus mematikan talian tanpa sempat dia meneruskan kata-kata.
***
“Ada orang call ke?” Soal Reza sebaik sahaja keluar dari dalam biliknya. Walaupun Reza telah balik ke apartment itu, namun mereka masih tidur berasingan.
            Zaliya yang sedang duduk di sofa laju menggeleng. Reza segera menapak dan mencapai telefon bimbitnya diatas meja. Dia melihat direktori panggilan. Kemudian dia memandang Zaliya sekilas sebelum berlalu meninggalkan wanita itu di ruang tamu.
            Zaliya tersenyum. Dia sempat memadam bukti panggilan masuk daripada Arina sebentar tadi. Dia membuang pandang melihat Reza didalam bilik. Tiba-tiba wajah Reza terpacul semula dipintu. Zaliya yang sedang tersenyum cepat-cepat mengerutkan muka semula.
            “Alahan kau dah ok? Kau nak makan tak? Aku boleh masak bubur.” Soal Reza tiba-tiba.
 Zaliya mengangguk perlahan. “Boleh juga.” Usai berkata-kata dia terus mengusap-usap perutnya. Sememangnya perutnya mula terasa lapar. Sejak tadi dia muntah-muntah sehingga tidak ada lagi benda yang hendak dimuntahkan. Walaupun perutnya telah kosong, namun dia tetap masih berasa loya.
Reza bergegas ke dapur. Dalam masa 40 minit Reza kembali ke ruang tamu bersama semangkuk bubur dan segelas jus oren. Dia meletakkan mangkuk dan cawan itu diatas meja.
“Makanlah.” Arah Reza.
Zaliya mengangkat mangkuk bubur itu dan memandang Reza.
“Sayang, tolong suapkan Liya.” Pinta Zaliya mengada-ngada. Reza mengetap bibir. Namun demi sahaja melihat wajah Zaliya yang kelihatan lemah dia segera mencapai mangkuk itu. Zaliya tersenyum kerana Reza mula bersikap lembut kepadanya.
Sementara Reza pula sedang berperang dengan perasaan sendiri. Hatinya tiba-tiba dijentik dengan rasa sayu.
Alanglah bahagia kalau wanita mengandung yang berada dihadapannya ini adalah Arina. Keluhnya pilu dalam hati. Reza cuba menguatkan hati menghadapi dugaan ini.
Dan malam itu terus dibiarkan berlalu sepi dan kosong, sekosong hatinya dikala ini.
***




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, December 15, 2014

Yes, Isteriku Pregnant! - Bab 13


“Minumlah.” Ujar Syikin sejurus menyedut jus oren yang baru dihidangkan oleh pelayan restoran itu. Matanya ralit merenung wajah bujur sirih Arina yang hanya memandang gelas dihadapannya.
Perlahan-lahan Arina mencapai jus mangga itu dan menyedutnya perlahan. Namun kemanisan dan kedinginan minuman itu langsung tidak menyegarkan hatinya. Dirinya umpama tidak berpijak di bumi nyata. Syikin kasihan melihat wajah muram Arina. Dia segera memegang tangan Arina sambil menatap wajah sugul itu.
“Sabar Arina. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku ni.” Pujuk Syikin apabila melihat sahabatnya itu seperti kehilangan semangat. Perlahan-lahan bibir Arina mengukir senyum. Namun apa yang nyata, senyuman itu tampak dibuat-buat pada penglihatan mata Syikin. Hatinya tiba-tiba dipagut rasa sedih. Sedih apabila melihat kepura-puraan Arina.  Kalau dirinya berada di tempat Arina, dia pun tidak pasti samada dia boleh atau tidak menerima kenyataan sekiranya dimadukan. Cerita Arina sebentar tadi betul-betul membuatkan dia merasa sakit hati. Dirinya dan Arina seperti cubit peha kanan, peha kiri terasa sama!
Kalaulah Asyraf kahwin lagi satu, mau pengsan aku. Gumamnya lagi.
“Aku ok Syikin. Lagipun, ini bukan salah suami aku.”
Syikin terkedu. Arina masih mampu bersabar walaupun dirinya dimadukan.
“Eleh, kalau ok, kenapa muka tu monyok je?” Soal Syikin kemudian. Mimik wajahnya kelihatan tidak berpuas hati.
Tiba-tiba telinganya tertangkap tawa halus Arina. Maka makin berkerut keningnya melihat keletah wanita itu.
Dah sewel ke apa. Rungutnya. “Apa yang lucu?”
“Lucu tengok muka kau tu, risau sangat. Err..aku datang bulan lah. Tu lah mood tak berapa nak ok sangat ni. Jangan risau, Reza dah layan aku macam dulu, macam mula-mula kahwin.” Sahut Arina sambil tersenyum. Masih nampak dibuat-buat!
Syikin mencebik. Lagi nak backing suami dia yang tak guna tu! Cemuhnya dalam hati. Walaupun Arina telah menceritakan semua kejadian sebenar, namun hatinya  masih belum mampu menerima yang Reza berkahwin lagi.
Ahhhh, lelaki mana yang tak nak beristeri lebih dari satu! Monolognya lagi.
“Tak faham aku dengan kau ni. Suami kau tak nak jumpa si Zaliya miang tu, kau paksa dia pergi jumpa. Isk, kalau aku memang tak lah. Dahlah betina tu rampas suami orang.” Akhirnya Syikin meluahkan rasa tidak puas hati yang terbuku sejak tadi. Sakit betul hatinya apabila membayangkan sikap wanita yang merampas suami teman baiknya itu.
“Kalau aku, dah lama aku tomoi betina tu.” Kembang kempis hidung Syikin menahan rasa geram di hati. Dia menggengam kedua-dua penumbuknya sambil melayangkan buku lima seolah-olah sedang beradu dalam gelanggang boxing.
 “Kau ni tak padan dengan kecik, garang betul!” Suara tawa Arina tiba-tiba meledak kuat. Dia segera menutup mulut apabila perasan suaranya mungkin mengganggu pelanggan lain. Kemudian dia memandang Syikin semula. Gelihati sungguh dia melihat aksi spontan Syikin seperti peninju hendak beradu tenaga itu.
Tak senonoh betul minah ni, lagi nak buat macam tu. Selorohnya dalam hati. Syikin hanya menjeling geram apabila melihat Arina mentertawakannya.
“Aku ni walaupun tinggi Cuma 155cm, setakat nak sepak muka dan terajang orang tu boleh sangat. Kalau tak sampai, hah aku lompat la sikit.”
Bertambah kuat suara Arina ketawa apabila mendengar loyar buruk daripada Syikin.
 “Wah kalau macam tu aku dah boleh lantik kau jadi pengawal peribadi aku, belasah si Zaliya tu.” Gurau Arina sambil membesarkan matanya. Kini  giliran Syikin pula ketawa mendengar kata-kata Arina.
“Alaaa, no hal lah setakat terajang betina gedik tu. Dengan satu kaki aku ni je, betina tu boleh terbang tau.” Sahut Syikin sambil menunjukkan sebelah kakinya ditepi meja makan. Akhirnya dia ketawa sama apabila melihat Arina terkekeh-kekeh ketawa. Kali ini, barulah tawa Arina tidak nampak dibuat-buat!
Mereka berdua terdiam apabila pelayan restoran itu menghantar makanan yang dipesan. Usai mengucapkan terima kasih, mereka menikmati hidangan masing-masing sambil berbual.
            “Aku baru pergi holiday kejap, dah macam-macam benda jadi kat kau ni. Nasib baik Nazirah ada kat JB. Kalau tak aku pun tak tau apa jadi pada kau. ” Ujar Syikin tiba-tiba. Dia mengeluh perlahan sambil merenung wajah Arina yang kelihatan suram. Dia tahu, pasti wanita itu bersedih lagi.
“Aku rasa kau ni kena mandi bunga lah. Biar naik sikit seri muka kau tu. Dah macam kambing gurun aku tengok.”
            Arina yang sedang enak menyuap makanan tiba-tiba tersedak. Dia memegang dadanya sambil terbatuk-batuk. Matanya berair akibat tercekik makanan. Dia segera mencapai gelas dihadapan dan menyedutnya laju. Syikin yang menyangka Arina cuma bergurau terkekeh-kekeh ketawa.  Arina menjeling geram kearah Syikin apabila batuknya mula reda.
            Mangkuk hayun punya member. Boleh dia cakap muka aku yang macam Kristine Hermosa ni serupa kambing gurun!
            “Engkau lah, macam Isko.”
Terburai tawa Syikin apabila mendengar kata-kata Arina.  Dia amat mengetahui watak lelaki tua dalan cerita Pangako Sa Yo itu. Tak baik Arina! Syikin ketawa lagi.
            “Kau tak baik tau kutuk orang macam tu.” Ujar Syikin dengan tawa yang masih bersisa. Arina mencebik memandangnya.
            “Eleh, kau kutuk aku takpe pula.”
            “Kutuk aku takpe, ni kau babitkan Isko sekali dah kenapa.” Syikin ketawa lagi. Arina yang pada mulanya terkulat-kulat memahami kata-kata Syikin akhirnya ketawa sama.
            Isk, tak baik aku ni. Arina sedar sendiri dalam hati. Dia memandang Syikin yang tak habis-habis membuat lawak. Tak kering gusi apabila duduk melepak dengan Syikin. Ada sahaja perkara yang menjadi bahan jenakanya. Sedikit sebanyak, tekanan yang membeban dihatinya ketika ini terubat seketika.
            “Hah, dah pukul 6.00 petang. Jomlah aku hantar kau balik.” Sergah Syikin tiba-tiba apabila kedua-dua mereka selesai makan.
Arina merenung jam di pergelangan tangan. Dia mengeluh halus.
 “Syikin, aku tak balik rumah malam ni. Reza takde.. aku sunyilah.”
            Syikin memandang wajah Arina dengan kening berkerut.
“Habis kau nak pergi mana malam ni? Nak merayap sorang-sorang?
Laju Arina menggeleng.
“Habis kau nak ke mana? Ish, tu lah..kau ni, takde masalah cari masalah. Reza tak nak pergi rumah Zaliya kau paksa dia. Sekarang diri sendiri yang rasa sunyi kan? Eh malaslah aku nak nasihatkan kau ni. ” Panjang berjela leteran dari Syikin yang terpaksa ditadah oleh cuping telinga Arina.
            “Alaa..takpelah. Aku takut kalau makin dikawal, nanti makin lain jadinya.”
Syikin cuma menjungkitkan bahu sambil membentuk-bentuk bibir.
“Suka hati kau lah. Tapi kalau aku, jangan harap aku nak lebih kurang dengan betina macam tu.” Ujar Syikin sambil menuding jari telunjuk  ke arah dirinya sendiri.
“Aku lepak kat Pan Pac, dah booking bilik semalam. Membebel macam mak nenek lah kau ni.” Akui Arina akhirnya. Kini giliran dia pula membentuk-bentuk mulutnya.
            “Banyak sangat duit kau lepak kat Pan Pac? Ke kau pun dah pasang sugar daddy? Sergah Syikin tiba-tiba dan membuatkan Arina menendang kakinya.
            “Sugar daddy engkau. Kau ingat aku ni sengkek sangat ke? Ni Nazirah bagi aku baucarlah. Free of charge aku tidur kat sana.” Bidas Arina bersungguh-sungguh.  Syikin cuma ketawa sambil mengerutkan kening. Bibirnya berkali-kali berdesit kerana kesakitan
            Gila minah ni, macam takde tempat lain nak sepak. Tulang kering aku juga yang jadi mangsa!
“Alaa...gurau pun tak boleh. Garang betul Puan Arina kita ni semenjak dah bermadu ni.” Seloroh Syikin lagi menyebabkan Arina membuntangkan kedua-dua matanya.
            “Malas aku nak layan kau. Dahlah hantar aku balik.” Rajuk Arina mula memuncungkan mulut. Dia terus bangun dan meninggalkan Syikin. Syikin ketawa dan terkocoh-kocoh bangun menyaingi Arina. Dia menyucuk-nyucuk pinggang wanita itu yang cuba mengelak-elak darinya. Akhirnya kedengaran tawa riang dari kedua-dua mereka yang berjalan beriringan menuju kereta.
***
            “Amira Zalikha Binti Yusoff @ Rosales. Diploma Sains Kesetiusahaan Politeknik Port Dickson”            
            “Ye saya encik.”
            “Kenapa berhenti kerja government? Soal lelaki separuh abad itu sambil merenung tepat wajah Amira. Cantik betul gadis dihadapannya itu. Wajahnya seperti ada darah campuran. Di tambah lagi dengan rambutnya yang kecoklatan menambahkan lagi seri wajah yang bermata coklat itu. Dia yakin, semua milik wanita itu adalah asli. Lagipun wanita itu memang berwajah Pan Asean. Seketika dadanya berdetak laju seperti dipalu-palu apabila melihat ukiran mata gadis itu. Sungguh memikat hati!
            “Saya terpaksa encik.” Sahut Amira perlahan. Dia berasa sedih kerana terpaksa melepaskan jawatan sebagai setiausaha di Pejabat Kedutaan Malaysia, Phom Penh. Sementalahan pula kerja itu tetap dan berpencen, lagilah dia terasa sayang. Namun demi kerana Arina, dia sanggup berkorban. Dia tidak sanggup membiarkan adiknya itu menderita seorang diri. Luahan hati adiknya ketika pertemuan mereka di Phnom Penh beberapa minggu lepas amat meruntun jiwa wanitanya. Pesanan ringkas yang dihantar oleh adiknya tiga hari lalu membuatkan semangatnya semakin kuat untuk duduk dekat dengan adiknya itu.
            Kesian Arina, umur muda dah dimadukan. Keluhnya dalam hati apabila mengingati isi pesanan ringkas itu.
“Terpaksa?” Soal lelaki hairan. Amira mengangguk perlahan.
            “Personal problem, encik.” Ringkas jawapan Amira tanpa mahu memanjangkan sebab musabab kenapa dia melepaskan jawatannya dahulu.
            Lelaki itu cuma mengangguk-anggukan kepala.
            “Ok takpe. Mungkin terlalu peribadi kan? Saya tak nak paksa awak. So bila boleh start kerja? Tomorrow, boleh?” Saran lelaki itu tiba-tiba.
            Amira terkedu. Macam tu je ke interviewnya? Soalnya dalam hati. Tak sampai dua minit. Namun malas memikirkan hal itu Amira terus mengangguk laju.
            “Boleh sangat encik.” Ujarnya girang. Lelaki itu ketawa dan menyerahkan fail Amira semula.
            “Ok, kalau macam tu awak boleh datang bekerja besok. Esok pagi-pagi awak terus jumpa Nancy kat depan untuk lapor diri.”
            “Terima kasih banyak encik. Err.. kalau takde apa lagi saya minta diri dulu.” Sopan Amira meminta kebenaran. Dia segera bangun dengan bibir tidak putus-putus mengukir senyuman.
            Lelaki itu menganggukan kepala dan  memerhati langkah Amira yang ingin memulas tombol pintu.
            “Err..Amira…”
 Spontan wanita itu menoleh kearahnya. “Ye encik?”
            “Buat permulaan, saya bagi gaji  sebanyak tiga ribu belum termasuk elaun.”
            “Ya Allah, banyak tu. Terima kasih banyk-banyak encik. Saya berjanji, encik takkan kecewa dengan saya.” Ujar Amira tersenyum manis. Dia memulas tombol pintu dan meninggalkan ‘bakal bos’ nya itu dengan hati yang girang. Dia langsung tidak menyangka rezekinya akan datang secepat itu.
            Alhamdulillah. Syukurnya .
            Sementara Faizul yang telah kehilangan kelibat Amira masih lagi tersenyum. Wajah Amira betul-betul menawan hatinya ketika ini. Akhirnya dia ketawa kecil sambil menyelak-nyelak fail yang bertimpa-timpa di atas meja. Penangan bakal “PA” barunya membuatkan senyumannya meleret-leret secara tiba-tiba.
***
            “Hello, Zana ke ni?”
            “Angah ye? Jap Zana panggil mama.”
            “Eh Zana…” Laungan Reza terhenti setakat itu apabila telinganya mendengar bunyi gagang telefon diletak kasar ke atas meja. Dia mengeluh halus. Nampak sangat adiknya yang manja dengan dirinya sebelum itu masih marah.
            Zana belum tahu  cerita sebenar.  Gumam Reza bermonolog. Dia memicit-micit dahi yang tidak sakit. Perubahan sikap semua ahli keluarganya menyebabkan hatinya bagai dicarik-carik.
            Ini semua angkara si Zaliya gila tu. Sumpahnya lagi dalam hati. Dia menjeling pintu tandas dimana Zaliya berada. Kesempatan itu digunakannya untuk menghubungi ahli keluarganya.  
Ikutkan hati, mahu saja dia menerajang pintu tandas itu dan diri Zaliya sekali. Namun dia segera beristighfar. Ini adalah ketentuan yang ditakdirkan oleh Allah untuknya. Mahu atau tidak, dia terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka.
            “Assalammualaikum Angah.” Sayup-sayup dihujung sana kedengaran suara mama memberi salam. Hati Reza menjadi sejuk sebaik sahaja mendengar suara wanita yang melahirkannya itu.
            “Waalaikumsalam. Mama sihat?” Jawab dan soal Reza sekaligus. Hatinya tiba-tiba digayuti rasa pilu sebaik sahaja  mendengar suara Datin Khadijah.  Dia tahu, ibunya itu masih marah pada dirinya. Ini dibuktikan semasa pernikahannya dengan Zaliya tidak ada seorang pun ahli keluarganya yang datang menjenguk, termasuk Datin Khadijah.
            “Alhamdulillah mama sihat. Angah Sihat?” Suara datin Khadijah lunak menyoal.
            “Angah sihat ma.” Jawab Reza sambil mengetap bibir. “Mama, maafkan Reza.” Pintanya setulus hati. Telinganya terdengar keluhan halus ibunya disebelah sana.
            “Mama dah tau cerita sebenar. Nazirah dan Nazim dah ceritakan semuanya semalam.”
Reza terpempan. Hatinya berdebar-debar menunggu respon Datin Khadijah seterusnya.
“Mama tak sangka, jahat betul perempuan tu. Sanggup jumpa bomoh gara-gara nak dapatkan lelaki yang dia suka.” Suara Datin Khadijah kedengaran mendengus.
Reza segera menenangkan ibunya. Apabila keadaan kembali terkawal Reza bertanya pula mengenai ahli keluarganya yang lain.
“Papa, Zana, Along dah tahu ke pasal ni mama?”
“Papa kamu dah tahu. Mama dah cakap semalam. Cuma Zana dan Along lagi mama tak sempat bagitahu. Mungkin kejap lagi.”
Reza menarik nafas lega. Jiwanya terasa lapang apabila ahli keluarganya telah mengetahui cerita sebenar. Jadi mereka tahu yang dirinya langsung tak bersalah.
“Mama…” Ujarnya perlahan.
“Kenapa Angah?” Suara Datin Khadijah tiba-tiba bertukar nada sayu seolah-olah memahami kekusutan yang dihadapi oleh anak lelakinya itu. Dia berasa bersalah kerana bersangka buruk terhadap Reza selama ini.
“Angah nak ceraikan Zaliya.” Ucapnya spontan. “Angah tak sanggup melihat Arina terluka. Angah terlalu sayangkan Arina.” Selajur wajah isteri kesayangannya itu bermain-main diruang mata.
Datin Khadijah terkejut apabila mendengar pemintaan Reza. Ikutkan hati, dia bersetuju sahaja dengan kehendak Reza. Namun melalui pertimbangan akal fikiran, dia cuba menasihati anaknya itu. Tidak molek rasanya kalau dia menjadi batu api dalam permasalahan anak-anaknya. Lagipun bercerai adalah perkaara halal yang tidak disukai Allah.
“Angah, minta petunjuk daripada Allah. Buat solat Istikharah. Insyaallah nanti Angah akan menemui jalannya.” Nasihat Datin Khadijah sebelum mereka mengakhiri perbualan pagi itu.
Reza merenung telefon bimbit ditangannya. Dia berkira-kira ingin menghubungi Arina. Namun hasrat itu dipadamkan bila memikirkan sekejap lagi dia akan balik menemui isterinya itu. Arina tidur di hotel malam tadi. Semalam Arina menghantar pesanan ringkas dan meminta dia menjemput  isteriya itu pukul 9.00 pagi di lobi hotel Puteri Pan Pasific. Reza tersenyum. Terasa tidak sabar hatinya ingin memeluk Arina.
Apabila hendak bangun meninggalkan apartment itu, tiba-tiba Zaliya tergopoh-gopoh keluar dari pintu tandas. Reza tidak dapat mengelak apabila Zaliya terus memeluk tubuhnya.
“Adoi, kau kenapa?” Soal Reza tidak senang dengan perlakuan Zaliya. Dia menolak lembut tubuh Zaliya. Namun Zaliya memberi reaksi yang sebaliknya. Matanya bersinar-sinar memandang Reza. Bibirnya dihiasi dengan senyuman manis.
“Sayang…”Ujar Zaliya manja. Reza cuma mencebik mendengar ungkapan itu. Namun Zaliya tidak peduli. Dia mencapai tangan Reza dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi dia memegang satu benda yang berbentuk panjang dan berwarna putih. Zaliya menggerakkan-gerakkan benda itu dengan gerakan badannya sekali.
“Apa hal engkau terkinja-kinja ni?”
“Cuba teka.”
“Eh, aku takde masa lah. Apa dia?”
“Liya dah pregnant!
Ungkapan yang terkeluar dari mulut Zaliya membuatkan mulut Reza melopong. Tiba-tiba lututnya menggeletar.
Pregnant? Bila masa aku sentuh dia?
***
Suasana berbalam dan tenang di D’Coast  menenangkan jiwa Arina seketika. Dia memesan sebotol sparkling juice. Sambil meneguk minuman itu, matanya diarahkan ke pentas kecil dimana tiga orang gadis cilik dan seorang lelaki yang agak berumur menyanyikan pelbagai lagu. Mereka semua adalah kumpulan dari Filipina dan merupakan penyanyi di D’Coast. Salah seorang dari gadis itu melambai-lambai kerah Arina. Arina membalas lambaian itu sambil tersenyum manis. Kemudian gadis itu menunjukkan isyarat ibu jari.
Arina ketawa. Sebentar tadi gadis itu datang ke mejanya dan meminta dia membuat permintaan lagu. Gadis itu mengenalinya kerana sudah dua kali dia datang ke situ. Pertama kali apabila Reza membuat surprise untuk dirinya dengan membuat candle light dinner pada ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Kali kedua ketika dia mengunjungi Nazirah di  Hotel Puteri Pan Pasific ini, wanita itu membelanja dia makan disini. Ketiga-tiga gadis itu memuji-muji Arina dan menyatakan wajah Arina persis pelakon terkenal di negara mereka, Kistine Hermosa. Arina tersenyum.
Sejurus cuping telinganya tertangkap suara lelaki Filipina itu menyanyikan lagu permintaannya, How can I tell her about you nyanyian Lobo. Arina berasa terhibur. Lagu itu adalah lagu kegemarannya. Sementalahan pula suara lelaki Filipina itu seakan-akan suara Lobo. Sementara ketiga-tiga gadis itu bertindak sebagai suara latar. Arina tersenyum manis dan sesekali bibirnya mengikuti bait-bait lagu itu. Dia bertepuk tangan selesai sahaja kumpulan itu menghabiskan nyanyian mereka.
Kira-kira pukul 10 malam, Arina meninggalkan ruangan itu dan kembali semula kebiliknya di tingkat 8 hotel itu. Arina melambai-lambaikan tangan kearah gadis-gadis cilik itu. Tanpa disedari, segala perlakuan wanita itu telah menarik minat salah seorang pengunjung disitu!
***

           
           
           



                       
           




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, December 4, 2014

Yes, Isteriku Pregnant! -Bab 12


Amira termenung. Kepalanya didongakkan ke langit. Orang ramai yang lalu lalang di dataran itu tidak dihiraukan lagi. Fikirannya menerawang kepada perkara lain. Gumpalan awan yang menutupi langit menjadi santapan matanya sejak dari tadi. Pelbagai perkara yang berlaku pada dirinya seolah-olah tergambar pada gumpalan awan itu.
Pada waktu petang atau malam, Persiaran Sungai Bassac yang terletak berhadapan dengan Jalan Utama ke Royal Palace itu memang sibuk dengan kunjungan pelancong atau warga Kemboja sendiri. Bunyi jerit pekik penjaja yang menjual barangan mereka kedengaran di sana sini. Namun Amira tidak mengendahkan keriuhan yang berlaku disekitarnya. Dia tenggelam dengan dunia yang diciptanya sendiri.
Rambutnya yang berwarna hitam kecoklatan itu terbuai-buai disapa angin semilir yang bertiup dari arah sungai Bassac. Amira memejamkan mata. Sungguh nyaman rasanya apabila angin itu menyapa kulit. Apabila membuka mata, sebuah feri yang mempunyai kabin tidur lalu dihadapan. Beberapa orang kanak-kanak yang berada ditebing dataran itu melambai-lambai kearah feri itu walaupun tiada siapa yang menyambut lambaian mereka disitu.
Amira tersenyum. Hatinya terhibur melihat keriangan kanak-kanak itu. Mereka semua kelihatan gembira seolah-olah tidak ada satu pun masalah yang mengganggu fikiran dan hidup mereka. Seolah-olah hanya kebahagian yang menghurung hati mereka disaat ini. Amirah megetap bibir. Walaupun senang dengan keadaan itu, namun terbit perasaan cemburu dihatinya.  Dia tidak berpeluang mengecapi semua itu ketika masih kanak-kanak. Zaman kecilnya banyak diwarnai dengan kabus yang kelam. Apabila mengingati sejarah hidupnya yang lampau, dia hanya mampu menghembus nafas perlahan.
Latar hidupnya tidak seindah mana. Dia adalah seorang gadis yang membesar di rumah anak-anak yatim. Kedua-dua ibu dan bapanya meninggal ketika dia masih kecil. Amira memejamkan mata. Satu persatu kenangan masa silam muncul dibenak. Zaman kanak-kanaknya mula suram apabila ayahnya meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ketika itu dia baru berusia enam tahun. Ibunya pula menyusul selepas itu kerana menghidap kanser payudara.
Amira meneguk air liur. Ada sendu dalam hatinya apabila teringatkan kedua arwah ibu dan ayahnya. Walaupun masih kecil, dia amat mengingati wajah kedua-dua mereka. Wajah-wajah itu begitu terpahat dihatinya sehingga kini. Pemergian orang-orang yang disayangi itu menyebabkan dia dan adik perempuannya yang berusia empat tahun hilang tempat bermanja. Mereka kemudian diletakkan di bawah penjagaan makciknya iaitu adik kepada ibunya.
Namun nasib tidak menyebelahi mereka. Setiap hari mereka berdua akan menjadi mangsa sepak terajang suami makciknya yang juga seorang kaki mabuk. Dia dan adiknya tidak dapat berbuat apa-apa. Malahan, setiap hari mereka dikerah untuk membuat kerja-kerja rumah yang tidak setimpal dengan kudrat kanak-kanak. Makciknya juga bukan seorang yang baik. Mereka dilayan seperti hamba abdi. Makan cuma sekali sehari. Itupun cuma sisa makanan suami isteri itu.
Kemuncak derita apabila dia dengan tidak tersengaja  telah memecahkan gelas di dapur. Makcik dan pakciknya memukul dirinya sehingga kering tekaknya merayu meminta ampun. Pakciknya telah memijak-mijak badannya sehingga dia tidak sedarkan diri. Rupa-rupanya adiknya tidak tahan melihat dirinya dibelasah dengan teruk. Dia berlari keluar dari rumah dan meminta bantuan jiran-jiran yang berdekatan sambil menangis. Sejurus kemudian, beberapa orang kampung tiba di rumah itu. Pacik dan makciknya terkedu dan tidak menyangka perbuatan mereka itu disaksikan oleh orang lain. Orang-orang kampung yang agak berang dengan sikap tidak berperikemanusiaan suami isteri itu menangkap kedua-dua mereka dan menyerahkan kepada pihak polis atas alasan melakukan perbutan dera.
Mengingatkan adiknya, hatinya  disayat rasa pilu. Besar sungguh pengorbanan yang dilakukan oleh adiknya itu. Jika bukan kerana tubuh kecil itu berlari meminta pertolongan, kemungkinan dia tidak ada lagi di dunia ini kerana kedua suami isteri itu membelasah dirinya seperti orang hilang akal. Apabila membuka mata, air mata yang bertakung sejak dari tadi meluncur laju di pipi. Amira segera mengesat air mata itu. Terasa malu jika orang yang lalu lalang disitu terperasan yang dirinya sedang menangis.  
Mereka kemudian dihantar ke rumah anak-anak yatim sehinggalah mereka terpisah ketika dia berusia sepuluh tahun. Amira masih ingat lagi, ketika itu dia sedang bermain-main dengan adiknya. Tiba-tiba mereka didatangi oleh warden dan sepasang suami isteri.  Rupa-rupanya kedatangan suami isteri itu  ialah ingin mengambil dirinya sebagai anak angkat. Mereka berdua tercengang apabila warden terus mengemas baju dan memimpin tangannya masuk ke dalam kereta. Amira meggeleng-gelengkan kepala. Air matanya mengalir lagi apabila teringatkan wajah adiknya ketika itu.  Suara tangisan adiknya itu masih terngiang-ngiang ditelinganya sehingga hari ini. Seperti adiknya, dia juga tidak mahu mereka berdua terpisah.
Namun ibu dan ayah angkatnya berjanji akan selalu membawa dirinya ke rumah anak-anak yatim itu. Amira lega dan dia berjanji dengan adiknya akan selalu datang melawat. Namun impian itu tidak kesampaian apabila mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur. Ayah angkatnya yang bekerja sebagai anggota polis diarahkan pindah ke sana secara mengejut. Selepas setahun, dia mengajak ibu dan ayahnya melawat adiknya di rumah anak yatim itu. Namun malangnya, adiknya itu sudah tidak tinggal disitu lagi. Semahu-mahu dia menangis apabila mendapat khabar yang adiknya telah diambil menjadi anak angkat oleh sepasang suami isteri dari Johor. Semenjak itulah dia tidak berpeluang lagi berjumpa dengan adik kesayangannya sehinggalah beberapa minggu lepas.
Amira menguakkan rambut kebelakang. Dia telah membuat keputusan nekad. Bulan itu adalah bulan terakhir dia berada di Phnom Penh.  Sudah dua tahun dia bermastatutin di negara Komunis ini berama ibunya dan bekerja di Pejabat Kedutaan Malaysia. Ayahnya telah meninggal dunia lima tahun yang lepas. Dia akan balik semula ke Malaysia bersama ibunya kerana ingin berada dekat dengan adik yang lama terpisah. Itu janjinya kepada arwah ibu dan ayah kandungnya dulu, menjaga dan melindungi Arina!
***
“Abang, janganlah macam ni. Zaliya isteri abang juga. Apapun alasan, dia dah sah jadi isteri abang.” Arina berusaha memujuk Reza. Ketika mengungkap kata-kata itu, hatinya digigit rasa ngilu. Pedih dan mengguris hati.  Mulut sahaja berkata begitu, namun hati tuhan saja yang tahu. Isteri mana di dunia ini yang sanggup berkongsi suami.
“Abang balik rumah Zaliya ye?” Pinta Arina lagi dengan suara yang lirih. Reza memandang wajah isteri kesayangannya itu. Hancur hatinya apabila melihat wajah isteri yang dicuranginya itu. Tapi demi Allah, dia langsung tidak sedar! Dirinya menjadi mangsa ilmu hitam Zaliya, Mak Su dan Zuraini. Mengingatkan mereka bertiga, Reza mengetap bibir. Sakit sungguh hatinya mengingatkan kejahatan mereka yang mahu menghancurkan kebahagiaannya dengan Arina.
“Abang?”
“Ina macam tak suka je abang ada dekat dengan Ina. Dari semalam asyik halau abang pergi je.”
Arina terkelu. Demi Allah, kalau waktu boleh diundur dia akan memastikan semua perkara ini tidak terjadi. Tidak sama sekali! Namun pujukan dan kata maaf dari Zaliya semalam sedikit sebanyak telah melembutkan hatinya.  Wanita itu berkali-kali meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya membomohkan Reza lagi. Dia mengaku benar-benar mencintai Reza.
Walaupun terasa ngilu dihati, Arina pasrah. Ini semua takdir Ilahi. Mahu atau tidak, dia terpaksa menerima hakikat yang Zaliya adalah madunya. Isteri kedua kepada suaminya.  Walaupun hatinya terhiris hebat, namun ini adalah ketentuan yang terpaksa dilalui. Dia wanita, dia faham apa perasaan Zaliya. Walaupun Zaliya tega menyakitkan hatinya dengan mengahwini Reza.
“Abang, Ina cintakan abang dan kalau boleh setiap masa Ina nak abang ada disamping Ina. Abang kan suami Ina.” Ujar Arina dengan suara tersekat-sekat. Umpama ada sesuatu yang menyekat di kerongkong.
 “Sampai hati abang tuduh Ina macam tu.” Suara Arina mula serak. Air mata mula bertakung di kolam mata. Arina cuba bertahan namun rasa sebak dihati serasa tidak terkawal lagi. Dia menutup kedua mukanya apabila menyedari air mata mula mengalir keluar dari tubir mata. Sejurus kedengaran suara esakan Arina memenuhi ruang bilik itu.
Reza terpempan.
“Ina…” Reza segera memeluk tubuh isterinya yang teresak-esak menangis. “Maafkan abang. Abang serabut tadi.” Akui Reza sambil mendakap erat tubuh isterinya itu. Reza mengeluh halus. Dia balik-balik menyalahkan dirinya kerana begitu mudah jatuh kedalam perangkap Zaliya. Ikatan suami isteri bersama Zaliya amat membebankan benaknya sehingga apa yang dilakukannya sekarang ini semua serba tak kena.
“Ina..” Panggil Reza sekali lagi sambil mengusap-usap rambut isterinya itu. “Maafkan abang.” Ujar Reza sambil mencium ubun-ubun Arina.
            “Ina tak kuat bang. Ina rasa perit sangat dalam hati Ina ni.  Hati Ina pedih abang ada isteri lain lagi. Abang janganlah tuduh Ina macam tu.” Suara Arina yang mengongoi dalam dakapannya menerpa cuping telinga dan  terus menusuk ke tangkai hati Reza.
            “Abang minta maaf Ina.”
 “Ina paksa hati Ina jadi kuat. Ikutkan Ina, abang tak payah balik jumpa Zaliya tu lagi. Namun apa daya Ina, dia isteri abang juga. ” Sambung Arina dengan teresak-esak. Terhenut-henjut bahu isterinya itu menahan tangis. Reza memejamkan mata. Selajur sebutir air matanya mengalir di pipi. Hatinya terasa pedih apabila isteri kesayangannya itu terseksa batin. Dia membelai-belai rambut Arina dan mencium rambut isterinya itu.
“Pergilah bang.Please..Ina ok.” Arina mengangkat wajahnya dan memandang wajah Reza. Wajahnya basah dengan air matanya sendiri.  Bersama satu keluhan, Reza memegang kedua-dua pipi Arina. Dia menatap mata redup isterinya itu.
“Ok. Sayang jangan menangis lagi. Petang ni abang balik rumah Zaliya. Hmm?” Akhirnya Reza membuat janji walaupun tidak sepenuh hati. Rasa tidak puas lagi dia bermanja dengan Arina selepas dipulihkan oleh Ustaz Hanafi seminggu yang lepas. Namun dia terpaksa akur demi menjaga hati Arina. Kalau setakat Zaliya, tak ingin dia meninggalkan Arina seorang diri di rumah.
Reza mengesat air mata Arina sebelum meraih semula tubuh isterinya itu ke dalam pelukannya.
***
Rosmah merengus kasar. Sakit sungguh hatinya apabila mengetahui tembelang mereka bertiga telah diketahui oleh semua orang. Kesudahannya, pipinya menjadi mangsa tapak tangan suaminya. Mengingatkan itu, tangannya segera dinaikkan keatas pipi. Bisa tamparan suaminya telah hilang tetapi bisa di hatinya masih pedih sehingga sekarang.
“Kurang ajar punya betina. Aku dah tolong kau macam apa, baki duit aku kau tak bayar. Kau memang nak kena dengan aku!” Rosmah menggenggam penumbuk sambil membebel marah seorang diri. Sakit betul hatinya apabila Zaliya dengan selamba tidak mahu membayar baki duit yang dijanjikan.
Kau buat kerja macamana sampai Reza tahu rancangan aku? Mampus aku tak nak bayar baki duit tu!
Kata-kata Zaliya semalam benar-benar membuatkan hatinya menggelegak. Nasib baik dia berada dalam pejabat Zaliya. Kalau tidak mahu saja dia mengganyang mulut celupar itu!
Zuraini yang baru balik berasa pelik apabila melihat Rosmah bercakap seorang diri di ruang tamu.
Dah kenapa orang tua ni membebel sorang-sorang!
Rosmah menoleh kearah Zuraini yang memandang hairan.
 “Kau kenapa pandang aku macam tu?”
“Aik, pandang pun tak boleh.” Jawab Zuraini seraya meletakkan beg sandang ke atas meja.
“Mak ni dah kenapa bercakap sorang-sorang?” Ujar gadis itu apabila duduk disebelah Rosmah. Kakinya dilunjurkan setelah penat seharian berjalan-jalan di bandar. Dia kemudian menoleh memandang Rosmah yang membisu disisinya dengan kening berkerut.
“Mak…”
“Yang kau sebok kenapa!” Suara Rosmah yang melengking mengejutkan Zuraini. Dia hanya melopong memandang Rosmah yang terus berlalu masuk ke bilik.
***
Sedari tadi Zaliya telah bersiap-siap untuk menyambut kedatangan Reza malam itu. Dia  mengerling sekilas kearah  jam loceng diatas meja solek. Jarum pendek telah merangkak ke angka sembilan.
Awal lagi. Detik hatinya.
Dia tidak menyediakan makan malam kerana menurut Arina, Reza telah makan malam bersama-samanya di rumah. Walaupun terselit rasa sakit hati, namun dia terpaksa mengalah dulu. 
Nanti akan tiba juga masanya Reza menjadi milikku sepenuhnya. Ujar Zaliya perlahan dengan hati yang membusuk. Dia tersenyum senget.
Malam tu, dia memakai baju tidur dari jenis kain satin berwarna merah hati yang cukup menggoda. Dia menggayakan tubuhnya dihadapan cermin. Setelah berpuas hati, dia menyikat rambut ikal berwarna perang miliknya. Rambut asalnya adalah berwarna hitam dan lurus. Walaupun bukan semulajadi, namun dia tetap merasa bangga. Mana-mana lelaki yang memandang dirinya pasti akan terpikat dan jatuh tersungkur. Dia juga yakin Reza juga akan terpikat melihat dirinya malam ini. Zaliya tersenyum lagi.
Tiba-tiba, melalui pantulan cermin dia ternampak kelibat Reza berdiri dibelakang. Hampir sikat yang dipegangnya terlepas dari genggaman. Dia segera memusingkan badan dan menerpa kearah Reza. Dia memeluk lelaki itu dan berulang kali mengucapkan ‘thanks’ kepada Reza. Namun Reza hanya berdiri seperti patung tanpa membalas pelukan Zaliya.
Tiba-tiba tubuh Zaliya terdorong beberapa langkah ke belakang. Zaliya tercengang. Dia memandang wajah Reza.
“Kenapa ni sayang?”
Wajah tanpa riak milik Reza ditatap dengan penuh rasa hairan. Dia cuba memeluk tubuh Reza sekali lagi namun gerakannya terhenti apabila Reza menaikkan lima jari menunjukkan tanda berhenti.
“Cukup Zaliya!”
Zaliya tersentak. Dia memandang wajah Reza tanpa berkelip. Suara Reza yang keras benar-benar membuat dirinya terperanjat. Wajah Reza yang tiba-tiba berubah rona merah membuatkan dirinya berasa gerun.
“Sayang, kenapa ni? Liya..”
“Siapa sayang kau?” Reza memintas kata tanpa sempat Zaliya menghabiskannya. 
“Sayang, kenapa ni?” Soal Zaliya sambil cuba menghampiri Reza lagi.
“Kau jangan nak panggil aku sayang, abang, darling or whatever! Geli telinga aku ni nak dengar.” Mata Reza mencerlung memandang Zaliya dihadapannya. Langkah Zaliya terhenti apabila melihat suaminya itu betul-betul dalam keadaan marah.
 “Arina je yang layak panggil aku macam tu, kau faham tak?” Bentak Reza sambil menuding jari telunjuk menghala ke muka Zaliya.
Zaliya terpempan. Hatinya tiba-tiba bergetar apabila Reza menyebut nama Arina. Rasa sakit hatinya tiba-tiba datang menyerbu.
“Awak ni dah kenapa? Saya isteri awak juga lah!”
“Isteri? Hei, kau dengar sini baik-baik. Kau dah bomohkan aku sampai aku tak ingat apa-apa, sampai aku terkahwin dengan kau sekarang kau nak aku layan kau macam isteri aku? Perempuan jenis apa kau ni hah! Tengking Reza menghampiri seraya menolak tubuh Zaliya ke atas tilam sehingga baju tidur yang dipakainya terselak dibahagian peha. Reza meneguk air liur apabila melihat peha Zaliya yang putih melepak itu. Namun dia segera memadamkan hasratnya yang tiba-tiba menggebu tadi. 
Zaliya tiba-tiba ketawa sambil menepuk-nepuk tilam.
“Sayang, jangan nak jadi hipokrit ok? Liya isteri sayang juga. Tubuh Liya halal untuk sayang. Mari?” Goda Zaliya sambil menghulurkan tangan. Dia mengukir bibir dengan senyuman manis bagi memancing berahi lelaki itu.
Reza yang cuma memerhati kelakuan Zaliya tiba-tiba ketawa kuat. Zaliya segera duduk apabila merasakan Reza seperti memain-mainkannya. Dia hanya memerhati gelagat Reza yang ketawa terbahak-bahak seperti disampuk hantu!
“Cik Zaliya..” Ujar Reza setelah ketawanya reda.
“Opss sorry. Puan Zaliya.” Reza berpura-pura menutup mulut.
“Kau cakaplah apa yang nak kau cakap. Aku cuma nak kau dengar kata-kata aku ni baik-baik.” Raut wajah Reza yang ceria tadi tiba-tiba bertukar serius. Dia bercekak pinggang. Zaliya menanti kata-kata yang terluncur dari mulut lelaki itu.
“Malam ni..” Ujar Reza sambil menunjuk dirinya dengan jari telunjuk.
“Aku bersumpah tak akan sekali-kali akan menyentuh tubuh engkau sampai bila-bila walaupun kau tu bini aku, faham!”
 Usai berkata-kata Reza terus keluar dari bilik itu dan masuk ke bilik sebelah. Zaliya tersentak apabila Reza menghempas daun pintu dengan kuat. Menggigil-gigil dirinya menahan rasa marah.
Rezaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
***
Di bilik sebelah…

Reza duduk dipinggir katil. Suara amukan Zaliya sudah tidak dipedulikan lagi. Di kepalanya hanya terfikirkan Arina. Tiba-tiba dia menangis semahu-mahunya. Kasihan isterinya itu. Nasib malang seolah-olah tidak putus berkunjung ke dalam hidup Arina. Dan yang paling menyeksa hatinya, dia adalah salah seorang yang menyumbang kepada nasib malang itu. Wanita mana yang sanggup dimadukan?
Walaupun ramai lelaki di dunia ini jika berpeluang ingin mempunyai isteri lebih dari satu, tapi tidak bagi dirinya. Berilah wanita secantik Jessica Alba, namun Arina juga tetap di hati. Kasihnya begitu menggunung kepada isterinya itu.
Alangkah indahnya andai waktu-waktu ini aku sedang berbahagia dengan Arina di rumah. Bukan menghadap amukan Zaliya di rumah neraka ini. Getus Reza sendiri sambil mencebik. Sakit betul hatinya apabila Zaliya mencuba cara kotor demi mendapatkan dirinya.
Jika bukan Arina yang meminta dia datang, tak ingin dia mengunjungi Zaliya.  Akhirnya Reza melelapkan mata tanpa mahu memikirkan masalah yang memberat dikepalanya ketika ini. Jerit pekik Zaliya seumpama polong di bilik sebelah pun tidak dihiraukannya lagi.
Memekiklah engkau sampai pagi! Reza terus menarik selimut menutup mukanya. Tidak berapa lama kemudian kedengaran dengkuran kasar lelaki itu yang membuatkan Zaliya yang berada di bilik sebelah bertambah sakit hati!
***
I love you sayang...








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen