“Hello, assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam. Sayang, abang
ni.”
Mata Arina bercahaya. Bibirnya
terus mengukir senyum. Hampir seminggu dia tidak mendengar suara itu, dan lebih
sebulan dia berpeluang berjumpa dengan empunya suara itu. Sementelahan pula dia
sibuk menguruskan dan membantu Rosmah dalam hal-hal kenduri arwah Pak Zali dan
Zuraini.
Rindunya rasa dihati!
“Abang.” Hanya itu yang mampu
terluah dari mulutnya. Kedengaran suara tawa Reza di hujung talian.
“Ye, abang ni.”
“Abang kat mana ni? Abang sihat?
Zaliya macamana bang, dia sihat tak?” Soal Arina bertalu-talu. Dia menunggu
suara Reza dihujung sana.
“Alhamdulillah,
abang sihat. Abang kat bengkel ni.” Jawab Reza ringkas. “Perempuan tu pun sihat
juga.” Sambungnya lagi.
“Abang..”
“Dahlah, abang tak nak cakap
pasal dia. Ina sihat? Dah makan?”
“Alhamdulillah, sihat bang. Ina
ingat baru nak masak. Err..nak masakkan untuk Mak Su sekali.”
Reza terdiam. Dia berasa pelik
apabila isterinya itu mahu menyediakan makanan untuk Rosmah.
“Ok, Ina tak payah masak. Kejap
lagi abang balik. Kita makan kat luar je. Ina siap-siap sekarang. Keluarkan
baju kemeja dan seluar jeans abang dalam almari tu. Ina tak payah gosok. Nanti
abang balik mandi, lepas tu kita terus gerak. ” Ujar Reza panjang lebar tanpa
sempat Arina mencelah.
“Err sebelum abang lupa, kemas
sikit baju Ina dan baju abang. Kemudian masukkan dalam beg beju.” Sambung Reza
lagi dan secara tidak langsung mengundang rasa pelik di hati Arina.
“Kita nak pegi mana bang?”
“Ina kemas je dulu. Nanti
balik abang cerita.”
“Err
abang…”
“Ye
sayang.”
“Boleh
tak Ina ajak Mak Su sekali.”
“Kenapa
tiba-tiba Ina nak ambil berat pasal orang tua tu?” Rasa pelik yang
berlegar-legar dihati sejak dari tadi akhirnya disuarakan juga. Kenapa
isterinya perlu mengambil berat tentang wanita itu? Sedangkan Rosmah telah acap
kali menyakiti hidup mereka suami isteri.
Arina
menepuk dahi. Berita yang menimpa keluarga Rosmah belum dikhabarkan lagi kepada
suaminya itu.
“Abang,
Pak Zali dan Zuraini dah meninggal.”
“Hah?
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.Bila sayang?” Suara Reza spontan terlontar
tinggi. Dia benar-benar terperanjat.
***
Amira
memegang surat tawaran yang diunjukkan oleh Encik Faizul tengahari tadi.
Berkali-kali dia menatap isi kandungan surat itu. Tawaran sebagai Penolong
Pengurus Jualan itu amat mengujakan. Sementelahan pula gaji yang ditawarkan
boleh dikatakan agak lumayan. Peluang dia dapat duduk berdekatan Arina juga semakin
cerah. Namun hatinya masih berbolak-balik.
Dia
tahu, berita kenaikan pangkatnya ini menimbulkan rasa kurang senang segelintir
kakitangan di syarikat Encik Faizul. Terutamanya Kak Tipah. Bukan dia tak tahu,
wanita itu amat mendambakan jawatan yang ditawarkan kepada dirinya sekarang.
Naik berbulu telinganya apabila wanita itu balik-balik menyindir dirinya di
pejabat tadi.
Amira melepaskan keluhan
halus. Kedua-dua sikunya diletakkan diatas lutut dimana tangannya masih kejap
memegang surat itu. Jauh di lubuk hati, kalau bukan kerana Arina dia juga tidak
mahu mempertimbangkan tawaran itu. Dan kalau bukan Arina, sudah pasti dia masih
bermastautin di Phnom Penh sekarang!
Tapi
mungkin ini rezeki tuhan nak bagi kat aku. Ini peluang tuhan bagi supaya aku
dapat membina semula keluarga aku yang terpisah dulu. Gumamnya kemudian. Amira
memejamkan mata. Sejurus pertemuannya dengan Arina di Phnom Penh kembali
menunjal fikiran.
Imbas kembali…
Dia makan sambl berborak
dengan rakan sekerjanya di restoran itu. Tiba-tiba tumpuannya terganggu. Melalui
ekor mata, dia merasakan ada sepasang mata yang memerhatikan dirinya ketika
ini. Apabila menoleh kearah pandangan itu, jantung seperti mahu tercabut.
Matanya tiba-tiba bergenang. Perlahan-lahan dia bangun dan terus mendapatkan
susuk tubuh wanita itu.
Arina!
Tiba-tiba kilasan peristiwa
itu berderai apabila sayup-sayup kedengaran suara Zakiah memanggil namanya.
“Ye mak?”
Sejurus tubuh wanita itu
terpacul dihadapannya. “Kenapa Mira duduk kat luar ni?”
Amira tersenyum. “Saja ambil
angin mak. Dalam panas sangat.”
Zakiah menggeleng. Bukan dia
tahu fikiran anak gadisnya itu masih bersimpang siur ketika ini. Tidak pasti
keputusan apa yang harus diambil.
“Mira istikharah malam ni.
Insyaalllah tuhan akan bantu Mira membuat keputusan yang terbaik.” Nasihat
Zakiah sambil menepuk-nepuk bahu Amira. “Dah, jangan lama-lama sangat duduk kat
sini. Tak elok anak dara duduk di luar rumah malam-malam macam ni.” Ujar wanita
itu seraya tersenyum sebelum masuk semula ke dalam rumah.
Amira menarik nafas. Dia
kemudian membesarkan mata. Tahu saja emaknya itu membaca isi hatinya.
Tak boleh nak sorok langsung!
***
“Celaka kau Danial!”
Lelaki itu terus ketawa
berdekah-dekah. Gembira sungguh hatinya dapat menyakitkan hati Zaliya.
“Hei, janganlah marah sayang.
Itu baru sedikit tau. I tak bagitahu lagi yang anak you kandungkan tu
sebenarnya, anak I.”
“Itu bukan anak you lah, bodoh!” Suara Zaliya
melengking kuat. Badannya menggigil menahan nafas yang berasak-asak keluar melalui hidung.
“You jangan nak tipu I.” Nada suara Danial tiba-tiba
kedengaran tegas.
“Tipu you? Hei, apa faedah I dapat
kalau tipu you? Lagipun you ni siapa hah? You takde hak pun atas diri I,
jantan tak tahu malu!” Tukas Zaliya lagi. Danial ketawa lagi.
“I siapa? I ayah kepada baby you lah.” Lelaki itu terus-terusan
menyakitkan hati Zaliya. “But cantik
juga kan isteri pertama Reza tu. Lagi cantik dari you. Pandai you goda
suami dia ye?” Sindiran Danial ternyata menyentak hati Zaliya.
“Mana you tahu pasal betina
tu?” Suara Zaliya kedengaran menggigil menyoal.
Ini sudah lebih, semua
rancangan aku jantan tak guna ni dah tahu! Teriak Zaliya dalam hati.
“Mana I tahu, you tak perlu
tahu.” Danial ketawa kecil. “Apa yang penting sekarang you ikut je cakap I ni.
Kalau you tak nak bercerai dengan
Reza, you layan I bila-bila masa I nak,
boleh?”
“How dare you…”
“You dengar dulu apa I nak
cakap. You, ikut apa yang I nak. Then I tutup rahsia you,
senangkan? Mana tahu kalau kita kerap bersama, you boleh jatuh cinta dengan I.”
Kata-kata terakhir itu
membuatkan perasaan Zaliya betul-betul menyirap.
“Pergi jahanam lah
engkau!”Jeritnya sekuat hati. Sakit betul hatinya apabila Danial menghinanya
seperti seorang pelacur!
“Hahaha..whatever. Ikut cakap I,
atau.. Reza bakal tahu anak yang you
kandung itu adalah anak I!” Ugut
lelaki itu sebelum mematikan talian. Zaliya menghempas gagang telefon. Sakit
hatinya bukan kepalang.
“Puan ok?” Soal Pembantu
peribadinya yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik apabila terdengar suara jeritan
Zaliya. Wajah gadis itu kelihatan sedikit risau.
“Hei, Sape benarkan kau masuk
tak ketuk pintu ni, hah? Keluar!” Tengking Zaliya sambil mengangkat jari
telunjuknya kearah pintu bilik itu.
Gadis itu tersentak. Kelam
kabut dia keluar dari bilik bos nya yang tiba-tiba naik angin itu.
Gila, asek nak menjerit je
kerja dia! Rungut gadis itu memegang
dada.
***
Bibir Reza tidak putus-putus
mengulum senyum. Wajah lembut Arina ditatap dengan penuh rasa kasih. Suasana indah
di dalam restoran itu menerbitkan suasana romantik bagi mereka berdua.
“Hai, asek pandang muka Ina je
dari tadi. Boleh kenyang ke?” Usik Arina apabila perasan suaminya itu asyik
memerhatikannya. Reza ketawa.
“Lebih dari kenyang sayang.”
Sahut Reza terus memegang tangan isterinya.
“Abang rindu sangat kat Ina.”
Arina tersenyum manis. Reza
segera mencuit hidung isterinya itu. Arina ketawa sebelum menepis-nepis tangan
suaminya itu.
“Malulah orang tengok.”
Reza terus tersenyum.
“Zaliya tahu ke abang bersama
Ina sekarang?”
Senyuman yang melebar di bibir
Reza segera menghilang apabila mendengar soalan itu. Dia merengus halus sebelum
mencapai gelas berisi ais kosong dihadapannya. Dia meneguk air itu sambil
matanya memandang tepat ke wajah Arina.
“Kenapa Ina suka nak tahu
pasal wanita tu? Abang tengah rindukan Ina, Ina boleh rosakkan mood abang pula.” Luah Reza sejurus
sahaja meletakkan gelas itu dihadapannya. Wajahnya kelihatan mencuka.
Arina tersentak. “Err..Ina
tanya je pun..”
“Abang tak suka!” Bentak Reza
tiba-tiba.
Arina mengeluh perlahan.
“Ina pun sama bang, rindu
sangat kat abang.” Ujar Arina sebak. Tiba-tiba dirinya diasak rasa pilu yang
mencengkam jiwa. Sudah lama dia tidak bermesra bersama suaminya sendiri. Dan
sekarang Reza membentak dirinya pula.
“Sayang, kenapa ni?” Soal Reza
kalut. Dia terkesan air muka Arina tiba-tiba berubah rona mendung. Dia mengutuk
dirinya sendiri kerana tidak dapat mengawal perasaan tadi.
“Sorry sayang. Abang tak sengaja.” Pinta Reza dengan suara lirih.
Sakit hatinya ditipu Zaliya selama ini
terbawa-bawa sehingga sekarang. Dia meraup wajah sebelum beristighfar perlahan.
Hatinya turut sama tercalar apabila melihat wajah mendung wanita yang amat
dikasihinya itu.
“Bukan pasal tu.”
“Habis tu?”
“Ina..Ina..” Ujar Arina
tersekat-sekat. Matanya sayu memandang Reza dihadapan. “Ina sedih, dah lama
kita tak makan bersama dan bermesra seperti sekarang.” Luah Arina yang sudah
tidak tahan menahan perasaan.
“Kita dah semakin jauh.
Seolah-olah kita..” Kata-katanya terhenti disitu. Dia memandang tepat mata
Reza.
“Kita bukan suami isteri
lagi.” Sambungnya lagi. Suaranya mula kedengaran serak. Reza sengaja mendiamkan
diri. Dia ingin mendengar apa yang terbuku di hati isterinya itu ketika ini.
“Ina dapat rasakan, yang abang dah mula
sayangkan Zaliya. Dan abang sayangkan dia, lebih dari sayangkan Ina.” Luahnya
bersungguh-sungguh. Terasa lega sedikit beban yang memberat dihati. Namun tak
sanggup pula rasanya dia menyatakan bahawa anak yang dikandungkan Zaliya itu
sebenarnya bukan anak Reza. Walaupun ini adalah waktu terbaik untuk dia
memecahkan tembelang madunya itu.
Aku bukan wanita seperti itu,
melukakan hati suami sendiri. Biarlah suaminya itu tahu sendiri. Putusnya dalam
hati.
Dia menatap seluruh wajah
suaminya itu. Selama ini Reza seperti teruja menanti kehadiran bayi yang tidak
mampu diberikannya. Mungkin dengan kehadiran bayi itu akan mengeratkan lagi
hubungan Reza dan Zaliya. Tiba-tiba hatinya seperti dihiris sembilu. Sebagai
wanita normal, dia tidak mampu mengelak rasa cemburu yang mengasak-asak di
lubuk dihati.
Akhirnya dia hanya mampu menggigit
bibir, cuba menahan air matanya daripada mengalir. Sudu dan garpu dikedua-dua
tangannya diletakkan di tepi pinggan. Seleranya tiba-tiba mati. Dia menundukkan
wajah. Dan akhirnya air matanya tetap juga mengalir walaupun sedaya upaya cuba ditahannya.
“Sayang..”Reza kelihatan cemas.
Di segera mengesat air mata isterinya yang tiba-tiba mengalir. Dia menoleh
kekiri dan kanan memandang pengunjung-pengunjung lain di restoran itu sebelum
bangun dan menarik kerusi bersebelahan Arina. Dia segera meraih tangan lembut
milik isterinya itu kedalam genggaman.
“Kenapa sayang cakap macam tu?”
“Maafkan Ina bang. Ina cuba
meluahkan apa yang terbuku dihati. Takde niat nak rosakkan mood abang malam ni.” Ucapnya dengan suara sedikit serak. Reza
mengeluh perlahan. Dia menepuk lembut tangan isterinya itu.
“Ok, dengar ni.”
Arina menanti kata-kata yang
bakal terluah dari mulut Reza.
“Memang selama ini abang
seperti lebihkan Zaliya. Tapi bukan bermakna abang dah jatuh kasih kat dia. Tak
sekali-kali. Cuma sayang je ada kat dalam hati abang sekarang.” Reza menarik
tangan Arina dan meletakkan tangan itu di dadanya. “Abang cuma sayangkan Ina
seorang, dunia akhirat.” Nada suaranya tiba-tiba berubah rentak perlahan, penuh
romantis.
“Abang cuma simpati dengan nasib
anak yang dia kandungkan tu.” Terang Reza tegas. Dia cuba untuk membuat Arina lebih
mengerti.
“Anak dia tu…”
Arina menatap mata redup milik
suaminya itu. Masih menanti kata-kata yang seterusnya terluah dari mulut Reza.
Hatinya tiba-tiba diasak rasa debar. Suaminya itu seperti sudah tahu status
anak yang dikandungkan oleh Zaliya itu. Namun dia masih mengunci mulut.
Biar dia bagitahu aku sendiri.
Detiknya dalam hati.
“Anak dia, anak abang juga.”
Arina cuba menduga, bosan menunggu Reza yang tiba-tiba mematikan kata.
“Kita pergi cuti besok ye?
Kali ini abang tak nak Ina menolak lagi. Kita ke Bandung. Rozana dah tolong
beli tiket. ” Ujar Reza tiba-tiba mengalih tajuk. Arina tersentak. Terkejut
dengan rancangan suaminya yang tidak di duga itu. Dalam masa yang sama dia
berasa sedikit kecewa. Reza seperti cuba mengelak apabila kenyataan itu
diajukan kepadanya.
“Abang dah minta Syikin tolong
tengok-tengokkan Mak Su.” Beritahu Reza sambil menunjukkan telefon bimbitnya. “Abang
dah whatsap dia sebelum ambil Ina
tadi.”
Arina cuma melopong. Ternyata
suaminya itu cepat bertindak sebelum sempat dia membuat keputusan.
“Syikin cakap ok, jangan
risau.”
Arina masih melopong.
“Dah, tutup mulut tu. Tak pasal-pasal
lalat masuk pulak.”
Arina ketawa sejurus mendengar
kata-kata Reza. “Passport?”
“Mabuk? Kan Ina dah buat tahun
lepas masa pergi Phnom Penh dengan Nazirah.”
Arina menepuk dahinya.
Kemudian dia tersengih sambil menunjukkan barisan giginya yang cantik sebelum
mengangguk-anggukan kepala.
“Malam ni tak payah balik
rumah. Abang dah book hotel.”
“Tapi Zaliya..anak dia..”
“Enough.”
***
“Saya tak tahu puan. Dia cuma cakap
ada kecemasan. Tu yang dia cuti tergesa-gesa semalam.”
“Bohong, kau mesti tahu!”
“La ila Ha illalllah… Saya nak
bohong kenapa pula. Kalau puan tak percaya, terpulanglah.”
“Kau jangan nak tipu aku lah!”
Zaliya menjerit sekuat hatinya. Lelaki itu tersentak. Badannya tiba-tiba
menggigil menahan marah. Sakit betul hatinya melihat ulah perempuan itu.
Nasib baik mengandung, kalau
tak dah lama aku tolak keluar. Marahnya dalam hati.
Zaliya perlahan-lahan menapak
ke belakang apabila melihat wajah lelaki itu yang tiba-tiba seperti mahu
membahamnya. Dia memusingkan badan sebelum menendang bekas yang berisi
peralatan membaiki kereta di hadapannya.
Lelaki itu cuma
menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap biadap Zaliya.
“Perempuan gila!”
***
“Sorry lah. Hotel bajet je sayang.”
“Oklah ni, ada juga tempat
bermalam.” Ujar Arina tersenyum manis. Dia mengerling Reza yang berdiri
disebelahnya. Mereka dari tadi asyik berbual-bual sambil menghadap hamparan
langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang.
Dada Reza tiba-tiba berdebar.
Senyuman isterinya itu dari dulu sehingga sekarang sering membuat dirinya tidak
keruan. Dia memegang erat tangan Arina. Arina kelihatan tercengang apabila Reza
tiba-tiba menutup tingkap dan langsir.
“Abang ngantok.” Ujar Reza
berpura-pura menguap. Arina tersenyum. Dia tahu apa yang diinginkan oleh
suaminya itu. Reza menarik lembut tangannya sebelum langkah suaminya itu
terhenti.
“Kenapa?” Soal Reza apabila
terdengar suara Arina memanggil lembut.
“Malam ni tak boleh. Ini tak
mandi wajib lagi, baru lepas period.
Mungkin besok.”
“Alamak….” Reza menepuk
dahinya. Dia lupa yang Arina tidak solat berjemaah dengannya sebentar
tadi. Sementara Arina cuma terkekeh
ketawa melihat telatah lucu suaminya itu.
Alahai suamiku! Detik hatinya
lucu dalam hati.
***