Online Diary Aku dan Dia..: February 2015

Tuesday, February 3, 2015

Yes, Isteriku Pregnant! -Bab 16-


Sudah dua gelas air keruh berwarna kekuningan itu diteguknya. Matanya melilau kesana kemari seperti burung helang mencari-cari sesuatu. Bunyi dentuman muzik yang memekakkan telinga langsung tidak dihiraukan lagi. Apabila ‘seseorang’ yang dicari tidak kelihatan, Danial hanya mampu menghembus nafas kasar sebelum menyalakan api rokok.
“Hai bos! Muka banyak masam? Ada problem  ke kat sini?” Tiba-tiba seorang lelaki botak menyergah sambil menepuk-nepuk kedua-dua bahu Danial dari belakang.
Danial merengus. “Engkau tak reti nak tegur aku pelan-pelan ke?” Soalnya kasar. Perlakuan lelaki botak itu menyebabkan puntung rokok yang tersepit dijarinya terlepas jatuh.
Lelaki botak itu ketawa berdekah-dekah sebelum duduk bersebelahan Danial. “Banyak sorry lah bos. Jangan marah-marah macam ni. Rugi bos, malam masi muda. ‘Ayam’ pun ramai malam ni. Patutnya bos kena enjoy.” Balas lelaki botak itu tersengih. Kemudian matanya tajam memerhati liuk lentuk gadis-gadis genit yang berpakaian seksi menari rancak di kelab itu.
Danial mencebik. Langsung tidak berminat. Dia sudah tidak hairan dengan wanita-wanita seperti itu. Ramai yang sudah menjadi teman bilik tidurnya. Danial memandang lelaki botak disebelahnya itu. Kelihatan lelaki  itu mengurut-urut misainya sambil mengangguk-angguk memandang tubuh gadis-gadis yang bergelek sakan dihadapannya.
“Mus.” Danial menegur lelaki itu.
Lelaki yang dipanggil Mus itu memusing kepala memandang Danial.
“Ada apa bos?” Soal lelaki itu sambil balik-balik memandang kehadapan, tidak mahu ketinggalan dengan setiap gerak-geri gadis genit itu.
“Mus.” Ulang Danial sedikit tegas. Cepat-cepat lelaki botak itu memandangnya. Keningnya berkerut memandang tingkah Danial. “Ye bos?”
Danial menarik nafas lambat-lambat sambil memejamkan mata. Tangannya diramaskan antara satu sama lain. Dia menghembus nafas panjang sebelum memandang tepat wajah lelaki botak itu.
 “Perempuan yang selalu datang ‘minum’ sini dulu, kau ada nampak lagi tak?” Soal Danial tidak sabar lagi. Hatinya agak merusuh semenjak dua menjak ini. Dia yakin, sebagai seorang bonzer di kelab itu Mus mengetahui segala yang terjadi disitu.
Kening lelaki botak itu terjungkit naik, sedikit hairan dengan pertanyaan Danial. Kemudian dia terkekeh ketawa.
“Bos..bos..” Mus menggeleng-gelengkan kepala. “Ramai perempuan yang datang minum kat sini. Yang mana satu ni bos?” Soal Lelaki botak itu sejurus tawanya reda.
I’m serious ok.” Danial sedikit membentak. Tidak suka diketawakan seperti itu.
“Ok, sorry bos.” Pinta lelaki botak itu laju-laju. Dia harus menjaga hati Danial. Lelaki itulah yang memberikan  pekerjaannya sekarang ini.  “Perempuan yang mana satu ni bos?” Lanjutnya mengulang soalan yang sama.
Danial mencebik. Tahu takut! Cemuhnya dalam hati.
“Perempuan seksi, rambut ikal warna perang, yang datang sini bawa Mercedes-Benz S350 Bluetec tu. Takkan awak tak perasan? Nama dia Zaliya.” Jelasnya berterus terang.
Lelaki botak itu mengecilkan anak mata sambil memegang dahi seolah-olah berfikir. Kemudian jari telunjuknya digoyangkan beberapa kali.
“Owh..saya tahu. Perempuan tu rupanya. Dia dah lama tak datang sini. Dah bertaubat kut.” Jawabnya tersenyum sumbing. “Kenapa bos tanya pasal perempuan tu? Bos syok kat dia ea?” Soal Mus tanpa bertapis.
Danial menjeling lelaki botak itu. “Takde kerja aku nak syok kat dia lah. Aku tanya je.” Balas Danial masih tidak mengaku. Hakikatnya, dalam diam dia mula menggilai Zaliya. Kelihatan Mus tersenyum simpul mendengar jawapan Danial itu.
 “Hai bos..sebelum ni tak pernah pun tanya perempuan yang bos dah ‘dapat.’ Yang saya tahu lepas ‘dapat’ je bos terus tinggalkan diorang.” Lelaki yang bernama Mus itu memperli Danial. Dia mengenali wanita yang dimaksudkan oleh lelaki itu kerana dialah yang menghantar kedua-dua mereka pergi ke hotel beberapa bulan yang lepas. Kemudian dia tersengih memandang wajah Danial yang mula berubah rona.
“Kau jangan nak pandai-pandailah. Dahlah, bingit kepala aku duduk sini lama-lama.” Ujar Danial sambil mencapai kotak rokok diatas meja. “Aku balik dulu. Kau tolong tengok-tengokkan kelab ni.”
Mus yang masih tersengih cuma mengangguk. Apabila Danial menjeling, cepat-cepat lelaki botak itu mematikan senyum.  Tawanya bergema lagi apabila Danial semakin jauh meninggalkan kelab itu.
Mesti bos aku ada hati dengan perempuan tu. Tak mengaku konon! Ejeknya tersenyum sumbing  sebelum berlalu ke belakang kelab itu.
***
Setiap barang yang tersusun di rak itu dijeling satu persatu. Puas mengelilingi bahagian makanan kering, namun bayang barang yang ingin dicari masih juga tidak kelihatan.
Adoi, mana lah diorang letak gula perang ni? Rungut Arina dalam hati. Matanya melilau kesana kemari. Akhirnya matanya tertancap dengan tulisan ‘gula perang’ pada tag yang terletak dihujung barisan rak tersebut.  Kelam kabut Arina menapak kesitu.
Hah, sini pun kau. Arina girang. Dia ingin mencapai gula itu namun sekali lagi dia mengalami kesukaran apabila gula itu diletakkan ditempat yang agak tinggi.
Apalah letak gula tempat tinggi macam ni. Keluhnya dalam hati.
Dia memandang kekiri dan kekanan, cuba melihat kalau-kalau ada pekerja pasaraya itu berlegar-legar disekitarnya. Namun hampa, bayang seorang pekerja pun tidak kelihatan disitu. Dia mengeluh lagi.
Arina kemudian menjinjitkan kedua-dua kaki dengan tangan cuba mencapai gula perang tersebut. Setelah bersusah payah akhirnya dia berjaya menggenggam sebungkus gula itu. Arina tersenyum girang. Yes, dapat!
Sejurus dapat mencapai barang yang dicari,  tangan Arina dengan tidak tersengaja tertolak bekas marjerin yang terletak bersebelahan dengan gula itu. Tiga bekas marjerin  terjatuh ke tepi rak sebelum cuping telingannya mendengar suara lelaki menjerit.
            “Adoi!”
            Muka Arina pucat.
            Matilah aku, kepala siapa pula yang terkena bekas marjerin tu? Soalnya takut-takut dalam hati.
            Arina cepat-cepat menapak ketepi rak. Kelihatan disitu seorang lelaki sedang duduk menunduk sambil memegang kepala.
            “Err..encik tak apa-apa ke? Err..maafkan saya, saya tak sengaja.” Pinta Arina bersungguh-sungguh. Dia berasa risau apabila mulut lelaki itu mendesis-desis kesakitan.
            Perlahan-lahan lelaki itu bangun dan memandang Arina yang sedang ketakutan. Matanya tajam memandang wajah wanita dihadapannya itu.
            “Nasib baik tak pecah kepala saya ni.” Suara serak lelaki itu menusuk masuk ke dalam cuping telinga Arina. Bibir Arina terketar-ketar.Hatinya merusuh, takut bukan kepalang.
            “Tapi takpe lah. Tak pecah pun.” Ujar lelaki itu tiba-tiba tersenyum. Namun keningnya berkerut semula sambil menggosok-gosok kepalanya yang terkena bekas marjerin itu.
            “Maafkan saya encik, saya betul-betul tak sengaja.” Pinta Arina lagi dengan rasa bersalah. Dia cuba melihat-lihat kepala lelaki itu. “Kalau teruk, mari saya bawa pergi klinik.”
            Lelaki itu menggeleng. “Tak perlu, kena sikit je. Takpe, awak pun tak sengaja kan. Saya maafkan awak.” Ujar lelaki itu dengan nada perlahan.
            Arina menarik nafas lega. Dia memegang dadanya sebelum tersenyum manis memandang lelaki itu.
            “Lagipun saya ada klinik sendiri, nanti boleh rawat diri sendiri.”
            Arina tersentak. Wah, doktor rupanya!  Detiknya dalam hati.
            Lelaki itu kemudian memasukkan tangan ke dalam saku belakang seluarnya dan terus menarik dompet. Dia mengeluarkan kad miliknya dan menyerahkan kepada Arina. “Ini kad saya.”
            Arina menyambut kad itu dan memandang nama yang tertera disitu.
            ‘Dr. Zahiril Nizam Rahmat.’
            “Kawan-kawan panggil saya Airil sahaja.” Ujar lelaki itu tiba-tiba.”Dan nama Cik?”
            Arina seperti teragak-agak memberitahu. Dia berasa serba salah.
            Alaa..bagitahu je la. Lepas ni bukan jumpa lagi pun. Putusnya dalam hati.
 “Saya Arina Laila. Panggil..Arina je.”
            Lelaki itu tersenyum manis sambil menganggukan kepala.
            “Err..kalau takde apa-apa boleh saya pergi dulu?” Pinta Arina sopan. Dia memandang tepat wajah lelaki itu meminta kepastian.
            “Err..silakan.” Balas lelaki itu ringkas. “Nanti kita boleh jumpa lagi kan?”
            “Err..Insyaallah. Saya pergi dulu ye.” Arina kelihatan kelam kabut meninggalkan lelaki itu. Dia mula berasa tidak selesa.
            Bluekkkk, tak nak aku jumpa kau lagi! Ejeknya dalam hati.
***
            Zaliya mencapai beberapa botol vitamin. Dia merengus kasar apabila vitamin yang dicari tidak ditemui. Dia memegang dadanya. Sudahlah hatinya masih membara apabila Reza enggan menemankannya hari ini dengan alasan bekerja, kini ditambah pula dengan barang dicari tapi tak dijumpai. Di mula naik angin.
Alaa..setakat kerja bengkel je pun, tak luak mana pun gaji kalau ponteng sehari! Dia merendah-rendahkan pekerjaan Reza.
Entah-entah sebok nak jumpa Arina! Tuduhnya lagi. Hatinya bertambah sakit apabila mengingatkan wanita itu. Dia segera memanggil seorang pekerja di farmasi itu dengan nada kasar.
            “Woi, vitamin untuk ibu mengandung korang letak kat mana? Puas aku cari keliling tak jumpa. Macamana korang susun barang ni?” Laung Zaliya dengan suara yang sengaja ditekan-tekan. Dia bercekak pinggang.
            Gadis yang dipanggil oleh Zaliya itu tersentak.
Amboi, cantik bahasa kau! Dahla mengandung tapi mulut macam puaka.! Kutuk gadis itu dalam hati.
 Namun dia tetap memaniskan muka, bimbang kalau melawan dia pula yang akan kehilangan kerja. Dia menapak kearah Zaliya dan mencari vitamin yang dimaksudkan oleh perempuan itu.
“Puan mengandung berapa bulan?” Dia berpaling sambil tersenyum memandang Zaliya.
“Masuk tiga bulan.” Jawab Zaliya kasar. Gadis itu mengangguk dan mencari vitamin yang sesuai untuk Zaliya.
“Ooo..ini vitaminnya puan, ada depan puan je tadi.” Ucap gadis itu lembut, namun ada nada sindiran disitu.
Dahla biadap, buta pula tu! Cemuhya lagi dalam hati. Hatinya mula bengkak melihat keangkuhan wanita itu. Namun dia tetap cuba memaniskan rona wajah.
Zaliya mencapai botol vitamin itu kasar tanpa mengucapkan terima kasih. Dia menjeling tajam gadis farmasi itu sebelum berlalu ke kaunter. Namun langkahnya terbejat apabila cuping telinganya menangkap suara lelaki memanggil namanya. Dia segera berpaling. Matanya terus membesar apabila melihat lelaki  itu.
“Tak sangka, banyak-banyak tempat kita boleh jumpa kat sini. You apa khabar?” Sapa Danial tersenyum manis. Dia merenung susuk tubuh Zaliya yang kelihatan sedikit berisi.
Zaliya yang masih terperanjat pura-pura tersenyum gembira. “Err..I ok je. Sihat macam biasa. You apa khabar?”
Danial ketawa. “I ok, cuma…” Dia memandang Zaliya tajam. “I rindu sangat  kat you. Rindu dengan kenangan kita berdua.” Ujarnya berterus terang. Matanya tajam meratahi raut wajah Zaliya.
Zaliya tersentak. Dia mengumpul seluruh nafas sebelum menghembusnya perlahan. Dia memandang tepat wajah Danial.
Excuss me Mr. Danial, kita baru jumpa sekali je. You jangan berani-berani nak cakap macam tu tau. Lagipun, I dah dua bulan berkahwin. I dah ada suami, faham!” Bentak Zaliya perlahan dengan suara yang sengaja ditekan-tekan. Dia memandang sekeliling bagi memastikan tiada sesiapa yang mendengar perbualan itu sebelum memandang wajah Danial semula. Sakit betul hatinya apabila lelaki itu cuba mengungkit kisah mereka berdua.
Danial ketawa mengejek. “Laa..patutlah dah lama tak datang kelab. Dah kahwin rupanya. Ingatkan dah bertaubat. Mesti laki you control hidup you sekarang kan?” Sindir Danial tersenyum. Dia sengaja ingin membakar hati Zaliya. Dalam masa yang sama, hatinya turut terguris kerana dia turut menyukai wanita itu. Berita perkahwinan Zaliya amat meremukkan hatinya kini.
“Tapi I lagi untung, sebab I dah dapat tubuh you dulu sebelum kahwin.” Lelaki itu semakin galak menyakitkan hati Zaliya.
“You jangan nak kurang ajar, nanti I bagitahu husband I.” Suara Zaliya mula melengking. Beberapa orang pelanggan dalam farmasi itu mula menoleh memandang mereka berdua.
Danial ketawa lagi, tidak mempedulikan langsung ugutan Zaliya itu.  “You dah mengandung kan? Dah masuk tiga bulan pun. ”
Zaliya terkesima. Tiba-tiba mukanya pucat tidak berdarah. Mungkin Danial telah terdengar perbualannya dengan gadis farmasi itu tadi.
“Tapi you baru kahwin dua bulan.” Lanjut lelaki itu tersenyum sinis. “Mungkin kandungan itu…”
Shut up!” Bentak Zaliya tiba-tiba dan terus meninggalkan Danial yang sedang ketawa terbahak-bahak.
***
“Pukul berapa kakak kau sampai?” Soal Syikin sambil membantu Arina mengopek kulit pisang tanduk. Sementara Arina pula menyediakan bahan-bahan untuk menggoreng pisang itu. Hari  itu, dia bercadang menyediakan pisang cheese untuk juadah minum petang nanti.
“Dalam pukul 5.00 petang kut. Nanti kalau sampai  diorang call aku nanti.” Balas Arina tanpa memandang wajah Syikin. Dia mengerling sekilas kearah jam dinding  yang tersangkut diatas pintu dapur.
Dah pukul 4.00. Detiknya dalam hati.
Thanks Syikin sebab tolong aku. Kalau bukan kau aku pun tak tahu macamana nak jemput diorang dari terminal bas nanti.” Lanjutnya sambil tangannya laju menggodak bahan-bahan celur itu.
Syikin menjungkitkan kedua-dua bahu. “Hal kecil Arina. Lagipun kebetulan anak-anak aku duduk rumah mak aku sekarang. Asyraf pula outstation. So memang aku free hari ni.” Ujar Syikin sebelum membasuh tangan di sinki dapur.
 “Lagipun aku pun nak tengok juga rupa Kak Mira tu macamana. Cantik macam kau ke, atau dia lagi cantik dari engkau.” Sambungnya lagi berseloroh.
Arina ketawa. Dia mencapai pisang tanduk yang telah dikopek dan dipotong menyerong oleh Syikin tadi. Dia mencelur pisang itu kedalam tepung sebelum menjatuhkannya dalam kuali. Apabila garing nanti, dia akan menaburkan susu pekat, gula perang dan hirisan keju diatas pisang itu.
Syikin cuma memerhati Arina melakukan kerja-kerjanya.  “Reza tahu tak Kak Mira dan mak dia nak datang hari ini?” Soal Syikin tiba-tiba.
Arina menoleh sekilas. “Tak. Aku tak pernah cakap pun aku dah jumpa Kak Mira kat Phnom Penh dulu. Tak sempat. Ada je konflik kitorang sampai hal penting macam ni pun kitorang tak sempat nak berbincang.” Balas Arina panjang lebar.
“Laa…dah berapa lama korang balik dari Phnom Penh kau tak cakap lagi? Aishhh tak habis-habis lagi ke masalah korang ni?” Soal Syikin tanpa bertapis.
Arina cuma membantu tanpa menjawab soalan itu. Dia membalik-balikkan pisang dalam kuali.  
“Hello? Dengar tak aku tanya ni?” Ulang Syikin dengan suara sedikit meninggi.
“Dengarlah. Tak payahlah nak jerit, aku tak pekak lagi tau.” Sahut Arina memuncungkan mulut.  Dia mengangkat pisang dalam kuali sebelum menjatuhkan pisang yang lain. Dia mengangkat sepinggan pisang goreng sebelum duduk dihadapan Syikin.
“Hal perempuan miang tu lagi ke?” Soal Syikin lagi dengan nada sinis.
Arina mengeluh. Lambat-lambat dia mengangguk. Syikin cuma mampu menggeleng, tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Walaupun mulutnya agak laser, tapi hatinya sangat tersentuh apabila melihat raut wajah Arina. Wanita itu sentiasa tersenyum, namun Syikin tahu betapa parahnya hati Arina apabila terpaksa bermadu dalam usia yang masih hijau.
“Dalam seminggu, berapa kali Reza balik jumpa engkau?”
Arina menggigit bibir, tak tahu bagaimana menerangkan perkara itu kepada Syikin.
“Sehari je. Kadang-kadang tak balik langsung.” Balas Arina perlahan.
“Sehari?” Syikin membuntangkan mata. “Wah, ini sudah lebih. Sakitnya hati aku. Perempuan tu dahlah rampas suami kau, ni dia nak kawal Reza pula.” Kemarahan Syikin tiba-tiba menyeruak. Arina segera memegang tangan wanita itu.
“Syikin..” Ujarnya lambat-lambat. Dia memandang tepat wajah Syikin sebelum mengeluh lembut.
“Kenapa?” Soal Syikin seperti mula mengesyaki sesuatu.
“Zaliya dah mengandungkan anak Reza.”
“Apa?” Wanita itu jelas terperanjat.
***
Dia menjinjit plastik barang-barang yang dibelinya tadi selepas memasukkan kereta ke dalam porch. Bahang panas segera menerpa kulitnya sebaik sahaja  keluar dari perut kereta. Dia membuka pintu rumah dengan kunci pendua sebelum meletakkan semua barang-barang yang dibelinya tadi diatas meja makan. Kemudian dia menekan butang on pada remote penyaman udara sebelum menghempaskan tubuhnya ke atas sofa.
Badannya terasa sedikit lega apabila baring seperti itu. Kedinginan yang terhembus melalui penyaman udara mula menyejukkan kulitnya. Dia terus memejamkan mata.
Arina Laila. Getusnya hatinya perlahan. Fikirannya terus tertancap pada raut wajah gadis jelita itu. Dia tersenyum. Wanita itu mengundang debar dihatinya. Perasaan yang sama dirasai ketika kali pertama dia bertentang mata dengan arwah isterinya, Afraniza.
Namun ini adalah kali kedua dia bertemu dengan wanita yang bernama Arina Laila itu. Sebelum ini dia pernah nampak wanita itu bersendirian di D’Coast.
Mungkin wanita ini berjodoh dengan aku. Ungkapnya dalam hati. Pasal tu boleh terserempak lagi!
Ukiran senyuman Arina betul-betul merusuhkan hatinya. Dia seperti dilanda angau. Semenjak bertemu kali pertama lagi, hatinya bagai di tarik-tarik untuk berkenalan dengan wanita itu. Namun ketika itu dia masih berasa malu.
Dah macam jantan gersang pula. Selorohnya dalam hati. Dia tersengih sendiri.
“Dah kenapa tidur pun tersengih-sengih ni?” Suara lunak Hajah Noraida menerpa cuping telingannya. Cepat-cepat Airil membuka matanya. Kelihatan ibunya berdiri berdekatan sofa. Wanita itu tersenyum memandang dirinya.
Cepat-cepat Airil duduk sambil tersengih. Tiba-tiba kening Hajah Noraida berkerut memandang wajahnya.
“Kenapa dengan dahi Airil tu? Benjol ibu tengok.” Soalnya hairan dan sedikit risau. Airil yang tersedar segera menaikkan tangan di dahi.
Accident kat pasaraya tadi, terlanggar dinding.” Jawabnya tidak mahu memanjangkan cerita. Hajah Noraida menggeleng-gelengkan kepala.
“Lain kali hati-hati lah. Kat pasaraya pun boleh accident.” Hajah Noraida mula berleter. “Nak ibu sapukan minyak?”
Airil laju menggeleng. “Tak perlu bu, kena sikit je ni.” Ujarnya perlahan.
“Hmm..ye lah. Dah beli barang-barang yang ibu pesan tadi?” Soal Hajah Noraida lagi.
“Dah ibu.” Jawab Airil sopan. “Orang letak atas meja tu.” Sambungnya lagi sambil memuncungkan mulut kearah meja makan di ruang tamu rumah itu.
Hajah Noraida mengangguk sebelum berlalu mendapatkan barang-barang yang dibeli oleh anaknya itu. 
Airil Cuma memerhati derap langkah ibunya. Kemudian dia menggeliat sebelum bangun menuju ke biliknya.
Kini giliran Hajah Noraida pula memerhati derap langkah anak lelakinya itu. Hatinya tiba-tiba dijentik rasa sayu. Anaknya itu kelihatan tenang, tapi dia pasti hatinya masih berduka dengan peristiwa yang berlaku tiga tahun yang lepas.
Kasihan anak aku, pasti dia kesepian tanpa isteri dan anak. Allah lebih menyayangi menantu dan cucunya itu. Ungkapnya sayu sebelum menjinjit semua plastik itu ke dapur.

***

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen