Online Diary Aku dan Dia..: March 2015

Saturday, March 7, 2015

Yes, Isteriku Pregnant! -Bab 17


Zaliya mencampak barang-barang yang dibelinya ke atas sofa. Dia mundar mandir sambil bercekak pinggang. Hatinya membuak-buak menahan rasa marah. Dalam masa yang sama, dirinya turut dipagut rasa risau.
“Adoi, macamana aku boleh jumpa lelaki tak guna tu.” Ujarnya dengan suara yang sengaja ditekan-tekan. Penumbuknya diletakkan di dahi.
Dia kemudian duduk setelah penat ke hulu ke hilir tanpa sebarang tujuan. Tangannya pantas mencapai telefon dan mendail nombor Reza.
‘Nombor yang ada dail tidak dapat dihubungi ketika ini.’
Zaliya mendail berkali-kali namun dia tetap disapa oleh suara operator wanita itu. Hatinya bertambah sakit.
Mana pula pergi jantan ni? Tak nak angkat call pula. Rungutnya menggigit bibir. Dadanya berombak laju menahan nafas yang berasak-asak keluar melalui rongga hidung.
Mesti jumpa si Arina celaka tu. Sambungnya lagi.
Badannya menggigil menahan marah. Akhirnya dia membaling semua barang-barang yang dibelinya tadi ke dinding sehingga botol vitamin itu pecah mengeluarkan isi.
***
Suara gelak ketawa jelas kedengaran sehingga diluar rumah. Dahi Reza berkerut.
Suara siapa?
Dia memandang kereta Myvi hitam disebelahnya. Itu adalah kereta Syikin. Dia kenal sangat kereta kawan karib isterinya itu.
Tapi takkan suara mereka berdua seriuh itu? Soalnya sambil mengerut kening. Malas memikirkan hal itu, dia segera menanggalkan topi keledar yang dipakainya. Kemudian perlahan-lahan dia menapak menuju ke pintu rumah sebelum Arina tiba-tiba terpacul disitu. Reza sedikit tersentak. Tiba-tiba hatinya berbunga-bunga riang melihat wajah wanita yang dirinduinya itu.
Arina segera keluar menyambut topi keledar Reza sebelum meletakkannya diatas keruasi kecil berdekatan pintu. Dia kemudian mencium kedua-dua tangan suaminya itu. Reza ingin memeluk Arina namun hasratnya terbantut apabila Syikin tiba-tiba terpacul dihadapan pintu.
“Hai Reza, lama tak nampak? Mana tercampak?” Soal wanita itu selamba tanpa memedulikan Arina yang membesarkan mata memandangnya.
“Kau apa khabar Syikin? Asyraf dan anak-anak sihat?” Persoalan Syikin itu dijawab dengan persoalan juga oleh Reza.
“Khabar baik. Alhamdulillah mereka semua sihat. Yang kau…”
“Err..mari kita masuk. Kita ada tetamu hari ini. Mari Syikin.” Arina segera memintas kata-kata Syikin tanpa sempat wanita itu menghabiskan kata-kata. Arina  menarik masuk tangan Reza. Sementara Syikin menuruti mereka di belakang. Wanita itu membentuk-bentuk mulut tanda tidak berpuashati dengan tindakan Arina.
Reza kelihatan hairan melihat tetamu yang datang sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Dia memandang tetamu itu dan isterinya silih berganti. Wajah salah seorang daripada mereka saling tak tumpah wajah isterinya.
Arina tersenyum manis. “Abang, inilah kakak kandung Ina, kak Mira.” Jelas Arina tanpa berselindung. Reza terperanjat.
Kakak kandung?
“Dan ini ibu angkat kak Mira.”
Reza terkedu. Lidahnya tidak mampu untuk berkata apa-apa. Sudahnya, dia hanya mengangguk sekilas kepada Amira sebelum bersalam dengan Zakiah.
“Oh, ini adik ipar saya. Apa khabar? Kacak juga orangnya, sesuai dengan Arina.” Amira kelihatan ramah menegur Reza.
“Khabar baik kak.” Ringkas Reza menjawab sambil tersenyum memandang Arina disebelahnya.  “Makcik dan kak Mira apa khabar?”
“Kakak?” Arina mengerutkan kening memandang Reza. “Abang lagi tua dari Kak Mira, ok?”
“Tau, tapi dia kakak awak, So abang kena panggil Kak Mira lah.” Balas Reza ketawa.  “Lagipun abang bukannya tua sangat pun.” Sambung Reza lagi. Kali ini suaranya kedengaran sedikit berbisik. Arina ketawa. Amira dan Zakiah juga turut tergelak.
“Alhamdulillah nak, kami berdua sihat.” Sambut Zakiah tersenyum manis. “Eh, jom minum sekali nak.” Pelawa Zakiah. Arina segera menarik tangan Reza duduk di ruang tamu. Dia menuangkan segelas kopi panas untuk suaminya itu. Dia turut menambah kopi ke dalam cawan Amira, Zakiah dan Syikin.
“Ermmm…sedapnya kopi Arina. Untung Reza dapat isteri secantik Arina ni. Dahlah cantik, buat kopi pun sedap. Bertuah sungguh kau Reza. Kalau cari wanita lain lagi, aku pun tak tau nak cakap apa.” Ujar Syikin tiba-tiba dengan sinis. Dari tadi dia mencari masa untuk mengenakan Reza.
Reza cuma memandang Syikin sekilas. Dia tersenyum kelat. Arina pura-pura  tidak mendengar sementara  Amira dan Zakiah  berpandangan sesama sendiri.
Puas hati aku. Cemuh Syikin dalam hati.
***
            “Aku tahu kau marah aku.” Ujar Reza tiba-tiba menyapa Syikin dari belakang. Syikin yang sedang mencuci gelas di dapur sedikit terperanjat. Ketika itu, Amira dan Zakiah berehat di dalam bilik sementara Arina sedang menunaikan solat asar.
            Syikin segera membasuh kedua-dua tangannya sebelum menarik nafas panjang dan memusingkan badannya menghadap Reza. Dia memandang wajah lelaki itu sebelum tersenyum senget.
            “Aku tak marah lah, aku cuma benci kau je.” Balas Syikin tanpa berselindung. Dia membesarkan matanya memandang lelaki dihadapannya itu sambil bercekak pinggang. Reza mengeluh lembut.
            “Kalau aku tau macam ni kau layan Arina, tak ingin aku tolong kau dulu, tau tak? Buang masa aku je.” Syikin melampiaskan apa yang terbuku dihatinya sejak tadi. Puas hatinya dapat memarahi Reza seperti itu.  Namun Reza cuma diam membantu dan ini membuatkan Syikin bertambah sakit hati.
            “Sanggup kau sakitkan hati Arina macam tu. Kau curang dengan dia sebab dia tak boleh bagi kau zuriat kan? Lelaki jenis apa kau ni hah!” Suara Syikin mula melengking. Kulit mukanya mula merah seperti udang dibakar.
            “Kalau kau dah tak suka, ramai lelaki lain yang nak kat Arina tu tau. Kau…”
            “Enough, Syikin!”
            Syikin terperanjat. Namun dia masih berlagak selamba. Reza meraupkan muka dengan tapak tangan. Hatinya bagai disiat-siat apabila mendengar kata-kata Syikin.
            Arina isteri aku, tiada siapa yang boleh rampas dia dari aku! Amuk Reza dalam hati.
 “Kau tak tahu cerita sebenar, so kau tak boleh tuduh aku macam tu. Aku terlalu sayangkan Arina. Aku kahwin dengan Zaliya sebab terperangkap, tau tak!” Reza mula meninggikan suaranya.
Syikin mencebik. “Terperangkap? Tapi anak yang Zaliya kandung tu anak siapa pula? Bukan anak kau?” Soal Syikin bertubi-tubi tanpa rasa takut.  “Terperangkap konon, tapi perempuan tu mengandung juga!” Sindir Syikin lagi.
“Aku tak tahu anak siapa. Tiba-tiba perempuan tu mengandung!” Balas Reza dengan nada kasar.
“Hahaha…funny.” Syikin ketawa mengejek.
Reza berasa geram. Dia cuba mengawal rasa marah agar perbalahan dengan Syikin tidak berpanjangan. Namun senyuman sinis dari bibir Syikin benar-benar membakar hatinya.
“Kau pula, kenapa nak sibuk hal rumahtangga orang?” Soal Reza menatap wajah Syikin. Dia cuba memprovok wanita itu. “Kau jaga laki anak kau lagi baik lah!”
Syikin tersenyum sebelum melangkah perlahan ke hadapan Reza.
“Aku bukan menyibuk, tapi rasa bersalah dan menyesal sebab kenalkan kau dengan Arina dulu.” Jawab Syikin geram.
“Kau tak…” Reza ingin menjawab lagi.
“Ya Allah abang, Syikin, apa gaduh-gaduh macam ni?” Arina yang masih bertelekong bergegas ke dapur apabila mendengar bunyi riuh rendah disitu. Reza dan Syikin memandang Arina serentak.
“Aku nak cuci telinga dia ni sikit. Supaya dia tahu nak menghargai kau.” Jawab Syikin tanpa sempat Reza bersuara.
“Dahlah, aku balik dulu. Nanti di kata menyebok hal rumah tangga orang pula.” Ujar Syikin lagi sebelum bergegas ke ruang tamu. Dia segera mencapai beg tangannya diatas kerusi sebelum cepat-cepat menuju ke pintu. Reza mengeluh kasar.
“Syikin.” Panggil Reza mengejar wanita itu. Syikin yang sudah berada di muka pintu terhenti seketika. Dia menarik nafas sebelum memusingkan badannya memandang Reza dan Arina. Matanya segera tertancap ke wajah Arina yang matanya mula berkaca-kaca.
“Maafkan aku.” Ucap Reza dengan suara perlahan. “Tapi percayalah, aku tak akan sia-siakan hidup Arina. Dia isteri aku. Aku terpaksa layan Zaliya. Tolonglah faham keadaan aku.”
Syikin mengeluh lembut. Dia memandang wajah Reza dan Arina silih berganti. Tiba-tiba hatinya dilanda sebak apabila melihat Arina yang mula menangis teresak-esak. Syikin segera menghampiri dan memeluk wanita itu. Matanya kemudian tertancap kearah Amira di balik muka pintu bilik. Syikin melepaskan pelukannya dan memandang wajah Reza.
“Aku pun nak minta maaf. Bukan niat aku nak menyibuk tapi aku tak tahan tengok Arina macam ni. Kau kena adil, bukan setiap masa kau berkepit dengan si Zaliya tu.” Ujar Syikin berterus terang. Suaranya mula kedengaran bergetar.
“Aku tahu Zaliya tu dah mengandung. Tapi tu tak bermakna kau abaikan Arina. Cukup sekali kau lukakan hati dia dengan kahwin dengan Zaliya tu. Tolong berhenti buat macam tu Reza. Aku merayu dengan kau.”
Reza sebak. Sampai begitu sekali harapan Syikin kepadanya. Menyesal dia menengking wanita itu tadi. Dia menoleh memandang Arina yang teresak-esak disebelahnya.
“Arina tak pernah minta aku merayu dengan kau. Aku yang tak tahan tengok dia menderita macam ni. Please Reza, jangan abaikan dia.” Pinta Syikin bersungguh-sungguh. Matanya juga mula bergenang.
Reza menarik nafas sebelum menghembusnya keluar. Dia memandang Syikin. Hatinya mula kesal memarahi wanita yang banyak membantu mendapatkan Arina dahulu.
“Maafkan aku. Ye..aku janji tak abaikan Arina. Dan maafkan aku juga sebab berkasar dengan kau tadi. Aku mengaku, aku tak patut cakap macam tu. ”
Syikin mengangguk perlahan. Akhirnya dia meminta diri untuk balik meninggalkan kedua-dua suami isteri itu. Sebaik sahaja Syikin beredar, Reza memandang tepat wajah Arina. Amira yang berdiri dimuka pintu cepat-cepat masuk ke dalam bilik sebelum kedua-dua suami isteri itu perasan.
“Ina tak minta Syikin…” Reza segera meletakkan jari telunjuknya di bibir Arina. Kemudian kedua-dua tangannya mendarat di bahu isterinya itu.
“Abang faham. Abang betul-betul minta maaf sayang. Mungkin kondisi Zaliya yang buat abang serba salah nak tinggalkan dia seorang kat apartment tu.”
“Tapi mulai sekarang, abang janji akan bahagikan masa seadil-adilnya.” Reza terus mencium dahi Arina sebelum sebelah  tangannya menjalar di belakang bahu isterinya itu. Sementara tangan Arina menjalar dipinggangnya. Mereka sama-sama melihat kereta Syikin yang mula kelihatan mengecil dihujung simpang.
Kadang-kadang Zaliya tu macam berlakon je..Kesian Arina. Macamana aku boleh tak perasan. Keluh Reza dalam hati.
Tak pasal-pasal aku berkasar dengan Syikin tadi. Lanjutnya lagi dengan kesal seraya mencium rambut Arina.
***
“Hahaha!”
“Kau nak apa, hah?” Suara dekahan lelaki itu betul-betul menyakitkan hati Zaliya.
“I nak you lah. I tak akan lepaskan you.” Sahut Danial yang membuatkan bulu tengkuk Zaliya meremang. Tawa laki itu kedengaran lagi memecah gegendang telinganya.
“Macamana anak kita dalam perut you tu? Ok tak?” Soal Danial lagi dengan niat membakar hati Zaliya.
“Ini bukan anak kau lah, bodoh!” Zaliya menjerit sekuat hatinya dan membuatkan Danial terpinga-pinga memandang kiri kanan.
“Kau jangan nak menjerit lah bodoh!”
Tiba-tiba Danial meluru kearahnya dan membuatkan Zaliya berlari ketakutan. Namun sekuat mana kudratnya sebagai wanita apabila Danial dengan mudah  memeluk dirinya dari belakang dan menekup mulutnya dengan tangan. Zaliya cuba meronta-ronta namun lelaki itu terus menyeret tubuhnya masuk kedalam bilik. Zaliya menggigil ketakutan. Perutnya mula berasa senak.
Danial terus mencampak tubuhnya keatas katil. Zaliya mula menangis apabila Danial mula membuka butang bajunya satu persatu sambil ketawa.
Please Danial, jangan buat I macam ni.”  Zaliya merayu sambil menangis. Namun rayuan itu tidak dipedulikan Danial malahan lelaki itu terus menerkam dirinya yang menggigil ketakutan.
“Tidakkkkkkk!!”
Zaliya terbangun. Dadanya berombak kencang. Peluh dingin membasahi tubuhnya. Dia memandang sekeliling. Kemudian dia meraup wajahnya dengan tangan sebelum mengeluh lega.
Mimpi rupanya. Detik hatinya perlahan. Dia mengerling jam di dinding. Jarum pendek menunjukkan ke angka tujuh.
Dia segera mencapai telefon bimbitnya diatas meja dan mendail nombor Reza. Seperti semalam, panggilannya hanya dijawab oleh suara operator perempuan.  Zaliya merengus kasar. Sudah dua malam Reza tidak balik ke apartment itu. Hatinya kuat mengatakan yang Reza pasti berdua-duaan dengan Arina ketika ini.
Zaliya segera bangun mencapai tuala. Dia bergegas mandi. Pagi itu dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Arina.
Tak guna, perempuan bodoh! Sumpahnya dalam hati.
***
“Dah lama ke Kak Mira da makcik tinggal dekat Phnom Penh tu?” Soal Reza apabila mereka duduk bersama-sama di meja makan pagi itu. Arina yang duduk diselahnya cuma  tersenyum sambil menyenduk bihun panas yang digorengnya sebentar tadi ke dalam pinggan semua orang. 
“Nak kata lama tu, tak lah juga. Dalam dua tahun macam tu. Lepas konvo poli, terus dapat jawatan setiausaha kat kedutaan tu.”
“Ooo..” Sahut Reza sambil menganggukkan kepala. 
“Reza pernah datang Phnom Penh?” Giliran Amira pula menyoal Reza.
“Phnom Penh tak pernah. Tapi saya pernah Siem Reap. Tengok Angkor Watt.” Jelas Reza sambil tersenyum memandang Amira dan Rubiah silih berganti. Sejak kecil, mereka sekeluarga kerap melancong ke luar negara. Hampir semua negara pernah dijejakinya. Itali, Perancis, Venezuela, Sepanyol, Thailand, Indonesia dan banyak negara lagi pernah dikunjunginya. Dia lahir daripada keluarga yang kaya, jadi melancong berkali-kali dalam setahun adalah tidak menjadi masalah bagi mereka sekeluarga.
“Ooo..bila tu? Phnom Penh dan Siem Reap jauh juga.  Jalan pun tak elok. Akak dan mak pernah pergi sekali je lepas tu terus surrender.” Jelas Amira panjang lebar. Zakiah disebelahnya cuma ketawa kecil.
 “Laaa..kenapa kak?” Soal Arina.
“Akak muntah-muntah. Tak tahan lalu jalan tu. Berlubang sana sini.”
“Ye ke? Hihihi. Macam-macamlah Kak Mira ni.”
Mendengar suara Arina tergelak seperti itu amat membahagiakan Reza. Sudah lama dia tidak mendengar suara manja isterinya itu ketawa. Reza memandang Arina dan Amira silih berganti. Wajah mereka hampir seiras. Cuma susuk tubuh isterinya itu kelihatan lebih tinggi.
“Pergi masa kecil-kecil dulu. Papa dan mama saya ajak.” Jawab Reza kemudian. Dia menyudahkan suapan terakhirnya sebelum meneguk nescaffe bancuhan Arina.
“Anak orang kaya kak. Memang selalu melancong pergi luar negara. Macam saya ni, pertama kali pergi luar negara masa kat Phnom Penh tu lah.” Ujar Arina tiba-tiba sambil tergelak kecil.
“Ina ni, ada cakap macam tu.” Reza kelihatan tidak senang dengan kata-kata isterinya itu. Dia tidak suka dilabel sebagai anak orang kaya.
Yang kaya papa, bukan aku. Omelnya dalam hati.
“Nanti minta Reza ajak awak pergi luar negara la. Honeymoon.” Saran Amira sambil mengenyitkan mata kepada Arina.
“Dah banyak kali ajak kak. Ina ni yang tak nak. Ada je alasan dia.” Sahut Reza sambil menjeling sekilas Arina disebelahnya.
“Laa..paksa je dia Reza. Dia sebenarnya malu, tapi mahu tu. Kan Arina?”Amira mengusik lagi.
“Mana ada. Dah makan cepat, kang melepas bas pukul 10 nanti.” Arina terus mengingatkan Amira. Namun jauh disudut hati, dia mengharapkan Amira dan Zakiah lebih lama duduk disitu. Apakan daya, cuti Amira cuma tiga hari saja.
Amira dan Zakiah cuma ketawa melihat telatah Arina. Tepat pukul 8.30 pagi, mereka bergegas ke Terminal Larkin. Arina dan Reza menghantar Amira dan ibunya dengan menaiki teksi.
“Akak balik dulu dik. Apa-apa hal, jangan lupa contact akak.”
“Tak nak tambah cuti lagi ke?” Arina mula sayu. Matanya mula bergenang. Amira segera memeluk adiknya itu.
“Tak boleh. Akak baru je dapat keje tu. Nanti apa bos akak cakap kalau akak tambah cuti lagi? Dah, jangan sedih-sedih macam ni. Alaaa..bukan jauh pun KL tu. Ada masa akak dan mak datang lagi. Tak pun, Arina dan Reza datang rumah akak nanti.” Pujuk Amira sambil menggosok-gosok belakang Arina.
Arina cuma mengangguk. Dia dan Reza kemudian bersalaman dengan Zakiah. Amira dan Zakiah  melambai-lambaikan tangan sebelum kedua-dua tubuh mereka hilang dalam perut bas.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah, Arina cuma mendiamkan diri. Rumahnya akan kembali sepi. Dan yang paling mengusik hati, pasti sebentar lagi Reza akan  meninggalkan dirinya dan pergi mendapatkan Zaliya. Wanita itu mengandung dan pasti Zaliya adalah keutamaan Reza sekarang.
Sementara Reza pula, sebaik sahaja masuk dalam perut teksi itu tangannya segera menggenggam kemas tangan Arina. Sesekali dia mencium tangan isterinya itu. Apabila Arina menoleh, Reza sengaja mengenyitkan mata dan membuatkan Arina tersenyum malu. Reza tertawa.Tak sabar rasa hatinya ingin bermanja-manja dengan Arina di rumah nanti.
Apabila teksi itu memasuki perkarangan rumah, Arina dan Reza berpandangan sesama sendiri. Kelihatan seorang wanita dengan lagak angkuh berdiri di beranda rumah sambil memandang tajam ke arah teksi itu. Tak lain tak bukan, wanita itu adalah Zaliya!
Reza menjeling ke satu sudut.  Kereta Mercedes milik wanita itu menjalar di halaman rumah. Dia menarik nafas halus.
Apa lagi lah perempuan ni mahu!
Mereka segera keluar sebaik sahaja Reza membayar tambang teksi itu. Belum sempat mereka bersuara Zaliya terlebih dahulu meluru kearah Arina dan menampar wanita itu sekuat hatinya.
“Woi, kau dah gila ke!” Reza segera menarik tangan Arina sehingga wanita itu terdorong ke belakang tubuhnya. Reza berdiri di hadapan Arina. Zaliya segera menumbuk-numbuk dada Reza.
“Ye, memang aku gila. Aku nak bunuh perempuan tu! Kau milik aku seorang, faham tak!” Zaliya yang seperti kerasukan terus memukul tubuh Reza. “Sini kau betina sial!”
“Woi, woi, woi!” Reza menengking wanita itu. Tangannya mencengkam kedua-dua bahu Zaliya yang sedang meronta-ronta.
“Kau dengar sini baik-baik. Aku kahwin dengan kau dah cukup baik, faham tak! Arina isteri aku, dan dia yang aku cinta. Bukan kau!” Suara Reza melengking kuat mengitari kawasan itu. Menggigil tubuhnya menahan rasa marah dihati. Kalau diikutkan hati, mahu saja dilempangnya wanita itu. Namun memandangkan Zaliya berbadan dua, dia cuba menyabarkan hati.
“Aku dah lama bersabar dengan perangai kau. Kalau bukan anak dalam kandungan kau tu, dah lama aku tinggalkan kau, tahu tak!”
“Abang, dah lah…”Arina menarik-narik tangan Reza yang mula naik hantu itu.
“Sial!” Zaliya menjerit sekuat hatinya. Dia meluru kearah Arina sekali lagi. Namun Reza terus menepis-nepis tangannya. Zaliya segera mencapai beg tangannya dan mengeluarkan sesuatu. Sebilah pisau!
Reza dan Arina terpempan apabila Zaliya ingin menghunus pisau itu ke perutnya.
“Kalau kau tetap nak menangkan betina tu, aku buraikan anak kau dalam perut aku ni!”
“Hei, Zaliya kau dah gila ke!”
“Memang! Aku kira sampai tiga kalau kau pilih dia, aku benamkan pisau ni!”
Reza cuba mendekati Zaliya.
“Kau jangan cuba nak rapat. Sekarang pilih, aku atau  dia?”
Reza merengus. Sementara Arina menggigil di belakangnya.
“Satu…”
Reza berpaling memandang Arina di belakangnya.
“Dua…”
Reza meraupkan tangan ke wajahnya.
“Ti….”
“Ok, aku balik dengan kau. Tapi tolong letak pisau tu ke bawah.”
“Janji?”
“Ye, aku janji.”
Zaliya tersengih. Dia meletakkan pisau itu ke bawah.
“Dah, jom balik.” Reza segera menarik tangan Zaliya tanpa memandang wajah Arina. Mereka berdua hilang dalam perut kereta sebelum kenderaan mewah itu perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah.
            Arina yang ditinggalkan keseorangan hanya merenung sayu. Terasa telah kering air matanya untuk menangisi nasibnya yang ditinggalkan sekali lagi.
            Takpe, Ina faham bang…Detiknya sayu dalam hati sebelum melangkah masuk kedalam rumah yang tiba-tiba kehilangan seri!
***











           







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen