Online Diary Aku dan Dia..: January 2015

Monday, January 12, 2015

Yes, Isteriku Pregnant! - Bab 15

 “Assalamulaikum..”
Arina yang berada didapur kelam kabut menuju ke hadapan apabila mendengar laungan salam itu.
“Waalaikumsalam.” Sahutnya sejurus membuka pintu. Dia terperanjat melihat muka Nazirah dan Nazim terpacul dihadapannya.
“Ya Allah korang, datang kenapa tak cakap? Masuk..masuk..” Ujar Arina ramah sambil mempersilakan kedua-duanya masuk. Nazirah segera memeluk tubuh Arina.
“Apsal badan awak susut sangat ni? Makan hati ke? Laki kau buat hal lagi ea?” Soal Nazirah sambil meletakkan tangannya di bahu Arina. Dia memerhati tubuh Arina dari atas ke bawah.
Nazim yang berada disebelahnya terus berdehem. Dia perasan air muka terus Arina berubah sebaik sahaja mendengar soalan dari Nazirah.
Ira ni kalau nak tanya apa-apa tak bertapis langsung. Rungut Nazim dalam hati.
“Eh, memanglah aku makan hati. Pedal, paruh pun aku makan juga.” Sahut Arina berseloroh sambil memandang Nazirah dan Nazim silih berganti. Namun Nazim dapat merasakan Arina seperti berpura-pura dan cuba menyembunyikan sesuatu.
“Kepak makan tak?” Soal Nazirah lagi tertawa.
“Ira…” Tegur Nazim mula tidak senang.
“Iyelah.” Nazirah menjeling Nazim sambil memuncungkan mulut. Arina cuma tersenyum melihat ulah kedua-dua mereka. Dia menggeleng-gelengkan kepala.
Macam orang bercinta. Ntah-ntah diorang ni couple. Teka Arina dalam hati.
“Duduk dulu Ira, Nazim. Saya nak buat air kejap.”
“Saya tolong.” Nazirah menawarkan diri. Arina cuma mengangguk perlahan dan jalan beriringan dengan Nazirah menuju ke dapur.
“Banyak awak masak?” Soal Nazirah sambil membuka tudung saji di dapur. Kecur air liurnya apabila melihat kari ikan merah, ikan masin, telur dadar dan sambal belacan terhidang diatas meja. Ulam-ulaman pun ada. Dia terus duduk di meja makan sambil memerhati Arina yang sedang menggodak air.
“Aah, nasib baik saya masak banyak. Nanti kita boleh makan sama-sama.” Ujar Arina tersenyum manis.
“Lagipun Reza dah balik rumah hari ini. Dia suka sangat makan kari ikan merah.” Lanjut Arina lagi tanpa menyedari Nazirah yang sudah berkerut kening memandangnya.
“Reza ‘dah’ balik rumah? Maksud awak sebelum ni dia pergi mana?”
Arina yang baru menyedari keterlanjurannya segera melihat Nazirah yang sedang menanti jawapan.
“Err…Reza..”
 “Ok, Biar saya teka. Awak biarkan dia balik rumah betina miang tu kan?” Soal Nazirah lagi tanpa sempat Arina memintas. Matanya sengaja dibulatkan memandang Arina.
Arina terkelu. Perlahan-lahan dia mengeluh.
“Saya nak buat macamana, Zaliya tu isteri Reza juga.”
What! Awak ni dah kenapa Arina?” Soal Nazirah sambil mengepal penumbuk dan meletakkannya di dahi.Dia sengaja menekan-nekan suaranya tanda protes.
“Ok, fine. Memang saya faham perempuan tu isteri Reza. Tapi isteri atas sijil nikah saja. Hakikatnya, Reza tak cintakan dia. Mama Reza sendiri cakap yang Reza nak ceraikan perempuan tu. Apa kena lah dengan awak ni!” Lanjut Nazirah lagi dengan suara yang sedikit melengking.
Arina menunduk sambil menggodak air. Tiba-tiba dia merasakan air matanya ingin mengalir keluar. Cepat-cepat dia mengesatnya dengan tangan. Nazirah yang perasan kelancangannya segera bangun dan memegang tangan Arina yang matanya mula berkaca-kaca.
“Arina, sorry.” Pujuk Nazirah memandang  Arina.
It’s ok Ira.”
Nazirah segera menggenggam kedua-dua tangan Arina.
“Korang berdua ada masalah lagi ke? Betina tu still kacau korang lagi?”
“Ira..” Jawab Arina lambat-lambat. “Reza tak mungkin ceraikan Zaliya.”
Kening Nazirah berkerut. Kemudian dia menggeleng-gelengkan kepala.
“Apa maksud awak? Tak mungkinlah, Reza langsung tak cintakan perempuan tu tau.” Nazirah tetap mempertahankan pendapatnya.
Arina menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan. Dia menentang mata Nazirah yang masih tertunggu-tunggu jawapan.
“Zaliya dah pregnant.” Ujarnya tanpa berselindung.
Nazirah terbuntang, hanya mampu melopong mendengar kata-kata dari Arina.
                                                                     ***
“Aku tak tahu Nazim. Fikiran aku betul-betul buntu sekarang ni. Aku sendiri tak pasti anak yang dikandung Zaliya tu anak aku atau bukan.”
Nazim memandang wajah kusut Reza. Dia menggeleng-gelengkan kepala, simpati atas nasib yang menimpa lelaki itu.
“Dia kan isteri kau. Macamana kau boleh cakap macam tu?” Soal Nazim sedikit hairan.
Reza menjepit rokok di bibirnya. Sejurus menyalakan api, asap berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidungnya.
“Memang dia isteri aku. Tapi..” Reza memandang Nazim sekilas.
“Tapi apa?”
Reza merengus kasar. “Aku tak pernah sekalipun sentuh Zaliya tu. Tak pernah langsung.” Ujar Reza sambil terus menyedut rakus rokok dikedua-dua bibirnya. Wajahnya kelihatan tegang.
Nazim beristighfar panjang. “Maknanya Zaliya ada hubungan lelaki lain ke?” Soal Nazim menggeleng kesal.
“Itu aku tak tau. Tapi yang buat aku nak pecah kepala ni, dia cakap itu anak aku. Kononnya aku dan dia terlanjur masa aku tak sedarkan diri hari tu.”
“Habis apa kau nak buat sekarang?” Soal Nazim simpati.
“Entahlah Nazim. Aku rasa berdosa dengan Arina, balik-balik aku lukakan hati dia.” Luah Reza penuh kesal. “Aku tak sanggup tengok Arina terseksa macam tu. Aku sayangkan Arina sangat Nazim.”
Nazim mengangguk-anggukan kepala. “Aku tahu. Habis Zaliya macamana? Kau nak tinggalkan dia?”
Reza mengeluh perlahan.
“Tak boleh. Mahu atau tidak, aku kena bagi tumpuan kat Zaliya sekarang.” Jawab Reza lambat-lambat.
Nazim memandang Reza dengan kening berkerut. Reza yang memahami maksud tenungan itu menyambung lagi.
“Walau macamana pun aku benci dia,aku tetap bimbangkan anak dalam kandungannya tu.” Sambung Reza sambil melenyek-lenyekkan puntung rokok dengan menggunakan hujung kasut.
“Hari tu Zaliya masuk hospital. Stress sebab aku tinggalkan dia.” Sambung Reza lagi.
“Sampai macam tu sekali? Parah masalah kau ni.”
“Memang parah. Rasa macam nak tumbuk muka kau je nak hilangkan parah ni.” Sahut Reza tiba-tiba berseloroh. Nazim tertawa.
 “Kenapa lah Zaliya tu tak jatuh hati dengan kau je dulu.” Usik Reza  semakin galak.
“Aku tak boleh. Aku pun dah ada pilihan sendiri. Dah nak bertunang pun.” Akui Nazim sedikit tersipu.
“Amboi, engkau dalam diam. Siapa gadis yang ‘tak’ bertuah dapat kau tu?” Soal Reza terkekeh ketawa. Terasa lucu melihat wajah bilal kodok itu tersipu malu.
“Tak baik engkau.” Sahut Nazim sambil menjeling Reza sekilas.
“Siapa?” Soal Reza lagi tidak sabar.
“Ermmm..sepupu engkau.” Sahut Nazim malu-malu.
“Nazirah!” Reza benar-benar kelihatan terperanjat.
***
“Amboi, Ira dalam diam awak bercinta dengan Nazim.” Usik Arina menyucuk pinggang Nazirah. Gembira betul hatinya apabila Nazirah dan Nazim akan mengikat tali pertunangan tidak lama lagi. Berita gembira yang dikhabarkan sebentar tadi di meja makan betul-betul mengujakan dirinya.
Nazirah tersipu-sipu. “Dah jodoh saya dengan bilal kodok tu agaknya.
Arina terkekeh ketawa mendengar gelaran yang diberikan Nazirah kepada Nazim.
“Dah nak jadi tunang ni, tak boleh lah awak gelar dia bilal kodok lagi. Awak kena panggil dia err”… Arina meletakkan jari telunjuknya di dagu dengan mata dinaikkan keatas seolah-olah berfikir.
“Darling ke, abang ke..”
Nazirah ketawa. “Pandailah awak. Geli pulak nak panggil bilal tu macam tu.”
“Hai, apsal nak geli pula. Dia kan bakal suami awak juga.” Ujar Arina sambil menolak bahu Nazirah dengan jari telunjuknya.
“Nantilah saya fikirkan.” Sahut Nazirah tersenyum malu. Arina cuma tertawa dan terus memalingkan muka kerah televisyen.
Nazirah menjeling  Arina disebelahnya. Wanita itu kelihatan kusyuk menonton cerekarama sambil memeluk bantal sofa.
“Err.. Arina. Saya nak tanya sesuatu boleh?”
Arina memandang wajah Nazirah yang merenung tepat wajahnya.
“Apa dia?”
Nazirah meneguk air liur. Dia kemudian mengumpul seluruh nafas sebelum memulakan kata.
“Awak tak kisah ke Zaliya dah pregnant?” Soalnya tanpa alas. Dia merenung tepat mata Arina dan menunggu reaksi wanita itu. Namun Arina kelihatan tenang. Lambat-lambat dia menjawab soalan itu.
“Entahlah Ira. Tapi bohonglah kalau saya tak rasa apa-apa bila dapat tahu dia dah mengandung.” Sahut Arina sambil menggentel hujung bantal sofa ditangannya.
“Tapi saya nak buat macamana? Dah itu ketentuan Allah untuk saya. Saya terima je lah.” Sambungnya lagi sebelum matanya dihalakan semula ke televisyen.
“Hubungan awak dengan Reza sekarang macamana? Ok tak?” Soal Nazirah lagi. Dia mula terhidu sesuatu yang tidak elok dalam hubungan Reza dan Arina sejak dari meja makan tadi. Kedua-dua suami isteri itu kelihatan dingin dan langsung mengangkat wajah sewaktu makan tengahari tadi sebaik sahaja Reza tiba di rumah.
“Ok, macam dulu juga.” Sahut Arina ringkas.
Nazirah memegang tangan Arina. Kasihan sungguh dia melihat wanita itu. Dia merasakan Arina seperti berpura-pura tidak kisah apa-apa dengan apa yang terjadi.
“Arina, kalau ada apa-apa masalah bagitau saya, ok? Kalau betina tu cari pasal awak bagitau saya.”
Arina mengeluh perlahan. Dia menepuk-nepuk tangan Nazirah.
“Jangan risau Ira. Saya tak apa-apa.” Ujarnya dengan senyum yang jelas dibuat-buat. Nazirah sedikit hampa. Arina nyata benar-benar tidak berminat untuk membicarakan perkara itu sekarang.
“Kakak awak dah balik Malaysia ke belum?” Soal Nazirah tiba-tiba.
***
            “Mak, hujung minggu ni Mira ingat nak pergi JB jumpa Arina.” Ujar Amira sambil memandang ibunya yang ralit mengupas kulit betik muda.
            Mesti mak nak masak sayur betik black pepper. Teka Amira dalam hati.
            Zakiah mengangkat wajah memandang Amira.
            “Mira dah dapat cuti ke?” Soalnya sedikit bimbang. Dia risau kerana Amira baru dua minggu bekerja di syarikat barunya.
            Amira tersenyum manis. “Aah mak. Mira dah dapat cuti 3 hari. Bos Mira bagi.”
            Zakiah mengangguk-anggukan kepala.
 “Dah bagitau Arina yang Mira nak datang?”
            “Silap, Mira dan mak ok.” Sahut Arina tersenyum. Zakiah ketawa.
            “Dah mak. Mira dah call Arina semalam. Dia pun tak sabar nak tunggu kita datang.” Lanjut Amira girang.
            “Baguslah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya dah duduk Malaysia ni, kita boleh jumpa Arina selalu.” Ujar Zakiah tersenyum simpul. Amira mengangguk-anggukan kepala.
            “Mira tak dapat kerja kat JB ke? Yang Mira mohon masa kita duduk kat Phnom Penh dulu?” Soal Zakiah tiba-tiba.
            Amira mengeluh perlahan. “Dapat mak. Tapi kerani je. Gaji pun dia boleh bagi RM1500 je. Mana cukup gaji macam tu kalau duduk kat bandar-bandar besar ni.” Luah Amira sedikit hampa.
            “Mira ada apply juga jawatan PA juga kat sana, tapi semua belum ada jawapan lagi.” Sambungnya kemudian sambil membantu Zakiah mengumpul kulit betik muda dan memasukkannya dalam plastik.
            Zakiah memandang anak daranya sekilas. “Takpe Mira. Mungkin belum rezeki Mira lagi kerja disana.”
            “Mungkinlah kut.” Sahut Amira perlahan. “Tapi, syarikat tempat Mira bekerja ni ada cawangan kat JB.”
            “Laaa…Habis kenapa Mira tak minta?” Soal Zakiah sedikit hairan.
            Amira mengikat plastik yang berisi kulit betik sebelum memandang wajah Zakiah semula.
“Entahlah mak. Mira macam nak minta. Tapi kawan-kawan sekerja Mira cakap bos kat JB tu kepala angin. Dia anak perempuan bos Mira kat sini.” Jelasnya panjang lebar.
“Macam tu pula.”
“Takpe lah mak. Mira yakin suatu hari nanti kita boleh duduk dekat dengan Arina.” Ujar Amira lebih kepada memujuk hati sendiri.
“Insyaallah nak. Semoga tuhan kabulkan niat baik Mira untuk jaga Arina.” Balas Zakiah  memandang anak gadisnya itu.
***
            Reza duduk di pinggir katil sambil meletakkan songkok disebelahnya. Dia menunduk menutup muka sebelum meraup rambut ke belakang. Pesanan ringkas daripada Zaliya menyerabutkan kepalanya. Wanita itu meminta dia balik sekarang dengan alasan alahannya semakin teruk. Reza serba salah. Dia baru saja balik tengahari tadi setelah berhari-hari duduk di apartment Zaliya.
            Apabila mengangkat kepala, kebetulan Arina masuk ke dalam bilik itu. Mereka bertentang mata seketika sebelum Arina menunduk dan mencapai telekong. Kemudian isterinya itu menunaikan solat di sisi katil.
            Reza mengeluh perlahan. Apa yang aku perlu cakap pada Arina? Soalnya dalam hati. Sudah tentu isterinya itu akan merajuk dan bermakna makin panjanglah episod bisu kedua-dua mereka.
            Puas Reza memerah otak untuk mencari alasan agar Arina tidak tersinggung lagi. Namun akalnya seperti terbejat, langsung tidak dapat berfikir dengan baik. Dalam kekalutannya, tiba-tiba dia terasa tangan Arina berada di bahunya. Reza menoleh. Arina telah selesai solat. Isterinya itu tersenyum memandang dan terus duduk dihadapannya. Kemudian Arina mengucup kedua-dua tangannya sambil meminta maaf. Hati Reza semakin tersentuh. Perlahan-lahan tangannya mengangkat wajah Arina sebelum mengucup dahi isterinya itu.
            “Abang pun minta maaf sayang.” Pinta Reza sepenuh hati. “Sayang kena percayakan abang. Abang sayangkan Ina sangat-sangat.” Ujarnya sambil merenung mata isterinya yang mula kelihatan sayu.
            “Ina janji, selepas ni Ina tetap percayakan abang walau apa pun terjadi.” Janji Arina setulus hati.
            “Abang baliklah rumah Zaliya. Dia sms ina tadi.” Sambung Arina tiba-tiba.
            Reza kelihatan tersentak. “Dia sms apa kat Ina?”
            Arina bangun dan duduk di sisi Reza. Dia menanggalkan telekong sambil diperhatikan oleh suaminya itu.
            “Dia bagitahu dia tak sihat. Kepala berdenyut dan..muntah-muntah.”
            Reza mengeluh halus. Dia mendongak memandang siling dengan kedua-dua tangannya diletakkan dibelakang bagi menampung berat badannya yang sasa. Sebenarnya dia bukan risaukan Zaliya. Apa yang menyesakkan dadanya kini ialah dia  tidak sanggup lagi menyakitkan hati Arina. Betul-betul tidak sanggup.
            “Pergilah bang. Ina ok. Mungkin dia lebih perlukan abang sekarang ni.” Arina yang faham cuba memaniskan rona wajah.
            “Ina…” Reza merenung sayu wajah isterinya itu.
            Arina mengangguk dan memegang tangan suaminya itu. “Ina percayakan abang.” Ujar Arina tersenyum manis.
            Akhirnya kedua-dua suami isteri itu berpelukan sebelum Reza bersiap-siap untuk ke apartment Zaliya.
***
            “Awak, saya rasa hubungan Reza dan Arina tak oklah.” Ujar Nazirah tiba-tiba. Dia memandang Nazim yang sedang khusyuk memandu kereta BMW miliknya. Mereka berdua dalam perjalanan balik ke Ampang.
            “Saya pun rasa macam tu juga.” Sahut Nazim tanpa memndang wajah Nazirah. Dia juga perasan kedua-dua suami isteri itu kelihatan dingin sahaja dan tak berbual sesama mereka.
            “Ish, saya geram betul lah dengan Zaliya tu. Ikutkan hati, macam nak keronyok je perempuan tu. Mengada-ngada.” Luah Nazirah tiba-tiba. Apabila teringat cerita Arina tadi, hatinya tiba-tiba menggelegak. Menurut Arina, Zaliya sekarang selalu tak sihat dan perlukan Reza disisinya.
            Ahhh..temberang je betina tu. Cemuhnya dalam hati.
Saja nak tarik perhatian Reza. Atau dalam kata lain, saja nak rampas Reza dari Arina, perempuan miang tak tahu malu!
            “Macam nak flying kick je muka perempuan tu. Geram.” Luah Nazirah lagi tidak berpuas hati.
            Nazim menoleh sekilas kearah Nazirah.
            “Amboi, garang betul bakal isteri abang ni. Main flying kick pula.” Usik Nazim sambil terkekeh ketawa.
            Nazirah tersentak. “Perasanlah awak ni. Siapa nak kahwin dengan awak?” Sahutnya malu-malu. Nazirah pasti, kedua-dua pipinya telah berubah rona kemerahan ketika ini!
            Terlebih romantik pula bilal kodok ni!
            “Laa..nak malu-malu pula. Kita kan dah nak bertunang.” Ujar Nazim semakin galak mengusik.
            “Mulai malam ni, saya nak Ira panggil saya err…abang.” Lanjut Nazim sambil tersengih nakal.
            “Heee..dah lah malas nak layan.” Nazirah terus berpura-pura memandang keluar tingkap. Kedengaran suara Nazim berdekah-dekah ketawa disebelahnya.
            Kena sawan ke apa bilal ni? Akhirnya Nazirah cuma tersenyum sebelum cuba mencubit lengan Nazim.
            “Aippp…tak boleh pegang-pegang dulu. Kalau ye pun sabarlah.” Nazim semakin kuat mengusik. Akhirnya Nazirah turut ketawa melihat ulah lelaki itu.
            Hee..bilal..bilal. Boleh tahan juga miang kau ni!
***

           
           
           

           
















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen