Online Diary Aku dan Dia..: April 2014

Tuesday, April 29, 2014

Kerana Kau Isteriku-Bab 2

BAB 2
Arina memandang Cik Nazirah yang sedang asyik membelek-belek resumenya dengan perasaan berdebar. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Permudahkanlah urusan ku ini, doanya tidak putus-putus dalam hati.
            “Hmm.. Arina Laila Yusof @ Arina Rosales, awak ada keturunan Sepanyol ke?” Mata Cik Nazirah ralit memandang wajah milik Arina. Mungkin merasakan nama ‘Rosales’ itu ada bunyi-bunyi Spain.
 Cantik betul gadis ini. Pujinya sendiri. Kalah aku. Sambungnya lagi, sedikit cemburu dengan keindahan wajah yang terpampang di depan matanya itu.
“Err..minta maaf , kenapa Cik tanya macam tu?”
“Nama awak.” Jawab Cik Nazirah sambil menunjuk nama yang tertera di dalam resumenya. Dan paras rupa awak. Dia menyambung dalam hati.
“Ooo..” Arina tertawa kecil. “Saya takde keturunan Sepanyol Cik. Cuma Rosales tu nama keluarga arwah ayah saya.
Cik Nazirah memandang wajah Arina dengan dahi berkerut. “Nama keluarga?”
“Ya, nama keluarga.” Arina cuba mematikan ceritanya, namun Cik Nazirah terus memandang tepat ke wajahnya. Arina yang faham maksud tenungan itu menyambung lagi.
“Dari kecil saya diserahkan dan dibesarkan oleh keluarga angkat. Ayah kandung saya berasal dari Manila, Filipina dan dahulu dia seorang Kristian. Tapi dia memeluk Islam setelah berkahwin dengan ibu saya, anak jati Sabah yang beragama Islam.” Jelas Arina dengan panjang lebar. Dia cuba menjelaskan semuanya agar soalan mengenai dirinya habis disitu sahaja.
Tanyalah pasal kerja pula. Dia berharap dalam hati.
Cik Nazirah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil memain-mainkan pen dihujung jari. “Ya teruskan.”
Arina tersentak. Aku nak apply kerja sebagai juruterapi kecantikan. Perlukah nak tanya pasal peribadi? Rungutnya. Dia kemudian menundukkan kepala sambil meramas kedua-dua tangan. Mula berasa pelik dan tidak selesa.
Huh, lantaklah. Yang penting aku dapat kerja ni.
Arina menarik nafas panjang dan mengangkat pandangannya semula sambil bibir menyimpul senyum yang jelas dibuat-buat!
“Ayah saya terlibat dengan kemalangan jalan raya dan…meninggal.” Bicaranya mati seketika. Dia cuba menahan emosi. Namun, Cik Nazirah masih memandang kearahnya seperti ‘memaksa’ Arina untuk meneruskan kisah hidupya.
“Tujuh bulan kemudian  ibu saya pula menyusul, kanser payudara.Saya dan kakak saya telah kehilangan kedua-duanya sekaligus. Kami menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.” Ketika ini Arina mula beremosi sedih.
“Err..Arina, awak tak perlu cerita lagi”. Cik Nazirah  merasa bersalah. Dia terkesan yang wajah Arina mula berubah rona kemerahan. Sedih ke marah?
“Tak pe cik.” Arina tersenyum. Nak tau sangat kan. Hah, ambek. Rungutnya dalam hati. Dia puas dapat menceritakan kisah hidupnya walaupun hatinya sedikit berasa ngilu.
Sebenarnya, dia seperti menyesal menghadiri interview hari ini. Macam nak apply jawatan Pengurus, wajib bawa resume bagai. Arina merungut lagi. Lepas tu tanya macam-macam pulak!
Ahh..mungkin dia ingin mengenal seseorang dengan lebih dekat sebelum mengambil orang itu sebagai pekerja. Pujuk hatinya kembali.
 Arina menarik nafas dan meneruskan ceritanya lagi. “Sejurus peristiwa itu kami dihantar ke rumah anak yatim. Setelah tiga bulan duduk bersama kakak di sana , satu hari saya ternampak sepasang suami isteri datang membawa beg baju kakak.” Ujarnya mula sebak. Bicaranya terhenti seketika. Cik Nazirah terkedu apabila mendengar suara Arina yang mula bergetar.
“Hari itu adalah hari terakhir saya bersama kakak kandung saya.” Arina berasa sungguh sayu apabila mengenangkan kisah lalu. Sedaya upaya dia menahan air mata dari mengalir keluar.
“Maksud Arina?”
“Mereka itu adalah keluarga angkat kakak saya.” Usai sahaja berkata-kata mata Arina mula berkaca-kaca . “Saya tak pernah jumpa lagi dengan dia sehingga sekarang. Semenjak dia pergi saya jadi sebatang kara di dunia ni.”
Cik Nazira terperanjat apabila melihat Arina mula menangis. Dia seperti baru tersedar yang dia terlalu ingin mengorek perkara peribadi Arina.
Aduh..over sangatla aku ni. Kutuknya sendiri dalam hati. Cik Nazirah bingkas bangun dan memegang bahu Arina yang terhenjut-henjut menahan esak.
“Sudahlah Arina. Maafkan saya. Tak sepatutnya saya bertanya hal peribadi awak. Luah Cik Nazirah kesal. Dia terkesan air muka Arina benar-benar mencerminkan derita hati yang pernah ditanggungnya dulu.
“Ini hanya sekadar interview..Sepatutnya saya tak patut tanya soalan yang terlalu peribadi. Maafkan saya.” Luahnya kesal.
Nazirah mengeluh lembut. Ada banyak lagi list soalan yang aku tak tak tanya gadis ini.
Awak suka bunga tak?
Dah ada pakwe belum?
Selalu awak suka buat apa masa lapang?
Err..Suka coklat tak?
Namun soalan-soalan itu hanya terluah dalam fikiran. Mati hidup balik pun aku tak sanggup nak tanya. Tak pasal-pasal nanti dia cakap aku ni les….no..no!
Nazirah memandang raut wajah Arina yang berubah sedih dengan perasaan yang amat bersalah. Dia menggengam tangannya kemas dan meletakkannya ke dahi berulang kali.
Ini semua Reza punya pasal! Semua skrip interview pagi  ini adalah arahan sepupunya itu. Cadangan untuk mengambil Arina bekerja di Spa miliknya juga adalah arahan dari Reza.
Arina terkesan kelakuan dan riak bersalah di wajah Cik Nazirah. Tiba-tiba dia merasa malu. Cepat-cepat dia mengesat-ngesat air mata dengan belakang tangan.
“Err…maafkan saya Cik.” Bibir mungilnya tersenyum kecil. Emosi pulak aku ni, mengada-ngada. Kutuknya sendiri dalam hati. Wajahnya merah padam menahan malu. Habis aku tak dapat kerja ni nanti!
Err..tak dapat pun takpe, bos macam joyah! Sambungnya lagi dalam hati sambil mencebik.
Cik Nazirah tertawa kecil dan melangkah semula ke kerusi yang bertentangan dengan Arina. Hatinya tenang semula apabila melihat Arina tersenyum. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Cepat betul emosi gadis ini berubah!
So macamana awak sekarang? Maksud saya, macamana awak berjumpa dengan keluarga angkat awak?”
Eh, tak habis lagi? Boleh tahan kepoh minah ni. Arina terperanjat dalam hati. Dia membetulkan duduknya semula sambil meletakkan tangan diatas peha. Dengan hidung yang sedikit merah, dia menghela nafas panjang dan memandang tepat ke wajah Nazirah.
Alang-alang cerita jer la semuanya. Dia mendengus sendiri. Ingat dah tengok aku menangis tadi, dah tak tanya apa-apa lagi. Memang betul-betul joyah dia ni! Arina mengejek lagi. Dia kemudian menyambung kisahnya. Last chapter..
“Tiga minggu selepas itu, ada sepasang lagi suami isteri  datang ke rumah anak yatim itu. Kedua-dua mereka ialah guru yang berasal dari Johor dan mengajar di Sabah.” Sambung Arina sambil diperhatikan kusyuk oleh Nazirah.
 “Si isteri telah disahkan tidak boleh melahirkan anak lagi. Mereka bercadang nak mengambil anak angkat.”
Cik Nazirah menaikkan keningnya memandang Arina. “Dan sayalah anak angkat mereka..” Ujar Arina sambil tersenyum. Namun itu cuma luaran. Dalam hati dia mula berasa jengkel. Hah, puas hati!
“Ooo…I see.” Gadis muda itu tertawa kecil. “Patutlah slang sabah awak dah hilang. Dah jadi orang Semenanjung ya..” Usik Cik Nazirah. Arina turut tersenyum.
“Saya tetap anak jati Sabah Cik, tapi membesar di Johor.” Ujar Arina lembut. Cuba memaniskan rona wajah.
“Semenanjung, Sabah dan Sarawak sama sahaja. Kitakan 1 Malaysia.” Sambungnya lagi.
Nazirah ketawa mendengar kata-kata itu. Arina Cuma tersenyum.
“Ya, betul. Lahir di Sabah, membesar di Johor..dan awak lupa satu..”
Arina memandang Cik Nazirah dengan kening yang berkerut. Apa lagi lah minah ni. Tak sabar dia meninggalkan Spa itu.
“Kerja di Ampang sebagai juruterapi kecantikan.” Sambung Cik Nazirah sambil bibirnya menyimpul senyum.  “So bila awak boleh start bekerja?”
Arina terkedu seketika. Secara perlahan-lahan senyumannya melebar  memandang Cik Nazirah. Tak sangka dia akan diterima bekerja dengan semudah itu. Hilang perasaan sebalnya kepada Cik Nazirah tadi. Namun, ada beberapa persoalan yang bermain dikepalanya pada ketika ini.
Dari mana Cik Nazirah tahu yang dia mencari kerja ini?
Dan dari  mana dia tahu alamat rumah sewanya bagi menghantar surat temuduga pada pagi ini?
Dan kenapa Cik Nazirah ini beria-ia menyuruh dia datang interview hari ini?
Persoalan yang bertubi-tubi itu memang telah lama difikirkannya semenjak mendapat surat panggilan temuduga ini dua hari lepas.
Hmm..mungkin Cik Nazirah berkawan baik dengan pemilik Spa Kecantikan yang pertama aku mohon jawatan juruterapi kecantikan dulu. Arina cuba meneka dalam hati. Hanya pemilik Spa itu yang tahu alamat penuh rumah sewa Arina. Entah-entah pemilik Spa itu yang memberikan alamatnya kepada Cik Nazirah ini. Dia menduga lagi.
Namun Spa Kecantikan itu ditutup kerana pemiliknya berpindah ke Alor Setar. Emergency case katanya.Arina tidak sanggup bekerja sejauh itu. Keluarganya menetap di Johor Bahru.
Oleh sebab itu, dia terpaksa menumpang di rumah rakan sekampungnya dan mengambil upah mengandam pengantin sebelum mencari pusat kecantikan yang lain. Kalau balik ke Johor Bahru, alamatnya ibu dan ayah tak akan membenarkan dia bekerja disini lagi!
Malas untuk memikirkan hal itu, akhirnya dia mengambil keputusan untuk mencuba nasib bekerja di Spa milik Cik Nazirah ini.
“Bila-bila masa pun boleh Cik”. Arina menjawab yakin.
“Awak datang besok”. Putus Cik Nazirah.
  Syukur Alhamdulillah. Doanya tidak putus-putus dalam hati. Ini berkat doa dan restu ibu.
Nazirah memandang Arina yang sedang kegembiraan sambil mengimbas peristiwa beberapa hari lepas.
Hmm..Reza…reza…
“Ira, tolonglah. Dia ada sijil SKM tahap 3 dalam bidang kecantikan. Nantikan dia boleh tolong majukan business kau tu…please…” Pujuk Reza sambil mengatupkan kedua-dua tapak tangannya. Dia tersengih memandang Nazirah sambil mengelip-ngelipkan matanya.
Huh, ingat comel la buat muka macam Puss In Boots watak kucing dalam kartun Shrek tu! Nazira mencebik dalam hati. Dekat setengah jam sepupunya itu tercongok di Spa miliknya dan memujuk agar menerima Arina bekerja disitu. Tau pula mamat ni budak perempuan tu ada SKM. Tapi SKM tu ape?
“Bukan tak boleh Reza, memang aku tak perlukan pekerja sekarang ni.” Dia cuma menggunakan perkataan “kau” dan “aku” apabila bersembang dengan sepupunya itu.
Wajah Reza berubah kelat. Serta merta senyuman manisnya jadi pahit macam kopi tiada gula. Dia mencebikkan bibir.
Eleh, taulah umur muda dah boleh buka business. Tapi janganlah nak berlagak. Sepupu sendiri pun tak boleh tolong. Kutuknya bertubi-tubi dalam hati.
“Err.. takpe lah.by.” Baru sahaja Reza berpaling hendak melangkah terasa lengannya dipegang. Dia tersenyum sumbing. Pasti Nazirah tak sampai hati untuk menolak permintaannya.
“Yerla..yerla..tapi kau kena pastikan yang gadis tu boleh buat kerja.” Ugut Nazira sambil menuding jari telunjuknya. Adoi..nasib baiklah kau ni sepupu aku yang paling rapat. Kalau orang lain, dah lama aku sepak!
“Yerla mak datin. Aku yakin kau tak akan menyesal ambil dia bekerja dengan kau. Dia ada sijil SKM. Memang macam ni”. Reza menunjukkan ibu jari sambil membesarkan mata. Nazira tertawa melihat ulah sepupunya itu.
“Err..tapi SKM tu apa?” Nazira yang masih blur bertanya sambil mengerutkan kening.
“Apalah engkau ni. Belajar sampai London. SKM pun tak tau. Baik aku yang tak habis belajar ni. SKM tu…” Reza memandang sekilas kepada Nazirah. “sejenis dodol!”
Nazirah membaling sepupunya itu menggunakan tuala kecil. Reza terkekeh-kekeh ketawa kerana berjaya mengusik Nazirah yang melopong memandangnya tadi.
“SKM tu, Sijil Kemahiran Malaysia. Pendek kata, sijil yang diiktiraf kualitinya oleh kerajaan lah. Hah..faham? Terang Reza sebaik sahaja tawanya reda.
“Ooo…manalah aku tau. Ingat kalau belajar kat oversea tu, semua benda lah aku kena tahu.” Ujar Nazirah  sambil mencekak pinggang.
“Yerla..yerla..gurau sikit pun tak boleh. Hihi.” Reza mentertawakannya lagi.
Nazirah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila melihat keletah sepupunya itu. Dia kemudiannya melepaskan keluhan halus.
Sebenarnya bab mengambil pekerja ini dia memang amat tegas. Perniagaan Spa yang dijalankannya baru sahaja bermula kira-kira tiga tahun lepas apabila dia baru menghabiskan pengajian di London.
Dia sebenarnya kurang bersetuju dengan cadangan Reza untuk mengambil Arina untuk bekerja dengannya. Manakan tidak, dia kenal sangat dengan anak Pak Usunya tu. Mamat poyo perasan handsome, mana pernah serius dalam apa-apa hal pun! Belajar pun sekerat jalan.
Dia teringat lagi betapa Pak Usunya mengamuk bila dapat tahu Reza gagal hampir semua subject yang diambilnya ketika mereka sama-sama belajar di London dulu.
Bebal nak mampus. Kutuknya dalam hati. Dia mengeluh lagi.
“Amboi asek mengeluh jer. Mesti kutuk aku diam-diam ni.”
Gulp, macam dia dapat baca jer apa yang aku fikirkan sekarang ni.
“Kalau kau berat hati nak tolong kawan aku ni lupakan jer la cadangan kita tu.”
Kita? Bila masa pula aku ada rancangan dengan dia ni. Tetapi apabila matanya tertancap ke wajah sepupunya yang kononnya sedih itu, akhirnya Nazirah tersenyum geli hati.
“Yer lah, nanti aku arrange kan interview dengan kawan kau tu. Err..ni mangsa yang ke berapa agaknya ye?” Nazirah sempat menyindir Reza.
“Hei..ini bukan mangsa ye. Aku dah mula syok kat dia”.
Yer la tu. Cebik Nazirah dalam hati.
“Dan kau kena tolong aku korek semua perkara tentang Arina.”
Nazirah tersentak dengan permintaan ‘ekstrem’ sepupunya itu. Wah, ini sudah lebih!
“Ok, aku balik dulu lah Ira. Ingat, jangan lupa interview Arina.” Lelaki itu sempat mengingatkan lagi. Dia tersengih sambil melambai-lambaikan tangan sebelum meninggalkan Spa itu.
“Cik Nazirah.”
Bayangan Reza hilang dari skrin matanya. Kini terpacul wajah manis Arina yang sedang menguntum senyuman. Adoi, macamana lah Reza tak terpikat. Aku yang perempuan pun kagum dengan kecantikan milik gadis ini.
“Ok, awak boleh balik dulu. See you tomorrow.”
Arina bangun dan berjabat tangan dengan Nazira. Kemudian dia meninggalkan “bakal” bossnya itu selepas mengucapkan salam. Nazira hanya memerhati langkah Arina sehingga kelibat gadis itu hilang dari pandangan.
 Kasihan dia pada nasib gadis jelita itu. Kasihan  kerana gadis itu telah mencuri tumpuan sepupunya yang agak gila sikit perangainya! Apa pula rancangan sepupunya yang sewel itu nanti. Keluh Nazirah dalam hati. Dia kemudiannya bangun dari tempat duduk dan meneruskan rutin hariannya di Spa.
***

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kerana Kau Isteriku-Bab 1

                                                              Bab 1
Petang yang cukup damai. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menampar lembut sekaligus menyejukkan kulit. Langit mula kelihatan cerah. Di kaki langit , matahari masih membiaskan cahayanya tetapi tidak seterik tengahari tadi.
Walaupun sebentar, hujan yang turun pada pukul 3 petang tadi membuat udara yang berbahang beransur  nyaman. Kelihatan di dada langit, sekawan burung sedang terbang riang. Mungkin sedang mengucapkan syukur diatas rezeki yang diperolehi di setiap pelosok alam sepanjang hari ini.
Angin yang bertiup lembut membuatkan rambut ikal si gadis beralun-alun seperti iklan syampu ‘Pantene’. Arina menikmati keadaan itu dengan hati yang lapang. Dia melangkah riang menuju ke bus stop.
Hmm..nasib baik hujan dah berhenti. Arina menggumam sendiri. Cuaca yang tidak menentu pada hujung tahun membuatkannya tidak berasa selesa. Bukan apa, kesihatannya cepat terganggu jika cuaca tidak menentu. Semalam hujan lebat, terpaksa dia menelefon teksi untuk mengambilnya dari tempat kerja.  Arina sebenarnya lebih suka menaiki bas. Jimat. Aku bukannya anak orang kaya nak bermewah-mewah. Dia mengingatkan diri sendiri.
Kereta Myvi merah jambu milik kawan sekerjanya Nita melewati Arina. Nita membunyikan hon seraya mengangkat tangan. Arina terus saja membalas lambaian itu. Bibirnya menguntum senyuman manis. Dia mengamati Myvi itu sehingga hilang dari penglihatan matanya apabila kereta itu membelok.
Nita ada mengajaknya balik bersama-sama tadi kerana jalan balik ke rumahnya melalui kawasan perumahan Arina. Tetapi ditolaknya kerana terasa segan, sementalahan pula dia masih baru ditempat kerja. Nanti dikata aku mengambil kesempatan pula.
Arina menyanyi-nyanyi kecil. Dia perlu menapak sejauh 200 meter untuk sampai ke bus stop dari tempat kerja. Dan apabila sampai nanti, dia kena menapak lagi 100 meter untuk sampai ke rumah sewanya. Alaa…bukannya jauh sangat pun. Lagi pun boleh keluarkan peluh sikit. Dia menggumam sendiri.
Tiba di satu selekoh kira-kira 50 meter dari bus stop , langkahnya terhenti. Ada pula lah diorang ni bersidai kat sini..Arina merungut dalam hati. Sejurus,matanya tertancap ke pergelangan tangan. Hmm,dah pukul 6.10 petang..patutlah. Mungkin mereka pun baru balik kerja. Dia mula berasa terganggu. Ahhhh…buat tak tahu jer la! Arina meneruskan langkah tanpa mempedulikan mata-mata nakal yang memandang kearahnya. Lagi aku menggelabah makinlah diorang suka. Pujuk hatinya sendiri.
Vrroommmmmm……Vrroommmmmm……vrroooooommmmmmmmmmmmmmmm….Bunyi bingit motosikal yang secara tiba-tiba telah mematikan ketenangannya dan membuatkan Arina terloncat. Empunya motosikal itu tiba-tiba memerah minyak kuat-kuat apabila melewatinya. Hampir dia terjelupuk di rumput-rumput basah yang terkena hujan sebentar tadi. Arina menjerit kuat bahana terlalu terperanjat.
“Eh kepala lutut engkau!”
Nafas Arina tersekat-sekat, sambil dia menekan-nekan dada. Astaghfirullah al a’zim…Nasib baik aku tak de sakit jantung! Teriaknya dalam hati.
Beberapa orang pemuda yang duduk bertenggek di atas motosikal berdekatan bus stop ketawa terbahak-bahak melihat keletah Arina. “Hahahaha…Terperanjat ke? Sapa salah seorang dari mereka sambil mentertawakannya. Buruknya perangai, muda-muda lagi dah melatah!” Dekahan pemuda itu bergema lagi  dan disambut oleh beberapa orang rakannya, yang pada pendengaran Arina seperti suara seekor keldai!
Bunyi ngauman ekzos motorsikal TZM yang baru melewatinya tadi semakin menjauh, hilang meninggalkan mereka yang ada disitu. Pemuda itu menyambung lagi, “Itulah, lain kali jangan jual mahal sangat. Kan dah makan asap,hahahaha..” Pemuda itu mengenyitkan mata, meletakkan dua hujung jari di tepi dahi seperti tabik polis dan terus menekan minyak motosikal sambil  diikuti oleh dua rakannya yang lain. Bunyi deruman motosikal mereka bukan sahaja membingitkan telinga, bahkan seperti menggilis sekeping hati yang sedang membara!
            Arina mengetap bibir. Geram! Hee…kurang asam punya mat rempit!
Wajah Arina yang putih mulus berubah rona kemerahan dek kerana menahan marah. Bahunya terhenjut-henjut menahan nafas kasar yang berasak-asak keluar melalui rongga hidung. Dia mengutip beg tangan yang tercampak betul-betul diatas jalan. Aku dah tak tahan! Sambil merengus kasar, Arina menapak laju ke arah bus stop dimana tempat mat rempit tadi bersidai. Dia melabuhkan punggungnya dengan perasaan geram. Hari-hari macam ni aku boleh kena darah tinggi! Jeritnya dalam hati.
Entah kenapa sejak dia bekerja di Nazeera Beauty , hatinya tidak pernah tenang. Bukan dia tidak suka dengan pekerjaan yang baru yang dilakukannya. Dia cukup gembira dengan pekerjaannya, juruterapi kecantikan. Setiap hari dia akan berulang alik dari rumah ke tempat kerja dengan menaiki bas. Rutinnya, dia akan habis bekerja pada pukul 5.00 petang. Cuma sejak kebelakangan ini dia sering balik lewat kerana pelanggan di Spa semakin ramai.
            Majikannya, Cik Nazirah juga seorang yang baik. Kebajikan Arina sebagai pekerja sentiasa terjaga. Ketika mula-mula bekerja, majikannya itu pernah menawarkan diri untuk menghantar Arina balik ke rumah pada setiap hari. Namun ditolaknya secara baik atas alasan tidak mahu menyusahkan.
            Hmm…kerja dah selesa, bos dan rakan-rakan sekerja pun baik..Tapi sampai bila aku nak tahan dengan kutu-kutu jalan yang hampir setiap petang mengganggu aku. Ya Allah..bantulah hambamu ini. Bisik hati kecil Arina.  Dia akui, salah seorang mat rempit yang mengganggunya tadi dikenalinya. Baru dikenali. Lelaki itu ada menelefonnya tengahari tadi dan mengajak keluar  makan. Tapi ditolak secara baik kerana dia benar-benar sibuk. Ramai pelanggan yang membuat rawatan . Dia pun tidak tahu, dari mana lelaki itu mendapatkan nombor telefonnya.
Hmm…Takkan la aku nak cari Pusat Kecantikan lain lagi..Keluhnya dalam hati. Susah juga jadi orang cantik ni..sambungnya lagi. Arina akhirnya tersenyum mendengar luahan hatinya sendiri. Kalaulah orang dengar aku puji diri sendiri, mesti dia orang ingat aku ni minah perasan.Hehe..Akhirnya, dia hanya mampu melepaskan keluhan berat.

                                                                        ***

            Cahaya lampu masih kelihatan dari arah ruang tamu rumah banglo milik Datuk Amran ketika Reza tiba. Daripada biasan cahaya, dia dapat melihat beberapa orang berada di ruang tamu. Reza bergegas menuju kedepan muka pintu sejurus selepas memasukkan motosikalnya ke dalam garage. Seketika langkahnya terhenti. Apsal dorang tak tidur lagi ni..Detiknya dalam hati. Dia seperti teragak-agak hendak masuk ke dalam rumah.
            Reza memulas tombol pintu, dan dirinya menjadi santapan mata Papa, Mama, Along dan Rozana adiknya yang sedang duduk di ruang tamu.
            “Assalammualaikum…Tak tidur lagi semua..?” Dalam berbasi-basi dan sedikit gementar Reza menegur semua yang ada di situ. “Waalaikumsalam…tak tidur lagi. Tengah tunggu Angah balik.”. Kedengaran suara garau Datuk Amran menjawab. Matanya tajam memandang kearah Reza.
            Gulp! Reza menelan air liurnya sendiri.Apsal ni..macam nak marah aku jer..Detiknya dalam hati. Dia berkira-kira mencari alasan yang paling logik untuk diberi. Dengan Datuk Amran, jangan dibuat main. Silap percaturan, boleh jadi sampai ke subuh dia akan ‘diceramahkan’. Aku nak cakap apa ni..adui..Akhirnya Reza tunduk dan hanya mampu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Dia seperti tahu apa kesalahannya!
“Angah dari mana ni..Tengah malam baru balik..Mama risau tau..” Suara lembut mama mematikan kekalutan Reza. Dia mengangkat muka dan memandang tepat ke wajah mama. Mendengar suara dan melihat wajah yang lembut itu cukup untuk menghilangkan resah dihati. Kesian mama..aku berseronok dengan teman-teman diluar, mama tengah susah hati di rumah menghadap kemarahan papa.
Uh..papa.Cebiknya dalam hati.
“ Mari sini nak…” Panggil Datin Khadijah. Reza menapak mendekati mereka yang ada disitu.
 “Angah keluar minum dengan kawan-kawan mama..Lepas tu asyik sangat berborak, sampai tak sedar dah tengah malam..” Alasan itu dirasakan paling sesuai untuk diberikan. Dia menyambung lagi,“Maafkan Angah papa, mama…Maaf kerana buat semua tertunggu-tunggu..” Usai berkata-kata Reza kelihatan takut-takut melabuhkan punggungnya ke sofa bersebelahan mama. Rozana yang duduk disebelah kiri mama hanya memandang simpati kearahnya. Matanya seperti ingin mengatakan sesuatu namun suaranya seakan tersekat.
Datin Khadijah mengusap-ngusap lembut kepala Reza. Kasihan dia melihat anak itu, yang pada perkiraannya sebentar lagi akan menerima tempias kemarahan suaminya. Reza hanya tersengih dengan perlakuan mama. Apa kena dengan mama ni…Sentimental semacam jer..detik hatinya. Dalam pada itu, dia terkesan mata along yang cukup tajam mengerling ke arahnya. Apabila dia menoleh, cepat-cepat along berpaling ke arah lain.
“Angah..sampai bila angah nak terus jadi macam ni? Dah tiga tahun angah..tiga tahun..Langsung papa tak nampak apa-apa perubahan dalam hidup angah. Datang office sesuka hati, bercampur dengan budak-budak tak senonoh, usik anak dara orang..sampai bila ni? Nak jadi kutu jalan ke sampah masyarakat!” Datuk Amran memandang tepat ke muka Reza. Reza terkulat-kulat.Terperanjat sebenarnya. Dia terkesan suara papanya bergetar seperti menahan marah yang membuak-buak.
“Angah….erhhh…” Lidah terkelu, dia tak menyangka kemarahan papa berada ditahap maksimum pada ketika ini.
“Diam, papa tak habis bercakap lagi! Dari tak habis belajar tiga tahun lepas, sampai sekarang papa tak nampak apa-apa pencapaian yang telah Angah capai.Dah lah belajar tak habis, dapat peluang bekerja kat syarikat papa, angah tak bersungguh-sungguh, tak bersyukur! Why? Datuk Amran seraya berdiri usai sahaja melampiaskan apa yang terbuku di hati.
 Reza tersentak dan turut terbangun apabila melihat Datuk Amran berkelakuan sedemikian. Perlakuan papanya agak mengejutkan. Datin Khadijah segera menerpa kearah suaminya, bimbang kejadian tak diingini akan berlaku.  Sebagai isteri, sedaya upaya dia cuba menenangkan sang suami. Rozana berganjak dari tempat duduknya dan memegang tangan Reza .Sementara Along tersenyum simpul melihat situasi itu.
“Papa, kenapa ni? Angah ada buat masalah besar ke kat opis?”
“Memang!” Jerkah Datuk Amran dengan matanya terbeliak memandang Reza. Renungannya tajam. Matanya merah. Nafasnya tersekat-sekat menahan marah. “Kerana Angah, syarikat kita mendapat kerugian besar. Papa betul-betul dah tak tahan dengan sikap Angah. No more chance for you!
Reza terpempan. “Papa..Angah tak paham..Angah..”
“ Sudah.” Pantas Datuk Amran memotong. “ Mulai sekarang papa nak Angah keluar dari rumah ni, dan belajar hidup sendiri. Jangan balik selagi Angah tak bawa balik kepercayaan papa!
Datin Khadijah menerpa kearah Reza sejurus selepas mendengar kata muktamad Datuk Amran, Reza masih terkulat-kulat tak paham dan senyuman puas terukir dibibir Along tanda kemenangan!
***
“Woi, kalau datang sini asyik nak berangan je, balik rumah la.”
Lamunan Reza tentang peristiwa dua bulan yang lepas berterbangan. Kilasan wajah papanya tiba-tiba hilang, diganti dengan wajah Daim yang tersengih-sengih memandangnya macam kerang busuk. Reza mengetap bibir. Dia agak terperanjat sebenarnya.
            “Kau kenal tak ni apa?” Reza mengepalkan penumbuk, begitu hampir dengan dengan muka Daim.
            “Alaa, relaxlah.macam perempuan la lu bro..Sergah sikit dah nak terperanjat.” Daim ketawa sambil menolak-nolak tangan Reza. “Lu ni sama macam awek kat bus stop tadi. Sambungnya lagi.
            “Budak Cengeng”. Sampuk Komeng pula. Berderai gelak mereka mendengar kata-kata Komeng. Reza turut tertawa sama.
Sejenak wajah gadis  manis itu bermain di ruang mata. Gadis itu nampak garang tapi bila diusik wajahnya merah padam persis budak kecil hendak menangis. Oleh sebab itu rakan-rakan Reza menggelarnya ‘budak cengeng.’ Cengeng dalam Bahasa Indonesia ialah lembap. Sikit-sikit nak nangis. Kutuk Komeng.
Cantik..Detik hatinya. Bibirnya mengulum senyuman. Peristiwa dia dihalau dua bulan lepas telah menemukannya dengan gadis manis itu. Ketika hatinya penuh sarat dengan kemarahan kepada Along, dirinya hampir-hampir melanggar tubuh lampai gadis cantik itu yang tiba-tiba hendak melintas jalas .Gadis itu menjerit dan sempat melompat ke tepi dan tersungkur melutut.
“Oi, buta kah apa. Bawa motor macam palesit!” Gadis itu menengkingnya. Tetapi wajahnya tidak kelihatan kerana tertutup dengan rambutnya yang jadi kusut masai bahana terjatuh tadi. Dia membersihkan seluarnya dibahagian lutut yang telah terkena debu-debu tanah sambil membebel marah dan mengadu sakit.
Reza yang telah memberhentikan motosikal dan membuka helmet pada mulanya ingin menghulurkan bantuan, tiba-tiba berasa panas hati apabila dijerkah begitu.
“Cik adik, saya tak sengaja. Orang dah nak tolong kira dah bagus. Sape suruh melintas jalan tak tengok kiri kanan atas bawah..Yang cik adik nak tengking saya ni, ingat muka tu dah lawa sangat!” Gadis itu tidak memandang mukanya. Kelihatan dia mengutip peralatan make up yang jatuh bertaburan di pinggir jalan.
“Perempuan apa lah awak ni, dah tengah malam macam ni masih nak merayap.” Gadis itu tetap tidak memandangnya lagi. Reza mula merasa bosan. Lantaklah…Getus hatinya.
Dahi Reza berkerut. Dia memakai helmet semula. Ingin terus meninggalkan gadis itu bersendirian. Dahlah hati aku tengah panas, lagi nak jerkah. Bebelnya dalam hati.
Baru saja ingin menekan minyak, pergerakannya terhenti tiba-tiba. Rasa marah yang menguasai diri, tiba-tiba hilang dengan sendiri. Telinga Reza menangkap esakan kecil dibelakangnya. Dia memaling kepalanya semula ke belakang. Hatinya tersentuh melihat gadis itu tersedu-sedu menahan tangis.  “Err..Cik saya…”
“Saya benci awak!”
            Reza terpaku. Matanya tidak berkelip memandang wajah gadis itu. Mulutnya ternganga bukan kerana terperanjat dijerkah. Bila gadis itu mengangkat wajah,  degupan jantungnya seakan terhenti, nafas seperti tersekat di kerongkong. Dia mengelipkan matanya berkali-kali. Cuba menafikan imej yang ada didepannya. Sah, dia tidak tersilap pandang.
Tapi kenapa dia boleh cakap melayu?
            “Apa pandang-pandang…ada hutang ke?” Gadis itu membeliakkan mata memandang Reza. “Dahlah nak langgar orang, marah-marah kite pulak. Sakit tau lutut saya, berdarah.” Serentak dengan itu, manik-manik jernih keluar umpama juntaian rantai dikedua-dua pipinya. Gadis itu menangis tersedu-sedan. ‘Alamak..nangis la pulak..’  Segera Reza memusing dan membuka helmetnya semula.
            “Cik adik, saya minta maaf ye..Mari saya hantar pergi klinik.” Reza menawarkan bantuan. Kesian dia melihat gadis itu.  Menyesal pulak aku tengking dia tadi. Detiknya dalam hati. Tak tau pula gadis ni cengeng. Sambungnya lagi sambil mengutuk. Reza menghulurkan tangannya, kepalanya terangguk-angguk tanda dia bersungguh-sungguh ingin menghulurkan bantuan.
            Gadis itu menepis tangan Reza. Dengan kaki terhenjut-henjut, perlahan-lahan dia bangkit sehingga pandangan matanya hampir selaras dengan tenungan Reza. Gadis itu terus melangkah. Sangka Reza, Gadis itu menolak pelawaannya.
            “Jom!”. Reza terpaku melihat telatah gadis itu. Dia kelihatan teragak-agak pada mulanya. Apabila gadis itu menoleh semula kearahnya sambil menganggukkan kepala dan mengerutkan kening, barulah Reza terkejar-kejar dan memberi helmetnya kepada gadis itu. 
            Setibanya di klinik kelihatan dua orang pesakit menunggu giliran berjumpa dengan doktor. Reza menemankan gadis itu ke kaunter pendaftaran. Seorang pembantu klinik melemparkan senyuman kearah mereka berdua.
            “Pernah datang ke sebelum ni?” Tanya gadis itu. “Belum pernah”. Reza menjawab. “Ok, minta IC”. Sambung  gadis itu lagi.
Reza memandang gadis yang hampir dilanggarnya tadi. Matanya mengisyaratkan supaya memberikan Kad Pengenalan kepada Pembantu Klinik tersebut. Dalam masa yang sama dia ingin mengetahui nama empunya badan. Pembantu Klinik itu mengambil Kad Pengenalan dan menulis sesuatu ke atas kertas dan menyerahkan semula kad tersebut.
“Ok, awak berdua boleh duduk dulu. Sebentar lagi saya panggil”. Gadis itu ramah tersenyum. “Ok, terima kasih”. Jawab mereka hampir serentak. Reza kelihatan hampa.
“Cik Arina Laila Yusof”!
            Reza tersentak.
Gadis manis yang dilanggarnya tadi bergegas masuk ke dalam bilik doktor apabila namanya dipanggil. Reza menguntum senyuman simpul. Arina Laila…nama itu perlahan-lahan masuk dan terus menusuk tangkai hatinya.Oh Arina….
“Woi, ni dah kes berat ni. Senyum sorang-sorang. Mamat ni dah angau dengan minah Spa tu!”  Sergah Komeng sambil menunjal-nunjal kepala Reza. Habis berterbangan kilasan wajah Arina dan Daim terkekeh-kekeh ketawa memandangnya.
Palesit betul malaun berdua ni, kutuk Reza dalam hati. Akhirnya dia turut ketawa sama kerana geli hati melihat keletah Daim ketawa sambil menghentak-hentak meja. Sahabatnya yang seorang ini kalau ketawa, memang macam disampuk hantu! Suara berdengung macam dalam gua.
                                               
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen