Online Diary Aku dan Dia..: PENGALAMAN DAN IKHTIAR UNTUK HAMIL

Thursday, January 11, 2018

PENGALAMAN DAN IKHTIAR UNTUK HAMIL

Bagi pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan, antara impian yang ingin dikecapi adalah untuk memiliki zuriat sendiri. Ada yang mendapat rezeki awal, baru berkahwin 2,3 bulan dah bunting pelamin. Namun ada yang diuji Allah kahwin bertahun-bertahun lamanya baru dikurniakan zuriat, dan ada yang diuji langsung tidak mempunyai zuriat sehingga akhir hayat...๐Ÿ˜ข

La Tahzan..Jangan bersedih..Setiap perancangan dari Allah mempunyai hikmah yang tersendiri. Ada sebab kepada semua yang berlaku di dunia ini.

Aku antara mereka yang diuji lambat untuk mendapat rezeki anak. Selepas berkahwin pada Disember 2009, aku mengandung. (Dalam bulan Februari 2010) Bunting pelamin la seperti orang melayu cakap.hihi.. Tapi malangnya aku sendiri tak tahu aku mengandung masa tu. Memang period lewat dalam 3,4 minggu. Tapi check pregnancy test semua negatif. Jadi dengan selambanya aku membedal durian. (Baru berkahwin, memang langsung takde pengalaman lagi).

Seminggu lepas tu, aku rasa sakit pinggang yang amat sangat. Tak pernah rasa sakit pinggang macam tu. Sampai tak boleh nak berjalan.(Mujur masa tu aku kat rumah. Tapi yang tak bestnya, husband takde kat umah. kerjaaa...๐Ÿ˜ญ) Last2 aku tertido. Bangun dari tido je rasa sakit dah takde. Tapi ada rasa sesuatu yang terkeluar. Check kat toilet, benda tu seperti ketulan daging. Rasa gemuruh sikit sebab bentuknya seperti janin. ๐Ÿ˜ญ

Cepat2 call husband. Husband and makcik terus bawa ke hospital and aku pun warded. Lepas check upt dan darah, memang confirm aku mengandung. Tapi, dah gugur.๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Memang sedih masa tu, tapi ramai yang beri sokongan pada aku. Muda lagi, awak boleh cuba lagi...bla..bla...Jadi aku tak terasa la sedih sangat. Berpantang macam orang baru bersalin tau lepas tu. Alhamdulillah aku dapat cuti 2 minggu.  Lepas daripada peristiwa  tu, aku dan suami memang usaha gila-gila  untuk dapatkan zuriat.

Apa je yang orang suggest, mesti kami cuba. Duit? Jangan cakap. Memang banyak dilaburkan untuk dapatkan anugerah Allah yang terindah tu..๐Ÿ˜ข Alhamdulillah.. Selepas dua tahun,(2012) aku hamil semula dengan satu produk ni. Memang happy gila.๐Ÿ˜†

Tapi aku  sempat mengandung 2 bulan sahaja, lepas tu ku bleeding.๐Ÿ˜ข Nak selamatkan baby tu, we all pergi pakar. Doktor bagi duphaston untuk kuatkan rahim and doktor ada bagi injection kat perut tapi lupa pulak apa nama injection tu. ๐Ÿ˜ƒ Ikutkan apa doktor cakap, kandungan aku memang tak boleh diselamatkan. Sebab nilai hcg aku tak selaras dengan usia kandungan aku menurut doktor tu lah... (Sebelum tu doktor ada ambik darah aku and hantar ke makmal untuk tau aku ni mengandung ke idakkkkk๐Ÿ˜ข). Tapi aku cakap, 'saya tetap nak cuba selamatkan baby saya.' Akhirnya doktor tu ikut je cakap aku walaupun peluang untuk teruskan kehamilan 50% pun tak sampai...

Dalam dua hari lepas kena inject dengan doktor tu, setiap masa aku usap2 perut , bertahanlah anak ku..bertahanlah anak ku..doaku dalam hati. Dengan linangan air mata ni aku sungguh-sungguh mengharap. Mengharap sampai aku tertidur..

Guess what? Hari ketiga, bangun dari tidur aku rasa ada sesuatu yang keluar. Dengan rasa longlai, aku pergi toilet. Paling sedih, ada dua janin yang keluar, twins...๐Ÿ˜ขBelah suami aku memang ada keturunan twins..Memang aku menangis gila kat toilet. Lepas tu aku kejut suami. Kitorang cepat-cepat pergi jumpa pakar and bawa 'baby-baby ku' sekali.' And doktor sahkan, memang aku misscaried lagi...Dapat cuti 2 minggu lagi. ' Baby-baby ku' husband aku semadikan kat sebelah rumah atok dia..Sedih, sebab sebelum tu aku dah dengar heart beat diorang.๐Ÿ˜ข. Maafkan umie sayang, umie dah cuba selamatkan korang..

After gugur kali kedua ni memang aku murung sangat. Tak macam pengalaman pertama. Bohonglah kalau takde rasa cemburu tengok kawan-kawan lain dah ada baby. Belum lagi mulut orang berkata itu ini macam aku ni takde perasaan..Tapi mujurlah ada mereka2 yang sentiasa bagi aku semangat. Aku pun berfikir positif semula. Maybe belum tiba masanya Allah tiupkan satu nyawa dalam rahim aku ni. Then, aku lebih relax. Sambung study supaya aku tak rasa sunyi. Tapi aku ngan husband tetap berusaha nak dapat zuriat. Tapi takde lah sampai stress..

And guess what? Selapas empat tahun (2016)aku hamil semula. Itupun selepas kami hentikan semua rawatan. Aku tak sangka pun aku pregnant. Bayangkan, masa aku pregnant dalam 3 minggu, (aku tak tahu aku pregnant masa ni) aku dengan husband lompat-lompat ambik gambar outdoor sempena anniversary kami yang ke-6.. Alhamdulillah..Rezeki..Memang ditakdirkan produk tu sesuai dengan aku. Tapi bagi aku, produk tu sebab je. Tapi mungkin dah tiba masa yang sesuai, Allah nak aku and husband jadi umie dan babah๐Ÿ˜™.

Produk apa and apa ikhtiar aku untuk hamil nanti aku update kat next entry ye..Baby shark aku dah bangun tu..hihih...


Image result for BABY SHARK


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 comments :

  1. Penulisan daripada pengalaman sendiri, selalunya beri impak yang sangat bermakna...tahniah Rasha, akhirnya perolehi zuriat yang diidamkan...saya doakan anak Rasha menjadi anak yang soleh dan solehah penyejuk hati Rasha dan suami ^^, moga impian jadi novelis juga dipermudahkan :-)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tq Mirei may.;) Sekarang memang dalam fokus nak habiskan novel ni. Lama sgt cuti tggu baby besar sikit. =)

    ReplyDelete

Hai, siapa yang cute tu? Komenlah disini.

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen